Tuesday 22 November 2016

Kunci Terkunci.....

Mengenangkan kejadian minggu lepas buat saya tergelak sensorang. Sepatutnya hari minggu kami dok berehat kat rumah tapi sebab dah ada projek yang nak dibuat, keluar lah jugak dengan Miss Nina, teman setia saya. Destinasi ke Nagoya, Aeon Big nak cari kain untuk buat sarung sofa sambil nak shopping barang dapur sekali. Malangnya parking penuh so kami double park tepi jalan. Laju-laju pergi beli kain sofa sahaja. Cancel planning nak shopping barang rumah kat sana. 

On the way balik saya singgah Hero Setiawangsa. First time masuk beli barang kat Hero. Boleh tahan juga tempatnya. Cukup keperluan dapur, barang kering dan basah. Lepas dah siap bayar cari kunci nak punggah barang ke kereta....

"Alamak....Nina..... mana kunci?
Sambil jalan tolak troli sambil cuba tenangkan hati, sambil fikir langkah seterusnya.

"Umi....kunci kat dalam kereta. Engine on!!!" 
Adus....macamana boleh lupa macam tu. Bibit-bibit awal alzheimerkah ini? Lama juga kami dok bersandar kat kereta. Alhamdulillah dapat parking kat bawah pokok so takdelah terdedah di bawah terik mentari kol 12 tengahari. Akhirnya dalam debaran kencang saya minta tolong pakcik security Hero tu. Depa banyak pengalaman buka kereta terkunci terutama kereta proton. Puas dia godeh-godeh lagak nak mencuri kereta tapi hampa. Rupa-rupanya kereta Unser punya tahap keselamatan yang sangat tinggi. Setakat guna cara nak curi kereta proton memang tak lut.
Hadapi dengan senyuman....

Akhirnya saya call hubby minta carikan kunci pendua kat rumah. Mana tah saya letak maklumlah dah lama. Puas jugak hubby dan bujangku dok mencari tak jumpa-jumpa. Akhirnya hubby datang pungah barang masuk kereta dia. Kami balik rumah simpan barang dan solat zohor dulu. Lepas tu keluar cari mana-mana workshop yang buka. Susah juga sebab hari Ahad. Sementara tu kami tinggal je Unser dengan engine masih on.

Alhamdulillah ada workshop yang buka kat area Keramat. So kami bawa pekerja/mekanik tu ke tempat kejadian. Dia tak guna teknik buka proton. Dia tuil pintu kereta dan masukkan dawai panjang untuk cangkuk kat lock pintu tu. Memang sukar sebab sistem keselamatan Unser yang tinggi. Punya la lama dok menunggu. Berpeluh dan berhempas pulas jugak dia nak buat sensorang. Sambil-sambil tu saya google teknik membuka pintu kereta yang terkunci. Banyak cara depa tunjuk dalam youtube. Kebanyakannya perlukan skill mekanik juga.

Alhamdulillah masyarakat Malaysia masih ramai yang prihatin. Makin lama makin ramai datang bertanya khabar. Ada sorang pakcik berbaju batik, (saya agak dia baru balik kenduri) siap keluarkan semua kunci yang dia ada. Kunci rumah, kunci opis, kunci bilik semua dia try godeh. Keliling pintu hingga ke bonet dia cuba. Risau pulak saya kot kunci dia terpatah dalam lubang kunci tu. Lagi haru. Apa-apa pun terima kasih pakcik atas usaha murni anda.

"Takde kunci pendua ke?" Ada juga yang terlebih peramah tanya soalan yang obvious. Kalu ada takde la kami bersusah macam ni bang oi. Jawapan dalam hati saya cuma....

"I'd suggest you duplicate a few keys....bla bla bla bla....." Pehal tah Encik tu susah payah nak membebel. Macam la saya ni anak dia. Ye Encik, lepas ni saya ikut nasihat Encik ye. Jawapan saya masih dalam hati.

Akhirnya selepas lebih 2 jam bertungkus lumus pintu kereta selamat dibuka. Alhamdulillah semuanya selamat. Tapi habis jugak la minyak separuh tangki. Dari jam 12 tengahari hingga hampir jam 5 petang enjin terpasang. Dah boleh sampai Penang dah.... Pintu kereta jangan cakap lah. Habis calar-balar, cilir-bilir, culur-bulur. Insya Allah ada rezeki minta hubby cat baru.....:)
The experts....Tokey ngan 2 orang pekerja dia. 

Saya tak pasti berapa bayaran yang sebenarnya. Tokey tu pun tak sebut berapa harganya, so saya hulur je sekeping  note RM50. Dan dia terima tanpa bantahan.



PS: Saya dah buat kunci pendua. Kat kedai kunci biasa je. Harga RM8.50 satu. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Encik yang membebel hari tu.....:)

No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...