Sunday 26 November 2017

Santai Petang.....

Kata orang jauh berjalan luas pemandangan. Namun, walau ke mana pun saya pergi berjalan, saya tetap ingin melihat pemandangan indah di rumah sendiri. Selepas tiga hari meninggalkan halaman rindu, menghadiri kenduri kat Penang, saya kembali melihat bunga ros yang mekar indah. Baru seminggu lepas saya letak baja dan trim pokok-pokok bunga ros itu. Alhamdulillah mereka dah mula kembali segar.



Pokok pinang tepi pagar pun galak berbuah. Nak buat apa tah ngan buah pinang haluih-haluih tu. Hari tu pernah nampak tupai-tupai bergedik-gedik memanjat turun naik pokok-pokok pinang tu. Kadang-kadang jadi tempat burung bertenggek. Rasa teruja pulak sebab dapat menyediakan khidmat taman permainan untuk makhluk-makhluk Allah itu.



Jinak rupanya makhluk Allah ini......

Baru ni pernah tengok kulit rambutan ni bersepah atas bumbung kereta saya. Kebetulan kereta saya  memang parking kat bawah rambutan tu. Saja nak bersangka buruk cik mon buat kenduri buah rambutan yang dah mula masak mengkal. Agaknya depa bersenang hati duduk bersila panggung atas bumbung kereta sambil menikmati keenakan buah rambutan segar dari gugusan. Sabo jelah. Terpaksalah menganggap ianya sebagai sedekah. Kot-kot la dapat menambah saham akhirat nanti.


Pagi tadi dah upah orang potongkan rumput. Alhamdulillah dia siap cabut rumput dalam pasu, trim dahan-dahan pokok yang melempai keluar pagar, cuci longkang dan sapu sampah. 


Habis gondol laman saya.....huhu.
Tenang melihat suasana yang lapang....

Sepatutnya sambil melihat keindahan laman ni sambil makan cucur bawang, tapi hubby tetiba ajak makan kat luar. Hihi.....selamat, takyah masak dinner. Mood malas sentiasa ada.

Kedai apa tah, kat Ampang. 
Nan garlic with beef keema & chicken massala. 
Unik pulak minum dalam kasut.....

PS: Hidup lebih indah dengan keindahan hati.

Hati-hati, mata-mata

Bermula hari Isnin Nina dok komplen kurang sihat. Badan panas. Saya bagi makan panadol. Kebah elok. Hari Selasa dah nampak macam okay so kami keluar pi makan Nandos. Apa tah yang best sangat cik mek tu asyik dok ulang-ulang minta ayam peri-peri tu. Lepas makan tu konon dah sihat tetiba malam tu temperature naik balik. Bertahan makan panadol hingga hari Rabu. Petang tu saya bawa pi Klinik dekat ngan rumah. Doktor kata tekaknya merah dan dia bagi antibiotik (Amoxicap) Tapi sebab tekaknya sangat perit tak dapat nak telan kapsul tu. Asyik tersangkut je kat tekak. So saya buka sarung kapsul tu tuang debu ubat dalam cawan. Pastu kacau ngan air masak, suruh je dia minum macam telan jamu. Tak tahulah apa rasanya. 

Hari Khamis  suhu badannya naik mendadak. Adoyai...nampaknya kena pi Ampang Puteri jugak la. Dah macam saka pulak setiap kali sakit penyudahnya kena end-up kat Ampang Puteri. Seperti biasa servis kat spital ni laju je, lepas tu sedaplah depa caj gila-gila. Oleh kerana demam dah masuk 4 hari tak kebah-kebah maka doktor terus ambik darah sebab suspek denggi. Kena tunggu lebih kurang satu jam sebelum dapat keputusan ujian darah. Biasanya saya pi jalan-jalan, makan-makan sekejap sementara tunggu keputusan ujian darah tu. Tapi disebabkan Nina nampak lembik tak larat sangat maka duduklah kami kat dayward sementara menunggu keputusan ujian darah. Maka caj spital pun bermulalah detik per detik.  Doktor bagi ubat untuk turunkan suhu badan.
Pelik pulak pasaipa doc bagi ubat ni....hmm!!!



Alhamdulillah tiada virus denggi. So doktor discharge dengan bekalan ubat dan bil hospital yang agak lumayan. Sabo jelah swipe bank card hubby.... Doktor bagi ubat antibiotik baru. Disebabkan budak perasan baby tu tak larat nak telan ubat kapsul so doktor bagi ubat air. Kena bancuh dengan air sebelum minum ikut sukatan. 

Tak semena-mena esoknya membekak pulak sebelah biji mata. Maka pada hari Sabtu sekali lagi kami menapak ke Ampang puteri sebab kata hubby mata bengkak sekarang ini jangan diambil mudah. Kang buta kang susah pulak. Adoyai...... macam-macam sungguhlah cik mek nih.

