Friday 29 September 2017

Cookies, cookies, cookies......

Saya bukanlah orang yang rajin masak. Membaking jauh sekali. Tapi entah kenapa hari ni tetiba terasa nak buat cookies. Balik dari sekolah tadi terus masuk dapur cari bahan yang sesuai. Alhamdulillah kat rumah ni sentiasa ada bahan masakan walaupun tuan rumahnya bukanlah seorang chef. Kalau rajin merancang menu ada sahaja yang boleh dijadikan hidangan. Seperti biasa, dengan menggunakan apa sahaja bahan yang ada di dapur saya maka terhasillah cookies simple dari resepi yang simple.

  • 1 cawan margerin planta
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan gula kastor 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh soda bikabonat (sebab takde baking powder)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan chocolate chips

Kacau margerin dengan gula perang dan gula kastor hingga kembang. Saya kacau pakai senduk je. Lepas tu masukkan telur, kacau lagi. Kemudian masukkan esen vanila dan soda bikarbonat. Kacau lagi. Kemudian masukkan tepung dan chocolate chips. Maka jadilah adunan seperti di bawah ini.

Ambik secubit-secubit, gentel bulat-bulat dan atur atas dulang. Jarak-jarakkan untuk memberi ruang depa nak mengembang nanti.

Lepas tu bakar dalam oven 170 darjah selama 15-20 minit. Terkejut jugak tengok hasil kembangannya. Agaknya sebab saya guna soda bikarbonat instead of baking powder.
Cookies kembang mayong.

Hajat awal nak letak badam. Beriya menyangai bagai. Tetiba malas pulak nak menumbuk sebab lesung batu tu saya baru guna untuk tumbuk garam  kunyit. Nak guna pengisar, malas pulak nak keluarkan. Adeh..... perkataan malas tu dah seakan mendarah daging pulak. Maka tersadailah badam bertuah tu dalam kuali. Satgi kalau rajin saya buat badam sangai bermadu. Kalau rajin la....hmmm.
Badam sangai tersadai...

Alhamdulillah dapat 4 dulang. Dalam 100 pieces +++gitu. Rasa?? Hmmm... takkan la nak masuk bakul angkat sendiri pulak kan :)


PS: Bahagia terasa pabila sekali sekala angin rajin datang menyinggah walaupun tak lama.




Tuesday 26 September 2017

Bertandang, Berjalan, ke Kelantan Kita.

Tanggal 26 Ogos 2017 merupakan Majlis bertandang kami ke Kelantan. Kenduri pihak lelaki pulak. Majlis sebelah kami dah selamat dijalankan pada 8 Julai hari tu. Seminggu dua sebelum Majlis bertandang saya dah mula memikirkan tentang cenderahati yang perlu dibawa untuk keluarga besan. 

"Takyah risau. Kita naik kereta. Sumbat je barang-barang dalam bonet......" Hubby memang sempoi. Saya lah yang tukang pikir apa benda yang nak disumbat itu. Seperti Majlis bertandang Iman hari tu saya buat yang simple sahaja. Saya sediakan cenderahati untuk pengantin lelaki, adik-beradik serta mak dan ayahnya. Semuanya homemade, buat sendiri. Sukahati saya saja nak buat bakul hiasan cemana. Redha jelah dengan hasil keras tanganku. (Takde gambar kenangan sebab semua dah hilang masa hp rosak hari tu)
Masa tengah sibuk menghias bakul bertandang.

Kami bertolak dalam pukul 8.30 pagi hari Jumaat. Singgah beli air dan roti di petronas, isi minyak dan top-up Touch and Go. Kami bajet untuk singgah di mana-mana Masjid untuk solat Jumaat on the way. Alhamdulillah sempat tiba di Masjid apa tah immediately masuk Negeri Terengganu. Sementara the guys solat Jumaat saya ngan Nina duduk je lepak dalam kereta. Usai solat kami teruskan perjalanan ke Kota Bharu. Alhamdulillah perjalanan sangat tenang tidak seperti suasana pulang berhari raya. Kami tiba di Kota Bharu dalam pukul 4.30 petang. Alang-alang belum makan tengahari kami terus pi pekena ayam percik di Restoran Yati Ayam Percik. Saya suka makan di sini sebab banyak pilihan kuih-muih. Manis-manis belaka..... Siap sedialah melihat bacaan gula yang melambung naik nanti.
Suka hati je selekeh bila di Kelantan.
(Padahal posing depan kedai orang)

