Tuesday 26 December 2017

Jelajah Oman: Day 4

Jumaat: 15 Disember 2017

Hari ni merupakan hari terakhir kami di bumi Oman. Semua kerja hubby dah siap semalam. So hari ni free and easy sahaja. Kebetulan Jumaat merupakan hari cuti umum di Oman maka Ustaz Hakim dan Norma buat planning untuk bawa kami jalan-jalan menjelajah bandar Muscat dan kawasan sekitarnya.

Sementara menunggu depa tiba kami pi sarapan dulu. Hotel hanya sediakan free breakfast untuk seorang. So untuk bahagian saya kena bayar sendiri. Depa caj OMR12, iaitu bersamaan dengan RM132 seorang. Huhu.....
Ginger Lounge agak lengang hari ni.
Hari-hari ini jelah menu saya.....
Yummy cheese, especially yang warna cream tu..

Destinasi pertama ialah ke Pantai Yeti. Jarak lebih kurang 28km dari hotel kami. Hampir 45 minit juga untuk ke sana. Ustaz Hakim sengaja ikut jalan off-road sebab nak bagi hubby merasai pengalaman melalui jalan off-road di sini. Pantai Yeti ni sangat menarik sebab ianya ala-ala tempat untuk solitude. Kita boleh pilih mana-mana spot untuk duduk sorang-sorang mengenang apa saja. Sangat damai dan menenangkan apabila melihat air laut bersatu dengan butiran pasir dan batu-batuan.....
Kalau berminat kita boleh sewa bot untuk pusing-pusing kawasan pantai Yeti. Depa caj OMR15 untuk satu jam, bersamaan RM165. Saya ni mabuk laut jadinya naik bot tidak termasuk dalam agenda saya. Kami hanya melihat-lihat kawasan sambil capture pemandangan alam sahaja.


Hubby dan Ustaz Hakim.

Seperti biasa sepanjang perjalanan saya suka melihat deretan bangunan sepanjang jalan. Nampak keseragaman di situ. Kebanyakannya dicat putih atau warna krim atau coklat cair. Terasa sangat damai apabila warna-warna itu bersatu dengan warna alam. Satu lagi keunikan bangunan di sini ialah kebanyakannya rendah-rendah sahaja. Katanya ketinggian binaan bangunan di Oman tidak boleh melebihi ketinggian bangunan minaret masjid sebab itulah bangunan di sana rendah-rendah sahaja. Tidak kelihatan bangunan pencakar langit. Tentang pilihan warna bangunan saya tak pasti, tak sempat tanya, nak kena gi Oman lagi nampaknya..... :)

Deretan rumah kediaman

Seterusnya kami pi melawat landskap di Barr Al Jissah. Kat sini terdapat hotel Shangri-La, resort and spa. Kami tengok-tengok dari luar je. Depa sediakan kawasan tinjau untuk menikmati keindahan alam dan suasana pantai. Katanya sewa bilik kat sini boleh cecah OMR1000, RM11000 satu malam .


Bas pun disediakan, kepada yang berminat.


Memandangkan hari ni hari Jumaat maka hubby ambik kesempatan untuk solat Jumaat bersama-sama penduduk setempat. Sementara menunggu orang lelaki pi solat, saya pi jalan-jalan kat supermarket Lulu's , ala-ala pasaraya Giant kat Malaysia. Boleh tahan jugak harga barang-barangnya. Barang-barang keperluan dapur agak murah. 
Durian pun ada.....
Suasana lengang sebab hari Jumaat.

Usai solat Jumaat kami pi makan tengahari atas undangan bekas student hubby, Iman apatah namanya, (bebetukan sama nama dengan anak saya Iman, dan isterinya Balqis pulak sebaya Iman). Hidangannya semua menu daging unta. Katanya kalau nak merasa segala jenis menu daging unta boleh singgah kat restoran Al Dayafa ini. Saya pun dah lupa kat mana exactly tempatnya. Tapi semua yang di order adalah menu daging unta. Kalau lihat senarai menu, harganya agak berpatutan.

Depa hidang secara traditional, boleh nak duduk bersimpuh atau bersila atas lantai. Sangat selesa kalau bawa anak-anak kecik. Kami dihidangkan dengan nasi mandy, nasi kabuli dan nasi biryani dengan 4 jenis menu daging unta. Unta goreng, unta bakar, unta rebus dan unta masak rempah. Malangnya tiada jodoh saya dan unta. Baru cuba seketul daging unta goreng tekak saya dah mula loya. Alhamdulillah depa  ada sediakan ayam bakar sebagai alternatif. 
Terima kasih Brother Iman (T-shirt biru) belanja kami makan.

Alhamdulillah by pukul 3 petang kami tiba di hotel semula untuk berehat sebentar sebelum berkemas untuk check-out. Sepatutnya kami kena keluar pukul 12.00 tengahari. Tapi memandangkan flight kami pada pukul 9 malam, hubby minta extend hingga pukul 6 petang. Kena extra charge lagi. Kali ni OMR28  bersamaan RM318. Alhamdulillah sempat berehat setelah seharian cuci mata sekitar bandar Muscat. 