Doktor cuci mata dan letak cream penuh mata. Seriau betul tengok masa dia dok proses. Alhamdulillah katanya hanya virus biasa. Tapi kalau datang lewat mungkin kena warded. Haih... mudah sangat nak warded bagai. Macamlah sakit tenat. Doktor bekalkan ubat krim dan titis setiap 3 jam selama 2 hari.
Ubat mata kena titiskan setiap 3 jam
Ubat sakit tekak. sembur je bila perlu....

Hari Selasa kami ke Ampang Puteri lagi untuk final check-up. Dah macam orang nak beranak pulak asyik ulang-alik hospital. Alhamdulillah, berkat kesabaran setiap ahli rumah, semuanya kembali seperti sedia kala selepas lebih seminggu baby tu demam tak demam, demam tak demam.

Cakap-cakap:
  • Nina demam sebab virus sakit mata tu nak keluar, antibodi tak kuat..... 
  • Nina sakit mata sebab salah makan antibiotik, side effect antibiotik..... 
  • Nina sakit mata sebab pakai make-up, side effect bahan kimia.....
  • Nina sakit sebab makan ramen.....
  • Nina sakit sebab kafarah dosa.....
Apa-apa pun semua cakap-cakap itu ada betulnya sebab Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia..... 


*****

PS: Dah banyak kali pesan jangan makan ramen, asyik ingkar je. Lepas ni kalau dapat penyakit lagi malas dah nak layan.


Thursday 23 November 2017

HKL:KK5

Saya amat menghargai kebolehan memandu terutama  dalam usia menuju senja ini. Walaupun saya ni jenis penakut tapi terpaksa redahkan aje dan gradually belajar to be alone and independent semula. Alhamdulillah setakat ini saya masih ada co-navigator comel yang taat setia serta bijak menggunakan kecanggihan teknologi terkini.

"Dia suruh ikut AKLEH Umi. 19 minit je sampai....."

Semalam destinasi kami adalah ke HKL setelah beberapa kali tertangguh-tangguh nak gi ziarah anak syurga seorang adik ini. Kami gerak immediately usai solat zohor bajet tiba sana sebelum jam 2 petang. Alhamdulillah kami tiba seperti yang dirancang walaupun terpaksa berenti singgah stesen minyak untuk pam tayar kereta. Alhamdulillah sempat perasan tayar belakang dah kempis. Tinggal 70kPa sahaja. Mungkin nak kena tukar tayar baru pulak lah.... :(

Kami terus masuk bangunan parkir bertingkat yang baru dibina tu. Pengalaman sebelum ni memang dah tahu susahnya nak cari parking kat spital ni. So dah alang-alang ada bangunan khas parking kita guna jelah kemudahan itu. Alhamdulillah rezeki kami agak mudah dapat parking walaupun dalam kesibukan lunch hour begitu. 

Lepas tu confident je masuk lif tekan tingkat 1 sebab kata Nina biasanya lobi kat tingkat 1, boleh tanya kat kaunter. Apa dia ingat ni spital Ampang Puteri.... boleh main tekan butang lif je untuk pergi ke lobi, klinik, wad bagai. Hahaha.... sayapun tak tahu rupa-rupanya tingkat 1,2 3 sampai 7 pun semuanya parking lot. Of course lah dah namanya bangunan parkir bertingkat.....adoyai.

"Kat mana wad KK5 tu?"
"Cemana nak pegi?"
"Banyaknya bangunan. Yang mana satu?"
"Jauh ke?"
Adeh, banyaknya soalan. Sapa tah nak tolong jawab.

Alhamdulillah ada insan budiman dalam lif tu. Panjang lebar dia terangkan arah ke Wad KK5. Saya pun tak pasti samada saya faham ke tidak setiap butir arahan itu. Macam jauh bebenor destinasinya. Maka kami pun menapak keluar dari bangunan parkir tu berjalan terus ke bangunan seberang jalan. Lupa dah bangunan apa tah. Rasanya macam klinik OnG, di sebelahnya wad bersalin. Alhamdulillah we were on the right track. Keluar dari wad bersalin kami lintas jalan lagi, jalan lagi sampai jumpa Masjid. Ada signboard belok kiri. Dari jauh dah nampak bangunan tersergam indah. Katanya untuk Wanita dan Kanak-kanak. Beriya kami pusing cari jalan masuk. Rupa-rupanya pintu masuk masih ditutup dengan kanvas hitam. Belum beroperasi gamaknya. Berkat kesabaran akhirnya kami tiba ke tempat yang dituju.

KK5 ni stands for Wad Kanak-kanak bilik 5. Terletak dalam Institute Pediatrics. Brings back  memories jaga anak-anak masa depa kecik-kecik dulu. Caring for the love ones, we must keep our emotions in check, so that we can be their strength in times of their need. We do cry though... no matter how hard we try to bring back the tears. Even the world won't see it, it is always there ready to pour quitely.
Wajah tabah seorang ibu.... keep strong dear.