Lepas makan terus check-in homestay. Esoknya kami bersiap untuk pi kenduri Dayah. Alhamdulillah Majlis Bertandang berjalan lancar. Kami disambut meriah. Majlis diadakan di dewan SMI Aman Binjai. 
Full house: Dua keluarga bersatu.
Besan

Tak sangka Majlis bertandang disertai dengan sahabat yang sama belajar di MRSM KB dulu. Dapat bersua semula setelah lebih 30 tahun. Mini reunion gitu. Begitu susunan Allah.
Mahidah berbaju biru dan Nolizan berbaju maroon
Terima kasih sahabat kerana sudi datang.

Sebelah petang selesai majlis, kami sempat pi jenjalan ke Wakaf Cik Yeh. Malangnya hujan lebat, so kami jalan-jalan sekitar Kota Bharu sahaja. Seperti biasa destinasi utama sudah semestinya makan rojak colek popia Stadium. Ferevat hubby masa muda-muda dulu.

Popia Stadium

Adat Kelantan yang saya suka ialah majlis berkenalan dengan menantu. Saudara-mara akan menjemput pengantin baru untuk datang ke rumah mereka samada untuk makan pagi, tengahari, minum petang dan makan malam. Tujuannya untuk berkenalan dengan lebih rapat. So untuk hari Ahad program kami dah fully booked. Sarapan di rumah besan, makan tengahari/starter rumah Mek Na, makan tengahari/dessert di rumah Cik Ani dan sambung minum petang di rumah Wani. Makan malam sepatutnya di rumah cik Yah tapi kami terpaksa tolak sebab nak kena hantar Iman ke airport. Depa nak kena balik KL awal sebab Marwan kerja keesokan harinya dan Amin pulak ada driving. 

Sementara ke airport tu sempat lagi singgah makan maggi ketam kat warung berhampiran airport. Sebenarnya dah lama mengidam nak makan maggi ketam ni. Dah rasa baru tahu takde la sedap mana pun. Ketamnya aje yang nampak mengancam. 
Maggi tomyam sotong
Maggi ketam. Kemain sepit besar gedabak. 

 Single but not available.

Awal pagi Isnin kami bersiap untuk bertolak balik ke KL. Nyaman terasa berpagi-pagi dalam suasana kampung. Hubby berkali-kali sebut nak pencen di Kelantan. Nak merasai ketenangan kampung dengan kos rasa hidupnya yang rendah jauh dari hiruk pikuk kota raya.
Dingin pagi depan homestay 

On the way balik terpaksa singgah kedai Cik Yah sebab nak bayar balik hutang tak penuhi undangan makan malam tadi. Sebenarnya setiap kali balik Kelantan kami tak akan lupa berziarah ke rumah Cik Yah. Kata orang tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermanja. Dan setiap kali juga kami disambut dengan kasih mesra yang tak pernah padam. Saya mengenali susuk tubuh itu sejak lebih 25 tahun yang lalu. Masa mula-mula bernikah dengan hubby lagi. Sekarang Cik Yah bukak kedai makan. Macam-macam juadah nasi ada di gerai Cik Yah. Disebabkan nak cepat kami hanya singgah di kedai Cik Yah untuk ambik bekal sahaja.
Gerai Cik Yah

Kemudian kami meneruskan perjalanan balik ke KL. Sepanjang dua hari di Kelantan, masa kami dipenuhi dengan aktiviti menghubungkan silaturrahmi sahaja. Program asal nak bercuti dan bershopping di Pengkalan Kubur semua ke laut. Takpe next time panjang umur kami kembali lagi.....
Jalan lengang selengang-lengangnya

Singgah di RnR mana tah, lupa dah nama tempat tu, untuk makan pagi sebab kalut tak sempat breakfast sebelum bertolak tadi. Rupa-rupanya kat RnR ni takde jual makanan berat. Ada gerai jual air sahaja. Yang ada tu pun air botol dan air dalam tin sahaja. Terpaksalah berpada dengan apa yang ada walaupun saya ni jenis kena minum air panas. Alhamdulillah ada bekal daripada Cik Yah. Dia bungkus nasi sorang satu siap dengan kuih lagi. Terimakasih Cik Yah.....
Nasi kerabu bekal daripada Cik Yah

Kami selamat tiba di rumah menghampiri jam 7 malam. Banyak berhenti tengah jalan sebab hubby mengantuk. Walaupun ada spare driver tapi hubby tetap nak drive sensorang. Kami ni yang penat duduk saja.


