Saturday 30 July 2016

Rezeki Malam Raya....

"Cepat, semua orang nak makan apa? Iman nak belanja buka posa."

"Umi ikut je."

Semangat Iman dapat gaji pertama nak belanja kami makan satu famili. Dah alang-alang orang nak belanja makan jelah kat mana depa nak bawak. Maka berjanji lah kami untuk berjumpa di Wangsa Walk selepas Iman habis kerja kol 6 petang. Semangat sungguh company tu buat kerja. Sehari sebelum raya pun masih kerja. Cuti 2 hari je. Raya ke 3 masuk kerja semula. Sabor jelah kalau dah kerja ngan company macam tu. Saya je yang selalu bernasib baik dapat cuti raya dengan mewah.
Lepas solat Maghrib pi shopping raya finale. Sibuk cari baju tema raya. Mengada je nak sedondon bagai. Sambil-sambil pusing kedai buang masa di malam raya....hmm


Abe perasan hamsem sibuk blok orang nah bergambar

Sampai rumah dalam pukul 10 malam terus masuk dapur semula sambung masak untuk juadah pagi raya. Tinggal rebus ketupat dan buat kuah soto sahaja. Rendang daging dan ayam saya dah buat sejak pagi lagi. Tiba-tiba pulak sinki dapur buat hal. Tersumbut bagai disuruh-suruh pulak. Selama beberapa hari sebelum tu pun dah mula tersumbat juga tapi okay semula selepas saya guna pam. Malam raya juga dia nak buat hal tersumbat sampai membuak-buak. Bila saya pam air tu melimpah ke bilik air pulak Gamaknya sebab depa guna saluran yang sama.
Maka dengan penuh kesabaran dan keterpaksaan saya godek-godek lubang yang menghala ke tangki kumbahan tu. Memalam buta buat kerja-kerja plumbing sensorang. Alhamdulillah saya dah ada sedikit pengalaman menghadapi salur air tersumbat macam ni. Lubang air tu memang agak dalam. Sedalam 4 kaki. Saya memang dah sediakan kayu panjang 6 kaki. So saya jolok je ke dalam lubang tu untuk hancurkan semua lelemak dan najis yang terperangkap dan tersumbat dalam tu. Busuknya jangan cakap lah. Alhamdulillah tak sampai pun 10 minit semua kerja dah siap. Tak sempat pun habis takbir raya satu round. Tapi menitik jugak la air mata ini bersama perginya air kumbahan yang busuk itu.


PS: Teringat pesan arwah nenek saya. Buat kerja malam-malam sorang-sorang lebih terasa kesannya. Sungguh.


Perjalanan beraya 2016

Kami memulakan perjalanan seawal 8 pagi hari Khamis (hari raya ke2). Awal la pada perkiraan kami. Tahun lepas kami bertolak pukul 11 pagi. Meredah jam teruk lepas exit Jabor ke Kuala Terengganu dan bergerak macam siput hingga ke Kota Bharu. Tiba ke destinasi kol 9.30 malam. So tahun ini konon nak elakkan pengalaman tahun lepas. Hmmm... harapan jelah. Seperti biasa masuk je Terengganu terus jam. Bertolak jam 8 pagi tiba jam 7 petang. Macam sama je. 

Alhamdulillah anak-anak dah buat planning untuk tidur lambat malam sebelum tu. Supaya besoknya tu depa mengantuk dan tak perlu memboring dok dalam kereta. So masa dalam perjalanan esoknya depa asyik membuta je lah. Bangun untuk makan dan pergi toilet. Pastu sambung tido balik. Tinggal lah kami laki-bini berdua-duan bercinta dalam jam selama lebih 10 jam tuh.
Macam berpakat pulak gaya tido depa ni.

Seperi biasa hari raya kami di Kelantan dimulakan dengan ziarah kubur di Banggol. Bermula dengan ke kubur Tok Wae kemudian ke kubur Tok Ayah pula.
Sayu je Nina di kubur Tok Wae.
Ein buat drama kat kubur Tok ayah.