Ada parkir rupanya tapi kuantiti cam tak munasabah.

Wad KK ni nampak agak dhaif. Mungkin akan pindah ke bangunan baru tak lama lagi. Sebab kat sebelahnya ada bangunan baru untuk hospital Wanita dan Kanak-kanak. Nampak  macam dah siap tapi mungkin masih dalam sentuhan terakhir sebelum depa pindahkan operasi sepenuhnya. Saya agak aje. Harap-harapnya positiflah. 
Penambah seri....

Usai waktu lawatan kami singgah makan kat kafe sihat dalam bangunan parkir tu. Lepas makan kami meneruskan agenda seterusnya. (Hari-hari ada je projek me and my princess :D.....) Alhamdulillah everything went smoothly giving me more confidence in life to come.


PS: Tak reti nak cerita apa penyakit anak syurga itu. Yang pasti dia itu telah menyediakan lubuk pahala buat ayahanda dan bondanya...




Tuesday 21 November 2017

Alahai bunga ros.....

Semalam secara rasminya cuti sekolah akhir tahun bermula. Walaupun secara rasminya saya masih seorang staf sehingga pertengahan bulan Disember tapi sebab dah mohon berhenti semua tugasan telah disusun tanpa melibatkan saya. Alhamdulillah, jutaan terimakasih kepada Puan Pengetua. Maka bermula lah kehidupan saya sebagai cikgu pencen walaupun belum sampai umur pencen lagi.🙂🙂

Semalam lepas subuh ikut hubby pi USIM. Lepas drop hubby kat fakulti saya dan Nina meneruskan agenda kami berdua. (perincian: to be updated later). Mula-mula sekali kena upgrade rumah Nilai, lepas tu uruskan perihal pertukaran sekolah Nina kat PPD Seremban. Lepas tu jalan-jalan survey sekolah kat Nilai. Sementara tunggu hubby habis kelas petang saya setelkan urusan repair bilik air kat rumah Nilai. By pukul 5.15 petang gi jemput hubby sebelum meneruskan perjalanan balik Ampang. Sepatutnya singgah TBS otw balik sebab nak jemput Amin balik dari Matrik sempena cuti semester 1. Sepatutnya Amin tiba TBS kol 8 malam tapi delay pulak sebab bas persiaran tu terpaksa mengharungi jalan jam. So kami terus balik rumah dulu. Tiba di rumah by maghrib. Sempat dinner dan rehat sekejap. Pukul 9.15 malam keluar semula ambik Amin kat LRT Sri Rampai. Hmm.... such a long day. 

So hari ni tak payah ikut hubby pi USIM sebab saya nak setelkan hal-hal rumah sini pulak. Apa lagi.... first thing first mestilah membelai pokok-pokok bunga ros dulu. Lepas babai hubby pagi tadi terus melawat kawasan. Saya hanya ada 6 pasu pokok bunga ros pelbagai warna. Tapi macam tak berdaya je nak menjaganya. Kebanyakannya dah nazak seakan ingin meninggalkan saya. Daun-daun banyak yang dah kuning dan bertompok hitam. Kudup bunga pun macam dah merajuk tak nak kembang lagi. Kesian depa.

Ros kuning
Ros purple 
Ros merah 
Ros purple 
Ros oren

Hanya ini yang masih bertahan.

Walaupun daun dah bertompok-tompok hitam 3 ketul ni tapi masih bertahan menceriakan hari saya.




Sungguh bagai dikata, bunga ros sangat manja. 
  • Daunnya tidak boleh terlalu basah dan terlalu kering. Masa paling sesuai untuk siraman ialah di waktu pagi dalam pukul 7-8 pagi supaya matahari yang keluar nanti akan mengeringkan daun pokok ros tu. Jadi takde lah daun-daun tu lembab dan berkulat. 
  • Kalau nak siram waktu petang pastikan tidak terkena daunnya. Siram pada sekeliling tanah sahaja. Malangnya saya pakai bantai je sembur guna paip air bila-bila masa nampak tanahnya kering. Kesian daun-daun tu sesak nafas menahan basah di malam hari.
  • Pada musim hujan kena letak pokok tu kat tempat teduh supaya daun tidak sentiasa basah dek  air hujan. Saya tidak serajin itu. Lagipun tak cukup kudrat untuk mengangkat pasu-pasu bunga yang berat tu...huhu. Makanya semusim hujan ini berkulat dan bertompoklah dedaunan pokok rosku menghadapi dugaan hidup. 
  • Letak baja setiap minggu.
  • Gembur tanah selalu dan salin pasu pabila akar dah memenuhi dasar pasu. 
*Kejap lagi nak keluar gi cari racun untuk basmi fungal/kulat kat daun-daun tu. Lepas tu nak cari pasu plastik untuk salin semula pokok-pokok tu supaya ringan dan mudah nak angkat ke tempat teduh waktu musim hujan nanti. Lepas tu nak tambah pokok-pokok lagi.... Lepas tu nak setelkan taman herba kat belakang rumah. Lepas tu nak tanam pokok cili, pudina dan lain-lain. Lepas tu.....hmm .....entah jadi entah tidak. Berangan je lebih.*