PS: Insya Allah panjang umur kami kembali lagi. Kelantan sentiasa di hati.....


Monday 25 September 2017

Mee Bandung Tangkak....

Semalam kami ke Tangkak lagi. Hantar Amin balik bercuti. Biasanya dia akan ambik bas dari Tangkak ke TBS. Lepas tu naik komuter ke KL Central. Seterusnya naik LRT, tukar di Masjid Jamek sebelum terus ke Sri Rampai. Setiap kali saya akan pick-up kat LRT Sri Rampai sahaja. Pernah sekali pi ambik kat TBS tapi lepas tu sumpah tak mau pi dah. Bayangkan nak ke sana sahaja terpaksa mengharung jam di MMR2 selama sejam lebih lepas tu another sejam lebih untuk patah balik pulak. Memang tobat la tak mau buat dah. 

Alhamdulillah dia dapat forward cuti Awal Muharram yang jatuh pada hari Jumaat baru ni ke hari Ahad. So dapatlah kami cuti bersama-sama selama 3 hari. Tak perlulah kami nak kalut-kalut kena pi hantar dia pada hari Sabtu. (Johor sekolah hari Ahad). Awal pagi Ahad baru kami bertolak ke Tangkak. Jalan sangat lengang. Alhamdulillah kami tiba di Tangkak dalam masa 2 jam sahaja. Apa lagi terus saja ke warung Mee Bandung Muar di stesen bas Tangkak. Kami memang tak lepas peluang pekena Mee Bandung Muar yang depa kata femes tu. Setiap kali pi Tangkak mesti beli Mee Bandung. Kalau tak sempat makan kami akan bungkus bawa balik KL.
Yummy.....
Pertama kali makan keladi goreng ngan sambal kicap. 

Setakat ni dah jadi rutin apabila Amin balik cuti hubby akan drive hantar balik ke Tangkak. Kesian katanya kalau Amin kena naik bas lagi. Biarlah balik naik bas dan pergi semula naik kereta. . Kalau ikutkan saya biar je Amin independent naik bas sendiri pergi dan balik. Untungla ada ayah penyayang. Layan jelah sampai tamat tempoh tahun depan. Bak kata Ein....."Layan je lah umi. bukannya susah pun..."


PS: Another one spreading his wings..... Moga Allah redha.


Sunday 24 September 2017

Lagi Azam Baru Sempena Awal Muharram..... : )

Rasa macam dah lama tak pi jogging. Sebelum ni asyik mengelat saja bila hubby ajak jogging. Tapi petang tadi kugagahi juga menemani. Tapi tak jogging pun sebab badan dah rasa berat. Berpeluh la jugak walaupun hanya berjalan lenggang kangkung.
Sambil menikmati keindahan tasik Ampang

"Cik Mas napok gemuk lo ning......" Komen jujur daripada sepupu saya masa jumpa dihari kenduri hari tu.

"Kak Mas nampak berisi..... hati gembira ke?" Soalan jujur daripada rakan guru yang dah bertukar tempat kerja semasa datang melawat sekolah hari tu.

"Tu laaa...... selama ni perasan kurus awet muda. Kita kata dia gemuk tak percaya....." macam puas hati pulak hubby dapat komen bini kesayangan dia ni dah gemuk metok.

So kebetulan hari cuti awal Muharram baru ni kami pi Wangsa Walk konon nak survey treadmill. Nak letak kat rumah boleh exercise bila-bila masa. Sebelum ni pun dah pi tengok kat beberapa tempat cuma belum rasa nak beli. Tapi sebab sejak tak berapa nak ada masa untuk keluar pi jogging ditambah pulak cuaca asyik hujan tak menentu sejak akhir-akhir ni, kami buat keputusan untuk beli saja treadmill tu letak kat rumah. Alhamdulillah ada rezeki lebih, jadi apa salahnya invest untuk kesihatan. Kami beli yang simple je untuk kegunaan keluarga. Mudah-mudahan selepas ni takde alasan untuk malas berjogging lagi. Bolehlah membakar lemak dan mengurangkan kolestrol yang dah bersarang dalam darah tu. 

Ambik kesempatan mengurut badan.

