Friday 8 December 2017

Jalan-jalan Expo Negaraku 2017

Sejak ternampak promosi Expo Negaraku ini dalam TV1 (rasanya) tetiba teringin nak pi tengok. Mati-mati saya ingatkan depa buat expo tu kat Melaka maka saya pendamkan sahaja hasrat di hati. Entah mana la datangnya idea dalam kepala saya mengatakan expo tu kat Melaka. Hari Rabu baru ni tiba-tiba je teringin nak google tentang expo ni. Laaa.... depa buat kat Dataran Merdeka je rupa-rupanya, buka dari 15 November-15 Disember 2017. Dekat sangat dengan rumah. Ikut AKLEH ambik masa tak sampai setengah jam. Rasa rugi pulak tidak mengambil peluang menghadiri expo di tempat sendiri. 

Tanpa planning beriya-iya saya terus sahaja heret Nina dalam cerah mentari pukul 11.30 pagi. Alhamdulillah cuaca sangat baik. Walaupun cuaca sangat terang dan agak panas tapi keadaan dalam khemah pameran sangat selesa. Depa sediakan kipas besar dengan pengudaraan yang sangat bagus. Sejuk dan nyaman sahaja dalam khemah tu. Tak pasti pulak samada depa sediakan air-condition atau tidak. Yang paling best, masuk adalah percuma.

Depa sediakan 5 khemah untuk 5 jenis pameran. Kena beratur sebelum boleh masuk ke dalam khemah, tak boleh redah je nak masuk memana khemah. Kena ikut urutan khemah 1,2 hingga 5 sebab katanya ada penceritaan yang bersambung-sambung.

Dalam khemah pertama depa sediakan tayangan cerita pendek tentang aspirasi/impian seorang budak dyslexia membayangkan pembangunan negara Malaysia untuk suatu masa nanti.
Bersedia untuk tayangan....

Dalam khemah kedua depa cerita tentang perkembangan sistem pengangkutan. Saya rasa depa dok cerita tentang MRT. Tapi tak dapat nak dengar sangat penerangannya sebab kalut dengan pengunjung yang sangat ramai. Kita akan naik simulation train konon-konon tengah travel dari utara hingga ke selatan Malaysia. Khemah yang ketiga tentang telekomunikasi dan yang keempat mengenai flora, eko-sistem rasanya, entah saya pun tak pasti. Tak sempat nak baca sangat sebab pengunjung agak ramai.

Akhir sekali dalam khemah yang kelima ada tayangan lagi sekali tentang kemungkinan tercapainya aspirasi/impian budak dyslexia dari khemah pertama tadi. Tayangan ala-ala kat Planetarium. Pengunjung boleh duduk dan baring untuk melihat dan menghayati tayangan dengan lebih jelas. Alhamdulillah saya dan Nina dapat duduk atas sofa lunjur....

Alhamdulillah kami spent masa lebih kurang 45 minit untuk menghabiskan rutin pusingan kelima-lima khemah tersebut. Keluar sahaja dari khemah badan tetiba rasa seram sejuk sebab kontras  sangat suhu dalam khemah yang sejuk dengan cuaca panas di luar khemah. 

"Nina takut demam la sejuk panas sejuk panas camni...."

Kami berlegar-legar di tempat teduh dulu untuk neutralise suhu badan. Bila dah agak selesa baru kami pi cari makanan kat foodtruck sekitar Dataran Merdeka. Lepas tu pi jalan-jalan sekitar Masjid Jamek. 
Makcik semangat bergambar buat kenangan.... :D

Baru tahu, cantik rupanya Masjid Jamek ni.....


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa teduhan payung bumbung ala-ala kat Masjid Nabawi ni. Masa kat Madinah hari tu dok tunggu-tunggu depa tak buka.


PS: Jauh berjalan pun tak akan sama dengan tempat sendiri.....



No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...