Friday 20 October 2017

Girls day out.....

Saya tak ingat bila last kami gurgirls ber-outing sesama. Sejak depa dah berumah tanggga ni terpaksalah tunggu kebenaran husband memasing bagi izin keluar berdating dengan umi. Alhamdulillah setakat ni saya belum masuk campur urusan rumah tangga anak-anak. Biaq pi depa urus sendiri susah senang hidup bersama pasangan memasing. 

Alhamdulillah Allah bagi izin kami pi berdating pada hari Khamis baru ni. Kebetulan saya bercuti panjang sempena Hari Depavali, Hidayah balik bercuti semester break, Nina baru habis PT3 dan Iman pulak freelance, maka dapatlaah kami tiga generasi keluar bersama. So lepas hubby pi kerja pagi tu, kami pun bersiap-siap pi ambik Iman di Kajang. Kebetulan Marwan pun kerja maka Umair lah jadi drebar. Dah namanya gurgirlzz day out of course lah kena ada drebar yang taat setia. Dari Kajang kami pi Ikea Cheras pekena meatballs. Walaupun ramai manusia tapi kami gagahi jua demi sebuah kegembiraan. Tak terasa pun letihnya beratur dalam barisan yang berlengkar-lengkar macam ular when you are with the love ones.... haha gitu. 


Thankyou hubby Dayah jadi drebar yang taat setia


Usai solat zohor kami sambung jalan-jalan window shopping kat Mytown, sebelah Ikea. Tak terasa masa berlalu hampir 5 jam. By pukul 5 petang kami terpaksa gerak balik sebab tak kuasa nak mengharung jam jalan MMR2 dan berebut-rebut dengan orang balik kerja. 




PS: Nina suruh semua orang pakai pink, maka menjadilah kami bak Puteri Islam. Maka bertanyalah orang-orang kehairanan "gerangan program apakah kalian beruniform begitu? " Hahahah.... sabo jelah melayan kerenah sumber kebahagiaanku ini..



Melaka lagi....

Alhamdulillah Jumaat lepas berakhir peperiksaan PMRI menandakan berakhirnya alam persekolahan puteri bongsu di Tingkatan 3. Peperiksaan PT3 selesai pada hari Khamis dengan kertas Bahasa Arab. Jumaat tu cuma ada kertas Tajwid dan Tasawwur Islami sahaja.

Sebenarnya saya dah plan nak mohon cuti sekolah dengan anggapan kertas PMRI tu depa bawa ke hari Isnin lepas cuti Depavali nanti. Kebetulan weekend tu hubby ada program kat Melaka so kami plan menumpang sekaki sambil jalan-jalan bawa diri. Hajat awal nak ikut hubby terus pi USIM pagi Jumaat tu sebab depa nak bertolak terus lepas kerja petang Jumaat tu. Hajatnya juga sambil menunggu hubby habis kerja sempat la saya mengemas rumah hinggap kat sana yang dah lama tak dijengok. Tak perasan pulak pagi Jumaat tu hubby ada meeting apa tah kat UIA. Disebabkan Nina masih ada exam PMRI hari tu dan saya pulak kena jaga exam dari pagi hingga tengahari maka semua perancangan terpaksa bertukar kepada plan B.
  • 6.30am: Gerak pi sekolah 
  • 8.00am - 9.00am: Jaga exam lepas tu pi breakfast. Kemudian siapkan cenderahati untuk ahli Kelab Angklong
  • 11.00am - 12.30pm: Jaga exam lagi lepas tu terus pecut  pi hantar Amin solat Jumaat. Sementara tunggu dia habis solat saya balik packing barang. Lepas tu pi ambik Amin semula hantar balik rumah. 
  • 2.00pm : Pecut balik pi sekolah sebab petang tu ada jamuan Kelab Angkolng. 
  • 4.15 pm: Gerak ke Nilai
Makanya agak kalut jugak la dengan perubahan planning ni. Tapi Alhamdulillah dengan Rahmat Allah saya dapat gerak ke Nilai seperti yang dirancang. Sebenarnya saya malas nak drive sendiri. Sebab tulah seboleh mungkin saya buat perancangan untuk ikut hubby pagi Jumaat tu. Tapi apakan daya, perancangan lain telah tersedia untuk saya. So terpaksalah saya pecut sendiri ke Nilai sebab nak gerak dari sana pukul 6.00 petang. Tak boleh pecut sangat pun sebab biasalah jalan MMR2 trafik jam terutama hari Jumaat petang.  Alhamdulillah saya tiba Nilai kol 5.30 petang. Cari parking yang sesuai sebab nak tinggal kereta selama dua malam. Join hubby minum teh tarik dan roti canai kat restoran Manna Salwa.  Kol 6.30pm baru kami gerak ke Melaka. Tiba sana dah malam. Terus check-in. Terus dinner.
Kemain buka je TV depa welcome kita dulu. (Peghak la aih.....)