Lepas dah setel urusan jual beli pi dinner kat Grella. Apa lagi..... Main order jelah suka hati. Hubby belanja. Mostly makanan depa grill so kiranya tak pakai minyak lah. Hahaha... konon. Padahal dalanm daging tu dah berkepuk-kepuk lemak. Takpelah at least tak pakai minyak. Lemak dalam daging tu dah wujud sejak azali, takleh nak buat apa dah. (Kalu taknak lemak takyah lah makan daging). Lepas ni kita exercise banyak-banyak.....

Carbonara Grilled Lamb
Testing kamera Hp baru depan WW

Esoknya pepagi lagi sediakan sarapan pagi, minum pagi, lunch. semuanya homemade. Tapi biasalah kita ni kalau memasak takkan berpisah dengan minyak. Walaupun minyak tu tulis low cholestrol ataupun non-cholestrol, dah namanya minyak, minyak la juga. Menggoreng, menumis takkan terpisah dengan menu. Hmmm.... 
Jemput-jemput bawang dan udang untuk minum pagi. Sebelum tu dah bermee-goreng untuk sarapan. Lunch nasi putih ngan kari ikan dan ayam goreng.
Order pizza untuk supper pulak. Sebelum tu dah berojak mamak dan bercendol.

Dah tu bila masanya nak turun berat badan dan membuang kolestrol yang dah ada nih??? Adeh...

PS: Mudah-mudahan azam ini tidak tinggal sebagai azam sahaja.



Telinga rasa berdengung.

Sejak dua tiga hari ni telinga saya asyik rasa berdengung sahaja. Kadang-kadang rasa pressure seperti kita berada di tempat yang tinggi, seakan berada dalam dalam flight ataupun sedang memandu mendaki bukit. Kata orang tua itu petanda Malaikat Izrail sedang menghampiri. Allahu.... 

Kata orang itu juga petanda awal darah tinggi. Entah lah. Sejak melewati fasa usia emas ini macam-macam penyakit dah mula menunjukkan tanda. Saya memang mempunyai bacaan kolestrol yang agak tinggi. Last check-up pada 2015, bacaan dah mencapai digit 8. Doktor suruh berjaga-jaga tapi biasa la bila makan berselera memang tak ingat bala yang mendatang. Lagipun kolestrol tu meningkat dalam diam. So kita pun diam-diam jelah belasah apa saja terhidang depan mata. 

Melalui Mr Google saya dapati beberapa penyebab telinga  rasa berdengung. Antara penyebabnya: (*Saya copy direct dari bahasa Indonesia, malas nak edit)

  • Kotoran telinga yang menumpuk. 
  • Obat-obatan, terutama antibiotik atau yang mengandung aspirin.
  • Minuman beralkohol atau berkafein dalam jumlah berlebihan. 
  • Infeksi telinga atau gendang telinga bocor. 
  • Masalah pada mulut dan gigi, seperti masalah pada sendi rahang (temporomandibula joint)
  • Cedera, seperti pukulan atau benturan langsung ke telinga atau kepala. 
  • Cedera pada telinga bagian dalam setelah menjalani operasi atau terapi radiasi di daerah kepala dan leher. 
  • Perubahan tekanan pada lingkungan yang begitu cepat (barotrauma). 
  • Penurunan berat badan drastis atau kekurangan gizi atau diet yang berlebihan. 
  • Gangguan pada aliran darah (vaskular), seperti aterosklerosis karotid, arteri-vena (AV) malformasi, dan tekanan darah tinggi (hipertensi).
  •  Gangguan saraf (neurologis), seperti multiple sclerosis atau migrain. 
  • Penyakit lain yang dapat menyebabkan telinga berdenging antara lain: Neuroma akustik (semacam tumor), Anemia Labyrinthitis, Penyakit Ménière Otosklerosis, Penyakit tiroid Labyrinthitis Penyakit Ménière Otosklerosis Penyakit tiroid

      Tips Mengatasi atau setidaknya meminimalisir telinga berdenging yang dapat kita lakukan sendiri di rumah antara lain: 

  • Menghindari  iritan. 
  • Kurangi paparan terhadap hal-hal yang dapat membuat tinnitus lebih parah. 
  • Stres dapat membuat telinga berdenging menjadi lebih buruk. 
  • Manajemen stres, baik melalui terapi relaksasi, biofeedback atau olahraga, dapat memberikan bantuan. 
  • Kurangi konsumsi alkohol. Alkohol memiliki efek melebarkan pembuluh darah, sehingga menyebabkan aliran darah yang lebih besar, terutama di daerah telinga bagian dalam yang akan memperparah telinga berdenging.