Pukul 6.15 petang kawan hubby, Brother Anuar Sajari, tolong hantar kami pi airport. Alhamdulillah kami tiba di airport agak awal, suasana macam lengang dan tenang sahaja. Tercangak-cangak tunggu depa buka kaunter. Kalau kat KLIA depa akan buka kaunter khas untuk setiap penerbangan. Tapi kat sini rupa-rupanya kita boleh pergi je memana kaunter untuk daftar masuk. Asalkan Oman Air, tak kisah ke mana-mana destinasi, kita boleh terus beratur ikut flow barisan. Mudah sangat rupanya. 

Lepas daftar masuk kami pi cari dinner dulu sebab takut mengantuk dalam flight nanti tak lalu pulak nak makan apa-apa. By the time kami makan tu dah pukul 11.30 malam waktu Malaysia walaupun kat Oman baru pukul 7.30 malam. Seperti biasa harga makanan agak murah walaupun kat airport.
Chicken wrap tapi kena wrap sendiri...

Usai makan kami terus masuk boarding hall. Rupa-rupanya kat dalam boarding hall tu dah penuh dengan penumpang transit dari serata tempat. Kebanyakannya jemaah umrah. Muscat Airport masih menggunakan sistem lama angkut penumpang dari terminal ke pesawat dengan bas. So kami kena queue untuk naik bas ke pesawat. Cuaca malam agak dingin. Sayu pulak rasa hati nak meninggalkan bumi Oman walaupun hati ini tak sabar nak balik rumah. 

Muka ngantuk tak sabar nak tidur.
 Saya pilih tidur daripada makan.....zzzzz


PS: Walau seronok mana pun perjalanan ini hatiku tetap nak balik rumah. Home is where my heart is. Thank hubby for making a home for me.....



Monday 25 December 2017

Jalan-jalan Oman: Day 1

Selasa 12 Disember 2017

Lepas sarapan hubby ada program hingga pukul 2 petang. So sementara menunggu hubby habis program saya hanya berehat di bilik hotel sahaja. Alhamdulillah banyak perkara yang boleh difikirkan sepanjang duduk sendirian begitu. Bukan selalu dapat ber'me-time' di tempat orang. Penat berfikir saya baring, penat baring saya membaca. Diam tak diam dah zohor.

By pukul 2 petang saya turun join program USIM. Depa sewa bas khas untuk program city tour, pusing-pusing bandar Muscat. Alhamdulillah dapat berprogram bersama-sama pensyarah-pensyarah USIM. Teruja pulak jadi cikgu pencen tetiba dikelilingi para cendikiawan.

Destinasi pertama sudah semestinya ke Masjid Sultan Qaboos (Sultan Qaboos Grand Mosque). Katanya, tempat ini adalah destinasi wajib bagi mereka yang melawat Oman. A gift to the nation katanya. Juga lambang kekayaaan Sultan Qaboos. Kawasan masjid ni sangat luas dan dapat menampung hingga 20 000 jemaah. Masa kami datang keadaan masjid agak lengang. Hanya terdapat beberapa orang pekeja am menyapu sampah dan menyelenggara pokok-pokok hiasan. Pelawat tidak dibenarkan masuk memijak karpet sesuka hati di luar waktu solat sebab depa ada 'waktu melawat' yang telah ditetapkan. Kami hanya meninjau-ninjau sekitar kawasan. Alhamdulillah dalam cuaca yang terang menyerlahkan lagi kecantikan dan keunikan binaan bangunan masjid ini. 
Dari Malaysia lagi saya dah berhajat untuk solat di masjid ni tapi apakan daya belum ada rezeki.  Saya hanya duduk meninjau dari luar sahaja sementara menunggu hubby pi solat Tahiyatul masjid. Kebetulan masa ni musim sejuk so depa tanam pokok-pokok bunga pelbagai warna di sekitar kawasan masjid ni. Sungguh cantik.




Makcik posing kat tempat teduh je.....

Setelah puas bergambar kami dibawa ke Matrah. Matrah ni macam satu daerah dalam Muscat. Macam daerah Gombak dalam Majlis Perbandaran Selayang. (Gamaknya la) Kami dibawa mendaki lereng bukit hingga ke puncak. Sebenarnya saya pun tak pasti apa nama tempat tu. Tapi dari situ kita boleh melihat ada dua kubu pertahanan. Apatah namanya, lupa nak catat. Nampak macam fort, macam harbour pun iye juga. Adoyai, teruk betul matapelajaran geografiku. Yang pasti ia adalah kubu pertahanan masa zaman perang Oman dulu-dulu. Memang strategik kedudukannya. Katanya kubu tu dibina untuk mempertahankan Oman daripada serangan musuh suatu masa dahulu..... (Lupa fakta), huhu, teruk betul pengajian sejarahku. :(  

Kami dibawa melalui Matrah corniche hingga ke puncak bukit. Dah lama saya tak melalui lereng bukit begitu. Dah tua-tua ni rasa gayat la pulak. Bas berhenti di puncak bukit untuk bagi peluang kami melihat keindahan kawasan sekitar Matrah dari atas puncak bukit. 