Esoknya pepagi lepas subuh kami pi briskwalk sekitar hotel. Hubby memang cari hotel dalam bandar supaya senang saya nak pusing-pusing nanti. Takyah nak kena drive masuk bandar. Biasanya weekend begini Bandar Melaka jam teruk. Jalan kaki lagi laju dari naik kereta.

Hotel kami bersebelahan Dataran Pahlawan sahaja. Dekat juga dengan Mahkota Parade. Boleh jalan kaki je ke kota A'Famosa dan tempat-tempat bersejarah yang lain. Masa kami briskwalk tu suasana tenang dan damai sahaja. Yang nampak hanya pasangan dan mereka yang sudah berumur buat briskwalking macam kami. Ada yang nampak masih sihat dan bertenaga depa pi berjogging. Kebanyakannya pakcik dan makcik Cina. Kagum saya tengok. Rupa-rupanya area tu memang tempat depa beriadhah pepagi sebelum sesak dengan pelancung, bas dan kenderaan lain menjelang tengahari hingga malam nanti.

Sambil-sambil briskwalking tu kami sempat singgah tengok-tengok tinggalan sejarah kat Melaka ni. Saya bukan peminat sejarah, so tengok jelah. Tak reti nak appreciate apa-apa.

Kota A' Famosa


Kereta perisai diraja

Lepas keluar peluh sikit-sikit kami pi lepak kedai mamak depan hotel. Sebanyak-banyak pilihan breakfast kat hotel, restoran mamak jugak jadi pilihan.
Cuba menu roti puri... tapi tak kena dengan selera 
Akhirnya pekena roti canai telur juga

Lepas sarapan, hubby pi program. Sementara menunggu kedai-kedai buka saya lepak je kat hotel sambil sambung mengait. 

By pukul 11 pagi baru saya dan Nina keluar jalan-jalan. Konon nak shopping tapi malas pulak. Kesian pulak Nina tak berapa sihat sebab penat  buat exam seminggu belum recover lagi. Tiba-tiba kena selsema dan panas badan. So kami jalan-jalan cuci mata sahaja sambil cari 'brunch'. 
Seni kraftangan daripada rempah ratus untuk Depavali.


Saya belikan ubat Cetirizin bagi Nina makan. Balik hotel dia qadha tido sampai petang. Saya, seperti biasa isi masa baca novel dan sambung mengait lagi. (Dah dapat hobi baru rupanya.....)

Lepas hubby habis program dalam pukul 6 petang kami keluar pi pusing-pusing kawasan Umbai. Sepatutnya depa ada dinner kat restoran Ikan Bakar Terapung jam 8.30 malam. Disebabkan kami tiba agak awal maka sempat la lepak-lepak tepi pantai menikmati kejadian alam sambil makan rojak buah.
Sunset dalam cuaca mendung....

Bring back memories...

Dinner dengan staf hubby

Mark the centre piece. (Sungguh gemuk diriku ini rupanya....)