Bersumber dari: Penyebab Telinga Berdengung (Berdenging) dan Cara Mengatasinya - Mediskus
https://mediskus.com/penyakit/penyebab-telinga-berdengung-berdenging-dan-cara-mengatasinya

Kalau dilihat daripada senarai penyebab tu secara kasar jawapannya 'tiada satu pun yang di atas'. Tapi kalau diperhalusi mungkin juga sebab yang saya dah bold dan merahkan itu. Sebabnya pastilah Allah tidak menjadikan setiap perkara itu tanpa sebab. Maka saya mengambil pendekatan bahawa Allah sedang memberi peringatan kepada saya tentang perjalanan meniti usia ini mungkin dah nak sampai ke garisan penamat. Maka sudah pastilah saya patut menyediakan diri sebaik mungkin agar dapat tiba ke garisan penamat itu dengan kejayaan. Semoga Allah mudahkan urusan dunia dan akhirat saya..... Amin.


Saturday 23 September 2017

Kenduri di Kuantan

Jumaat baru ni kami ke Kuantan sempena majlis nikah anak sepupu hubby. Majlis nikah sepatutnya pada jam 4.00 petang. Hajat asal nak bertolak pagi tapi hubby ada meeting. Saya pula ada kelas hingga jam 12.30 tengahari. So kami decide untuk gerak lepas solat Jumaat. Beg pakaian semua saya dah siap-siap masukkan dalam kereta hubby sejak semalam. Hubby terus pick-up saya dan Nina dari sekolah. Nina terpaksa tukar baju sekolah di RnR Temerloh. Saya terus je dengan baju kerja tu. Alhamdulillah kami sempat tiba di hujung-hujung majlis walaupun tak sempat tengok majlis akad. Agak terkilan juga sebab pengalaman mengikut rombongan pengantin ke majlis akad nikah tidak datang selalu.

Kami sempat makan-makan sambil beramah mesra dengan keluarga besan Cik Dah, sepupu hubby tu. Depa buat majlis untuk keluarga terdekat sahaja. Majlis kenduri akan diadakan pada keesokan harinya selepas solat zohor.
Sempat bergambar dengan pengantin baru

Usai majlis kami terus ke hotel Sri Manja untuk berehat. Kebetulan malam tu Dayah dan suaminya terpaksa on call so kami biarkan mereka dengan kerja memasing. Kami buat hal sendiri. Malam tu kami cuma makan ringan-ringan di warung bersebelahan hotel sahaja.

Esoknya, awal pagi lagi kami dah buat program sendiri untuk isi masa sementara menunggu masa rombongan pengantin. Dah lama saya teringin nak berjalan-jalan di pantai Cherating sambil makan keropok lekor rebus panas-panas. 



Alhamdulillah tercapai hajat melihat laut Cherating yang terbentang luas. Walaupun tanpa keropok lekor panas tapi sempat juga menyusur pantai yang bersih. Kami pi awal pagi so keropok lekor masih dalam pembuatan. Lagipun sepanjang jalan dari Kuantan ke Cherating tak banyak kedai keropok lekor yang dah buka. On the way balik ke hotel baru singgah di warung apa tah. Sementara tunggu depa rebus keropok lekor tu sempat la kami bersarapan dulu. Lepas tu balik hotel semula untuk check-out dan bersiap-siap. Singgah rumah sewa Dayah untuk solat zohor sebelum ikut rombongan pengantin pi kenduri pulak.
Bersama Cik Dah (mak pengantin lelaki), sepupu hubby 
Mengimbau nostalgia.....
Cik Yah(duduk), sepupu hubby lagi.

Usai makan kami terus bergegas balik KL sebab nak elakkan maghrib di Karak. Lagipun hubby tak suka travel memalam. Alhamdulillah selamat tiba di rumah sebelum jam 7 malam. Malam tu kami dinner dengan keropok lekor segar dari Kuantan. 

Esoknya hari Ahad, masa untuk mendobi dan mengemas rumah tapi terpaksa keluar cari handphone baru, sebab hp asal tetiba mati masa on the way pi Kuantan hari tu. (Gambar yang ada tu pun adalah ehsan dari hp orang lain) Habis semua benda dalam hp tu hilang tak boleh retrieve..... :(

Seperti biasa kalau hal-hal yang berkaitan teknologi ni kami akan ke Wangsa Walk sahaja. Kebetulan hubby sedang bermurah hati nak belanja maka kita dengan rendah hati terima sahaja. :)
Wefie pertama oleh Nina. 
Kemain sengih dapat hp baru. 