Sejoli di puncak bukit
Makcik gayat sebenarnya

Dari sana kami menelusuri Matrah cornichemenuruni lereng bukit untuk melawat Istana Sultan Qaboos. Kami hanya meninjau dari luar sahaja. Dah nama pun istana, kita rakyat marhaen ni layak kagum dari luar pagar je lah ye. 

Kami hanya merakam pemandangan di sekitar kawasan istana sahaja. Sebagai peminat bunga memang banyak lah gambar-gambar bunga yang saya ambik untuk simpanan peribadi.







Setelah puas bergambar kami dibawa Souq Matrah. Tempat ni macam pasar tradisional. Souq bermaksud pasar. Katanya Souq Matrah a.k.a Pasar Matrah ni adalah pasar paling tua di Oman. Asalnya Matrah ni adalah pusat dagangan paling awal di tanah Arab. Ramai pedagang datang dan pergi dari pelabuhan Matrah. (Gamaknya le. Harap-harapnya penguasaan geografi dan sejarahku semakin baik) ..... :D
Banker in action.....

Souq Matrah ni memang luas. Masuk je boleh nampak bermacam-macam souvenir depa jual dengan harga yang berpatutan. Kalau pandai tawar menawar memang boleh dapat harga yang sangat murah. Bermacam-macam hasil seni kraft tangan, bau-bauan minyak wangi dan kemenyan serta rempah-rempah. Alhamdulillah, saya tak berapa minat dengan hasil-hasil seni dan bau-bauan begitu. Saya dan hubby hanya berjalan-jalan sambil cuci mata sahaja. Kami hanya beli beberapa helai tudung pashmina, jubah serta kopiah sulaman Oman sebagai cenderahati.


Dalam pasar ni ada banyak lorong. Kami masuk satu lorong sahaja. Oleh kerana saya dan hubby tak berminat sangat nak membeli belah, kami cari port untuk duduk lepak sambil minum-minum. Harga minuman dan makanan agak murah. Secawan teh masala berharga 100 Baisa . Depa caj 100 Baisa untuk dua biji samosa saiz besar. Dan tiga biji untuk 100 Baisa untuk samosa saiz kecik. 100 Baisa bersamaan dengan RM1.10 duit Malaysia.
Teh masala dengan samosa.

Souq Matrah


Lama juga kami spend masa di sini. Sambil menunggu generasi muda bershopping sakan saya dan hubby berjalan-jalan sekitar Pelabuhan Sultan Qaboos menikmati keindahan lampu-lampu. 
Pemandangan Pelabuhan Sultan Qaboos di malam hari.
Kat belakang hubby tu ialah kapal cruise Sultan Qaboos. Kiranya tempat ni adalah pelabuhan kapal cruise dan feri kegunaan Sultan Qaboos.

Seterusnya kami dibawa ke restoran Ubhar. Katanya depa serve menu tradisional dari kampung di pendalaman Oman. Saya pun tak pasti macamana nak sebut nama-nama unik setiap hidangan tu. Sabar je waiter kat situ melayan setiap pertanyaan kami kengkonon berminat dengan resepi menu-menu tu. Tapi la ni haram tak ingat apa benda depa dok cerita masa tu. Depa hidangankan 6 menu untuk setiap meja. So setiap orang boleh merasa semua menu yang dihidangkan. Boleh pilih mana-mana  makanan yang sesuai dengan tekak kita. Kalau tak suka, orang lain boleh habiskan. Depa serve dua jenis nasi, pasta, bubur gandum (rasa ala-ala bubur lambuk), kari sayuran dan daging kambing goreng serta tambahan nasi putih. Rasanya pihak pengurusan dah buat booking siap-siap menu untuk kami. Kami hanya datang, duduk dan makan apa sahaja yang terhidang. Pertama kali saya tengok restoran hidang style hidangan bertingkat macam tu. Peghak sikit tapi good idea, boleh jimat ruang meja.
Dari atas: Nasi daging unta, pasta dan kari sayur
Dari atas: Nasi biryani, bubur gandum dan kambing

Lama juga kami dok berborak sambil makan-makan di situ. Depa hidang air kopi pahit style Arab dan buah kurma sebagai pencuci mulut. Saya tak berani ambik kopi tu takut pening. Pilihan saya hanyalah air mineral dan air pepsi sahaja. Tak perasan pulak pukul berapa kami selesai makan. Yang pasti sewaktu kami bersurai kebanyakan kedai semua dah tutup. Masing-masing pun dah keletihan. Kalau ikut waktu Malaysia  rasanya dah masuk awal pagi. 
Restoran Ubhar. Ambik gambar pintu je.
Bareeq al Shatti Mall. Kosong dan lengang sebab dah malam.

Alhamdulillah diberi peluang turut serta dalam program USIM dan dapat merasai pengalaman bersama-sama staf yang ceria sepanjang trip city tour.


PS: Berkawan biar seribu, berkasih biarlah satu.



Breakfast Date @KL East

“Jom breakfast esok, nak back to routine semula…” Bila hubby ajak makan, seharusnyalah kita terima dengan tangan terbuka. Sambil nak beli ba...