Lepas ke kubur kami beraya ke rumah saudara-mara berdekatan. Kebetulan ada kenduri doa selamat sempena pernikahan Guru Kelas Nina dekat-dekat area PCB tu so kami teruskan je program raya kat situ. Depa baru je pindah rumah banglo yang baru siap dibina di situ. 

Nyaman terasa kawasan rumah menghadap Sungai Kelantan.

Guru Kelas Nina yang comel...
Suasana damai di perkarangan rumah menghadap sungai.

Sebelah petang seperti biasa juga kami mengambil peluang bersiar-siar di pantai PCB sambil makan seafood goreng celup tepung.



Dah besar rupanya anak bujangku  ini.

Sungguh.....bumi itu memang bulat.

Malam tak ada open house so kami berdinner di D'Klasik White Coffee, ala-ala Old Town White Coffee. Cadangan daripada member reunion sekolah hubby.  


Menu setia saya: Telur separuh masak. 
Sepatutnya depa guna telur omega, yolk yang warna oren tu.

Sungguh, raya kali ini kurang kemeriahannya. Bonding dengan keluarga di kampung pun semakin longgar sebab ketiadaan orang tua. Mungkin sebab jarang berjumpa menyebabkan kemesraan kurang terasa. Sekadar berziarah raya, makan-makan dan bertanya khabar. 

Kami bertolak balik hari Sabtu pukul 7.00 pagi. Konon nak elak jam kalau balik hari Ahad. Alhamdulillah jalan sangat clear sehingga ke exit LDP. Masuk LDP pun jalan masih clear. Bajet boleh tiba rumah dalam kol 4 petang. 
Jalan ke Tok Bali sangat lengang.
Tenang dan damai.
Kosong menuju ke Besut
Tiba-tiba dalam 10 km nak tiba tol Bentung kereta mulai banyak dan terus bergerak macam siput. Kadang-kadang terberhenti terus.
Akhirnya dalam kol 6.30 petang baru nampak bayang Tol Gombak.
Selamat tiba di rumah sebelum pukul 7 malam. Terus masak nasi dan lauk sardin. Goreng telur dadar dan ayam salut tepung. Lapar sangat sebab sepanjang jalan RnR semua penuh sesak dengan manusia tapi takde orang menjual makanan berat. Nasi panas-panas makan dengan apa pun sodap......:)


PS: Home sweet home. Tak kisah lah seindah mana tempat orang dan sejauh mana perjalanan saya tetap nak balik rumah..


Mangga Siam

Lama saya dok menunggu pohon mangga nan sebatang ni berbuah. Masa beli anak pokok kat Sg Buloh hari tu, depa kata mangga siam. So mangga siamlah ia. Kalau depa tipu pun mana lah saya tahu. 

Setiap kali saya mendobi pasti saya ambik masa bersembang dengan pokok tu. Bertanya khabar bila nak berbunga. Agaknya dia kesian kot dah kenapa orang tua ni asyik bercakap sensorang. Alhamdulillah dalam bulan posa hari tu tetiba nampak gugusan bunga mula keluar. Punya la excited. Berhasil juga tanaman pokok ni. Ingatkan dia merajuk tak mau berbuah dah. Namun seperti juga pokok mangga epal sebelum ni, bunga pokok mangga siam ni pun tak tahan lama. Selepas beberapa hari bunga tu mula layu dan gugur. Cuma tinggal beberapa tampuk yang akhinya mengeluarkan beberapa biji putik buah. Keliling pokok saya pusing nak kira berapa biji buah yang menjadi. So untuk tuaian sulung ini nampak empat biji.
Rendang dan mewah dengan daunnya yang menghijau. 
Buah sulung dah mula lonjong. Kata ayah saya kalau bersemut tu petanda buahnya manis 

Semangat nak rasa hasil tangan. Nampak semut penuh kat tangkai buah tu. 

"Kalu dah tak sabar sangat petik je buah tu. Boleh buat nyicah....."