Hari Ahad pepagi lagi kami dah check-out sebab nak tiba KL sebelum tengahari. Alhamdulillah kami tiba Nilai dalam pukul 11.00 pagi untuk ambik kereta Unser. Lepas isi minyak saya teruskan perjalanan berdua dengan Nina sahaja. Sian pulak hubby kena drive Honda sensorang. Mentang-mentang berdua-duaan (ngan  Nina) sahaja maka kami pun buat planning singgah beli kek birthday Amin, beli lunch, beli tanah dan pokok lagi.... Hikmah bawa kereta sendiri. Suka hati singgah sana-sini....
Lekar daripada lidi kelapa, buah tangan dari Melaka, 

PS: Perancangan Allah sentiasa yang terbaik kerana Dia memberi apa kita perlu, bukan apa yang kita mahu.



Wednesday 18 October 2017

Kait mengait pulak...

Setiap hujung tahun sekolah saya mengadakan program Jaulah dan Mukhayyam untuk semua staf. Tahun lepas depa pi Padang, Indonesia. Tahun ni program di Langkawi, Kedah. Kira macam pergi bercuti beramai-ramai dengan pengisian program lawatan ke tempat-tempat menarik serta aktiviti berkumpulan. Ala-ala Breakaway gitu. Tahun ini depa ambik tarikh sempena cuti Hari Depavali (14-23 Oktober 2017). Kebetulan dapat cuti selama seminggu so bolehlah bercuti lama sikit. Tapi tarikh jaulah hanya pada 15-17 Oktober sahaja. So hari cuti selebihnya boleh isi dengan program sendiri. 

Seperti biasa juga perancang Allah untuk saya agak berbeza. Lagipun dalam usia begini saya rasa dah tak larat nak ikut program yang disusun. Alhamdulillah dengan ehsan Puan Pengetua, saya dapat pelepasan daripada mengikuti program jaulah ini. Walaubagaimanapun setiap orang diberi amanah untuk menyiapkan tugasan. Kali ini kami kena belajar buat crochet. Maka bertungkus lumuslah memasing melembutkan tangan dengan jarum dan benang kait. Saya memang tak pernah terfikir boleh mengait apa-apa. Kait buah boleh lah. Tapi berkat usaha tanpa jemu akhirnya saya dapat menghabiskan segulung benang kait dalam masa yang ditetapkan. Semua hasil crochet yang dah siap tu akan dikumpul dan disambung-sambung buat selimut blanket pulak.
Saya rujuk video granny crochet blanket (google)

Kebetulan juga hari Jumaat sebelum cuti Depavali tu merupakan hari terakhir aktiviti kelab sekolah maka ahli kelab memutuskan untuk mengadakan jamuan. Sebenarnya last minute planning. So berpada sahajalah dengan apa yang ada. Alhamdulillah co-guru kelab saya seorang yang amat berdedikasi maka dalam apa jua keadaan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Kelab Angklong 2017 (Cemana tah depa pilih saya jadi guru kelab Anglong.....:)

Terimakasih Cg Linda (kiri) bagi tumpang guna kelas dan Cg Sakinah (kanan), guru kelab yang berdedikasi. (Abaikan kegemukan yang kat tengah tuh...)

Baguih juga kalau buat projek kait mengait ni dalam kelab Angklong..... Kaitan? Hmm...


PS: Terasa cepat masa berlalu. Dah nak SPM dah.....



Wednesday 11 October 2017

Bunga Ros dan Anai-anai

Sejak laman saya diserang anai-anai hari tu minat nak berkebun mula pudar. Mulanya dah minta pakar 'pestcontrol' untuk hapuskan anai-anai tu tapi tengokkan sebut harga yang depa bagi macam tak mampu pulak. Depa guna kaedah bait. Depa kata laman saya luas so kena letak  tujuh bait untuk perangkap anai-anai. Kos RM3500 untuk 7 bait. Fuh.... rasa nak demam sekejap. Saya cuba cari sebut harga yang lain tapi harganya lebih kurang sama je. So untuk sementara ni saya letak racun je dulu. Memandai DIY sebab nak jimat kos. Saya beli beberapa botol racun anai-anai dan tuang terus kat tempat-tempat yang nampak macam ada sarang anai-anai. * Jangan lupa pakai sarung tangan dan elakkan dari terkena mata dan kulit. Lepas tu saya siram dengan air yang banyak. Kebetulan musim hujan ni lagi senang. Bila nampak je macam nak hujan saya tuang je racun anai-anai tu kat tempat-tempat yang sepatutnya. Lepas tu tunggu je air hujan meneruskan kerja-kerja selanjutnya. 