PS: Mudah-mudahan selepas ini pokok-pokok ros itu akan mendapat sentuhan istimewa saya. Mudah-mudahan juga depa panjang umur. Mudah-mudahan saya juga panjang umur untuk melihat warna hijau hasil jari-jari ini. Walaupun saya bukanlah seorang green finger.

Wednesday 8 November 2017

Mangga

Seperti selalu apabila pulang dari sekolah saya akan meninjau persekitaran rumah melihat pepohonan yang tumbuh segar sekeliling rumah saya. 

Sejak musim hujan dua tiga minggu kebelakangan ini pepohonan sekitar rumah saya sangat lebat berdaun. Tumbuh menghijau memenuhi impian suasana kehijauan saya. Terutama pokok mangga siam belakang rumah yang sangat galak mengeluarkan daun dan pucuk baru. Namun di sebalik dedaunan yang rimbun tu hanya terdapat beberapa biji buah mangga sahaja. Mabuk daun gamaknya. Setiap kali bersembang mesti pertanyaan pertama saya ialah "bilalah hang keluaq buah banyak-banyak?"

Suatu hari di sebalik kehijauan itu tetiba ternampak ada pulak makhluk hitam bersarang. Kelam-kabut saya dibuatnya sebab takut sarang tebuan. Tapi nampak bentuk tu ala-ala sarang lebah. Terus dalam hati berbunga lepas ni boleh lah makan madu lebah asli. Macam la pandai sangat nak mengusahakan madu asli. Walaupun saya berasal dari kampung tapi takde lah mencapai makam ilmu setinggi itu. Mengenangkan keburukan lebih banyak daripada kebaikan maka saya terus decide untuk tebang je pokok mangga tu. 

"Selamat daripada sarang lebah. Jimat masa dan tenaga nak menyapu daun-daun yang gugur. Jimat tenaga nak kena trim pokok tu selalu. Lagipun setakat nak makan buah mangga boleh beli je." Begitulah kata-kata yang bermain dalam kepala saya.

Nampak macam ada sarang lebah.

Saya pun cari orang yang boleh tebang pokok mangga tu. Saya google dalam mymudah.com. Depa suruh hantar gambar pokok sebab nak buat quotation. Penuh semangat saya hantar gambar sebab nak cepat-cepat buang sarang lebah tu takut merbahaya kalau dibiarkan lama-lama. Untuk pokok sebesar tu depa minta RM350. Kalau nak cuci dan sapu sekali kena tambah lagi RM150. Jumlah RM500. Hubby menyokong saja. Tapi dah elok berjanji nak datang tiba-tiba batang hidung pun tak nampak. Ala-ala janji Melayu gitu. Janji nak datang tapi tak datang. Beriya-iya saya menunggu. Dah bersiap sedia dengan wang tunai RM500. Nasib baik saya belum bayar apa-apa. Bukan rezeki depa nak dapat duit tu. Dan juga belum sampai ajal pokok tu nak menyembah bumi. Begitulah perancangan Allah.

Daun lebat hingga mencecah lantai.

Dengan penuh kesabaran saya bincang semula ngan hubby. Akhirnya decide tak payah tebang pokok tu. 

"Suruh orang trim sahaja. Boleh kekalkan teduhan di rumah. Lagipun itukan hasil green finger awak. Penat-penat tanam dah besar gajah pokok tu tak kan nak tebang begitu sahaja". Lebih-kurang gitulah nasihat hubby terchenta. 

Maka esoknya balik dari sekolah saya singgah kat pondok pakgad nak tanya kot-kot ada sesiapa kawan-kawan dia buat servis potong pokok. Terus sahaja depa datang petang itu juga.

"Kakak cakap saja apa buat, semua saya buat........"
"Termasuk cuci sekali?"
"Ya la...."
"Berapa bayaran?"
"Berapa berapa la. Kakak bayar saja...."

Alhamdulillah sekejap saja depa buat kerja potong-potong dahan tu. Lepas tu depa bakar sarang lebah tu. Lepas tu potong dahan-dahan dan angkut pi buang kat mana tah.

Dah terang

Penampakan di celahan daun.

PS: Mudah-mudahan lepas ni boleh merasa hasil tanaman bersama mereka yang tersayang.

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...