PS: Alhamdulillah rezeki Allah datang dalam berbagai cara.


Thursday 14 September 2017

Eidul Adha 2017

" Umi nak Dayah raya kat mana?"

Sejak kecik sampai dah menikah ni pun cek Mek tu akan minta saya buat keputusan walaupun dalam hal yang kecik-kecik.

"Umi nak semua ada ke, nak kami selang seli ke, ke cemana?" Iman pulak menambah.

Sejak depa dah menikah ni sibuk pulak nak kena susun giliran raya. Nak raya rumah saya atau rumah mak mertua depa. Seingat saya dulu tak pernah pulak saya bertanya nak kena beraya kat mana. Semua hubby yang decide. Sebagai isteri mithali saya menurut sahaja apa-apa perancangan yang dah disusun. Alhamdulillah sehingga kini semua berjalan lancar.

"Suka hati hangpalah. Umi tak kisah nak raya memana. Asalkan semua orang bahagia....."

Saya malas nak masuk campur sangat apa-apa perbincangan depa adik beradik. Akhirnya semua buat keputusan balik beraya di rumah saya. Maka berdiskusilah mereka adik beradik nak tidur kat mana sebab rumah saya hanya ada 4 bilik. Sebelum ni empat bilik tu dah cukup untuk kami sekeluarga. Satu untuk saya dan hubby, satu untuk anak-anak bujang, satu untuk anak-anak dara dan satu lagi untuk arwah mak mertua saya. Sejak Iman dah nikah depa sekelamin guna bilik arwah nenek depa apabila balik sekali sekala. Kini bila Dayah pun dah nikah maka pepandailah depa fikir agihan tempat beradu memasing. Alhamdulillah saya mempunyai anak-anak yang bijak berbincang untuk mencapai kata sepakat. Maka berpadalah semuanya dengan apa yang ada.

Dan seperti biasa juga sambutan raya di rumah saya sangat sederhana. Sehari sebelum raya saya dan hubby pi keluar beli bahan masakan. Seperti biasa juga saya akan masak rendang ayam dan rendang daging serta nasi impit. Malam raya Ein pi beli lemang Pak Ali. 

Usai solat Eidul Adha kami bersarapan dengan lemang dan nasi impit bersama rendang daging dan rendang ayam sebelum semua orang sibuk bergambar. 
With the new members of the family, Maysaa and Umair.
Tiada: Nina (tetiba sakit senggugut)



Hubby dah plan nak buat BBQ pada malam nanti. Lepas solat raya kami breakfast, rehat sekejap lepas tu pi cari bahan untuk BBQ. Kami pi cari kat Jusco Aeon saja. Mudah sebab semua ada kat situ. Suasana pasaraya meriah macam biasa. Ramai orang tak balik kampung gamaknya. 

Kebetulan Eidul Adha jatuh pada hari Jumaat so lepas shopping sibuk nak pi solat Jumaat pulak. Tahun ni kami join korban luar negara sahaja so tak perlulah kalut sangat nak pi menyembelih dan melapah. Lepas solat Jumaat kami jalan-jalan, makan-makan kat Melawati Mall sebab Nina belum sempat beraya lagi. So kengkonon pi berayalah sebab pagi tadi dia sibuk senggugut.

Usai solat asar bermula persiapan untuk BBQ. Ayam, kambing dan udang sudah diperap sejak pagi lagi.  Kami tambah dengan sosej, burger dan lain-lain untuk nampak lebih meriah. 

Alhamdulillah anak menantu semua pakat ringan tangan menyiapkan hidangan BBQ. Saya tunggu makan sahaja sambil main dengan cucu. Malas nak sibuk-sibuk dengan arang dan asap. Biar je mereka bersuka-ria ambik gambar masuk insta bagai. Saya lebih seronok duduk dalam rumah main dengan cucu. Dah siap panggang semua baru saya pi join makan.

Apa-apa pun Eidul Adha tahun ini lebih tenang tapi meriah dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kecil saya. Semoga ianya kan terus membesar menerima ahli baru lagi dan lagi..... 


PS: .....Amin.




Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...