Semalam tetiba rajin pulak merumput di halaman rindu. Dah berzaman tak gunakan mesin rumput. Alhamdulillah masih berfungsi. Tapi disebabkan tanah tak rata menyebabkan agak sukar nak operate mesin rumput tu, asyik tersangkut-sangkut je. Gamaknya sebab masa tanam rumput hari tu saya main letak je. Takde nak kisah tentang teknik penanaman rumput berkesan. Main tibai suka hati. Akhirnya rumput tu pun suka hati juga la nak tumbuh macam mana.

Balik sekolah semalam saya singgah beli 10 kampit tanah untuk ratakan laman yang berbonggol-bonggol tu.

10 kampit tanah ready to go.

Runtuhan kolam hari tu masih bersisa. 

Saya tambun sahaja dua tiga kampit tanah ke kawasan yang berlopak-lopak tu. Alhamdulillah usai kerja-kerja menambun tanah tu hujan pun turun. Secara tak langsung air hujan tu nanti akan memadatkan tanah yang baru di tambun tadi tu. Tak perlu nak siram lagi.


Minggu ni peperiksaan PT3 sedang berlangsung. Kebetulan pulak Nina dok buat ulangkaji subjek KHB pilihan ERT.  Maka dia sibuk bercerita tentang pemasuan semula.

"Campur tanah lom, tanah biasa dan tanah hitam. Kacau rata sebelum masukkan dalam pasu. Korek dan keluarkan pokok dari pasu lama dan potong akar-akar yang panjang. Masukan dalam pasu beserta campuran tanah tadi. Tambah tanah sehingga 2.5cm penuh. Lepas tu siram....."

Maka tetiba sahaja perasaan bersalah muncul dibenakku. Terus bersemangat untuk menjiwai semula pokok-pokok bunga ros di halaman rinduku itu.  Saya tanam 4 pasu je pun. Warna oren, kuning, putih dan ungu cair. Tapi disebabkan jarang dijaga dan dibelai maka depa hidup segan mati tak mahu. Sungguh kata orang, hanya orang rajin dan berdisiplin sahaja yang boleh tanam bunga ros. Sebab pokok bunga ros ni manja dan perlukan banyak perhatian. Nasib tak baik nanti semuanya terkulai layu.

Mangsa  tuan tanah yang kengkonon sibuk.

Maka bertungkus lumus lah saya menjalankan aktiviti pemasuan semula untuk keempat-empat pasu itu. Setiap hari selepas balik dari sekolah saya akan beraksi dengan kudrat empat kerat ini. Alhamdulillah keempat-empat pasu bunga ros itu selamat menjalani make over. Saya campurkan dua kampit tanah merah dan sekampit tanah hitam. Gaul rata lepas tu saya masukkan dalam pasu hingga separuh penuh. Sebelum tu keluarkan semua tanah asal beserta pokok bunga ros tu. Hati-hati agar tidak tercabut akarnya. Letakkan semula pokok di tengah-tengah pasu yang sudah berisi separuh tanah tadi. Kemudian masukkan semula tanah yang asal yang telah digembur-gembur. Jika perlu tambah tanah campuran tadi hingga penuh pasu. Kemudian siram dengan air supaya tanahnya mampat. Letak di tempat teduh hingga esoknya. Lepas tu baru boleh pindahkan ke tempat yang mendapat cahaya matahari penuh. Siram dua kali sehari, pagi dan petang. Alhamdulillah hari ini semua pokok kelihatan masih segar.


Mudah-mudahan selepas ini bunga-bungaan segar akan kembali menyerikan halaman rindu ini.

Rakan baru.....

Alhamdulillah hari ni petik bunga kunyit untuk buat ulam. Kebetulan hari ni saya masak lemak cili ikan jenahak (tak habis habis lagi stok ikan Pantai Sepat hari tu) so hal kunyit mengunyit ni sangat penting. Tumbuk ubi kunyit dan hiris daunnya. Masukkan ke dalam periuk beserta ikan dan santan sekotak. Tambah segelas air, sekeping asam keping dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih dan ikan empuk. 

Bunga kunyit.

Perah buat air, minuman sejuk selepas penat berkebun. Limau kasturi + air batu, asam boi dan gula. Yummy...

PS: Berkongsi hasil bumi adalah terapi minda yang sangat melunakkan.

Monday 2 October 2017

Ikan Segar Pantai Sepat

Semalam hubby balik dari program Etiqa. Depa pi bagi sumbangan kepada sekumpulan nelayan di Pantai Sepat, Kuantan. Sumbangan tu adalah hasil daripada kutipan zakat dan sumbangan masyarakat melalui Etiqa Takaful. Depa agihkan sumbangan duit dan peralatan nelayan seperti pukat, pelampung, jaket dan lain-lain peralatan untuk kegunaan nelayan turun ke laut. Yang terharunya pihak nelayan sana pakat bagi ikan segar sorang sekotak sebagai cenderahati. Allahu.... sungguh terharu dengan sifat pemurah mereka. 

Katanya nelayan di sana naik dari laut pada jam 11 pagi dengan hasil tangkapan memasing. By the time hubby and team sampai dalam pukul 3 petang depa dah siap packing dalam kotak polistrin tu. Buka-buka kotak tengok setambun ikan. Penuh dengan ikan-ikan segar baru naik dari laut. Ada seekor ikan jenahak besar gedabak. Seumur hidup saya tak pernah pulak dapat ikan sebesar itu. Rasanya berat dia dalam 3 kilogram. Juga ada sekor ikan lain lagi tapi saya tak berapa pasti namanya.  Mungkin kerapu. Besar gedabak juga. Ada empat ekor sotong sebesar lengan serta sebesen anak-anak ikan merah dan ikan kerisi. Jenuh jugak nak menyiang ikan-ikan tu. Alhamdulillah skill menyiang ikan masih bersisa. Tak sia-sia pengalaman saya dan kawan-kawan berselut dan berlumpur menangkap ikan keli dan haruan dalam bendang masa kecik-kecik dulu.
Jenuh nak mengerjakan ikan jenahak ni.....
Siap dengan anak lesung nak ketuk kepala ikan tu.
Berkali-kali mencuba dengan segala kemampuan yang ada
Kepingan jenahak segar.

Saya kelebek siang buang perut satu-satu.
Ikan apa tah yang besar tu, rasa-rasa macam ikan kerapu.

Sotong celup tepung

Petang tu saya masak asam pedas kepala ikan jenahak dan sotong celup tepung sahaja. Punyala besar sotongnya, sekor pun dah cukup untuk hidangan satu keluarga. Alhamdulillah rezeki Allah datang dalam berbagai cara.


Sunday 1 October 2017

Me Time..... Cara Saya.

Saya tak ingat bila last saya duduk sorang-sorang di rumah. Rasa macam dah lama tak ber me time. Pada saya me time tu duduk sorang-sorang buat apa yang kita suka tanpa ada gangguan sesiapa. Tak perlu nak kalut-kalut fikirkan tanggung jawap terhadap orang lain. Enjoy doing what you like in your time, your own way. 

Alhamdulillah this weekend saya dapat peluang ber me time. Semalam bye-bye hubby pi outstation.  Anak-anak semua dengan hal masing-masing. Iman di Kajang. Hidayah di Kuantan. Ein di UM. Amin di Tangkak. Nina study PT3. Yeah.... betul-betul dok sorang-sorang berpeluang nak isi masa dengan hobby dan terapi untuk diri sendiri. Alahai apa sangat lah me time saya tuh. Setakat nak mengisi masa dengan hobi samada membaca novel, mengemas rumah atau berkebun. Nampaknya saya juga terpaksa mula menyesuaikan diri pabila keseorangan.

"Cikgu free tengahari ni? Saya nak hantar pokok mulberi...."  Tiba-tiba dapat mesej daripada anakanda Afrah, sama-sama kerja di al-Amin.

Sebenarnya saya dah lama cari pokok mulberi ni sejak mengetahui banyak khasiat daripada pucuk dan buahnya. Dah singgah kat beberapa kedai pokok tapi takde stok. Alhamdulilah, berkat sabar Allah hantar pokok terus depan rumah. Siap dengan tester lagi. Buahnya sangat manis. Terima kasih buat anakanda Afrah yang manis dan lemah lembut.

.

Nampaknya me time saya kali ini ialah berkebun. Dapat memenuhi impian menanam pokok mulberi. Saya guna teknik tanam batang. (Dah memang dia bagi batang pun). So dalam mencari-cari tempat yang sesuai nak mencucuk batang pokok tu maka terserlahlah betapa lamanya saya tidak berme time dengan pokok-pokok sekitar rumahku syurgaku ini. Take for granted depa boleh hidup sendiri independently. Kesian sangat tengok pokok-pokok yang terpaksa bersaing berebut cahaya matahari sesama sendiri. Dah la sejak akhir-akhir ni cuaca tak menentu. Kadang hujan, kadang mendung, kadang panas terik. Allahu.... terasa berdosa pulak diriku ini.

Pokok limau, lemas dalam perdu lengkuas.

Pokok durian di celah-celah rimbunan serai. 

Menurut Pakcik Google, pokok mulberi ni boleh ditanam samada dalam pasu atau terus atas tanah. Kebetulan saya masih ada beberapa pasu reserve untuk taman herba saya. (Hmmm.... entah bila la nak siap taman herba tu) Saya guna 2 pasu untuk letak 2 batang pokok untuk setiap pasu. Selebihnya saya cucuk atas tanah terus. Katanya kalau menjadi, pokok ni akan mula bertunas selepas dua bulan. Kita tunggu dan lihat. Mudah-mudahan ada rezeki boleh dikongsi dengan orang lain juga.

Pasu 1 
Pasu 2.

Dua batang tanam atas tanah sepanjang tembok belakng rumah..

Sambil-sambil itu sempat meninjau hasil tanaman. Rupa-rupanya banyak hasil yang belum dituai.

Limau kasturi galak berbuah tapi tuannya baru perasan.

Tak perasan selama ini limau kasturi ni berbuah lebat. Dahannya melempai ke luar pagar. Biasanya tupai-tupai gemar berkongsi hasil tanaman saya, Tapi limau kasturi ni macam tak berusik pulak. Depa tak minat gamaknya. Kalau buah mangga tu selalu je berebut dengan depa. Kadang kita semangat tunggu buahnya mengkal tetiba hilang, tinggal biji je atas lantai. Kadang ada juga bibik jiran-jiran sekitar yang ambil mangga muda buat menyicah.  

Saya tebas pokok-pokok lengkuas yang melanggar sempadan. Alhamdulillah baru nampak rupa pokok limau ini dengan jelas. Saya tak pasti limau apa. Main teka sahaja pokok limau sebab daunnya berbau macam buah limau. Tunggu jelah setahun dua lagi kok-kot ada rezeki boleh merasa hasilnya.

Limau apa tah.

Pokok letup-letup pun rajin menjalar dan memanjat sekitar rumpun lengkuas tu. Saya biarkan aje  buat habuan makanan tupai. Buahnya manis apabila masak ranum. Saya biasa makan buah letup-letup ni masa kecik-kecik dulu. Masih terbayang masa zaman hingusan semasa di kampung dahulu. Saya selalu bermain petang-petang dengan kawan-kawan sekitar kampung. Kami kutip je buah-buah yang ada. Petua orang tua kalau sesuatu buah itu dimakan burung atau tupai bermakna ianya juga sesuai untuk manusia.

Pokok letup-letup pun galak berbuah.

Lambat pulak pokok durian ni nak membesar.

Betik ni baru galak berbunga. Bila tah nak berbuah.

PS: Tengahari tadi hubby dah balik dari out station. Bawa balik sekotak ikan segar. Lepas ni nak bersilat dengan ikan-ikan pulak.....The end of my me time.

Aidil Fitri 2024 (1445H) @Ukay Perdana

1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Rabu, 10hb April 2024 selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Pada petang sebelum pengumuman hari raya ...