So petang semalam saya petik buah sulung tu. Walaupun nampak dah besar tapi buahnya masih sangat muda. Biji pun masih lembut dan putih je. Sah sah kena merojak ngan kuah Mak Bee. Walaupun rasanya agak masam tapi sangat rangup. Tipikal mangga muda.

Dapat la rasa sikit sorang. 
Sejak pokok mangga ni mula merimbun tanah bawah pokok ni dah mula gersang. Rumput pun dah malu nak tumbuh sebab kurang cahaya matahari. Masalah baru pulak timbul. Tanahnya mula lecak pabila waktu hujan. Nak kena letak simen la pulak gamaknya.
Sebelum.

PS: Dah lama juga tak excercise. Lepas ni nak kena ambik mood untuk sambung berkebun semula. Nak buang balik lemak-lemak yang mula berkumpul sejak raya baru ni.....

Monday 11 July 2016

Hari Raya 2016

Tahun ni 1 Syawal jatuh pada hari Rabu (6 Julai 2016). Kami warga sekolah dapat cuti seminggu. So kiranya kami dah boleh bercuti sakan bermula hari Sabtu, 2hb Julai hingga Ahad, 10hb Julai. Al-Amin pulak dengan murah hatinya menambah lagi cuti peristiwa pada hari Isnin. Bertambah-tambah lah riang-ria di hari raya nak menghabiskan cuti sampai 10 hari.

"Kak Masniah balik raya Kedah ka? Raya ke 4 kami buat doa selamat. Mai la.... "

Kak tak balik Kedah dik oi. Tahun ni planning balik Kelantan. Plan asal nak balik sehari sebelum raya sebab nak perabih posa dengan juadah Kelantan. Tapi tu lah... Kita hanya merancang. Allah jua penentu segalanya. Plan raya kami bertukar last minute sebab anak dan menantu nak balik raya. Turn depa beraya ngan kami. Nak balik Kelantan ramai-ramai tak tercapai sebab depa cuma dapat cuti hari raya pertama dan kedua sahaja. Hari Jumaat masuk kerja semula.

Maka menyambut raya lah kami sekeluarga di KL dengan juadah raya yang tak seberapa. Tahun ni saya cuma masak rendang daging dan rendang ayam serta soto ayam yang simple. Lepas Solat Raya pi cari lemang kat Kemensah. 

The Family.....soon growing.
Usai solat raya maka berposing lah kami sekeluarga di halaman rumah. Saja pilih port yang banyak pokok konon nak rasa suasana raya kat kampung.
The girlzz....as always.
Lepas tu ke KL kita.



Lunch..@Tarbush.
The Officials..


PS: Esoknya baru boleh memulakan perjalanan balik kampung .....


Monday 4 July 2016

Projek Sebelum Raya: Makeover Kusyen Kerusi Makan

Setiap kali nak raya ada saja benda yang kurang berkenan di mata saya. Tahun ini mata saya asyik tertumpu kepada alas kerusi makan yang dah kepam tu. Walaupun baru berusia 5 tahun tapi alas kerusi dah nampak sangat uzur menunjukkan aktifnya tuan rumah beramah mesra merapatkan ukhuwah sesama ahli keluarga. Al-maklum lah aktiviti keluarga banyak tertumpu di meja makan. Anak-anak pulak kalau makan punya lah kusyuk sampai tak perasan makanan tumpah. Saya pulak sukakan warna-warna yang lembut maka bertompok-tompok lah kesan tumpahan makanan tu boleh nampak dengan jelas.
Saya dah buatkan alas tambahan yang senang nak tanggal untuk dicuci. Lekat dengan valcro. Tapi lama-kelamaan nampak pelik pulak sebab asyik bergerak-gerak bila duduk. Asyik nak kena betulkan tiap kali lepas duduk.
Semalam saya tanggalkan alas tambahan tu untuk dibasuh. Bila tengokkan alas yang asal tu nampak kesian pulak. Akhirnya saya nekad untuk make over kusyen kerusi tu. Ganti semua alas yang ada. So semalam juga saya ke Nagoya, Wangsa Maju ditemani anak dara saya yang berdua tu. Sebenarnya dah lama saya tak sana, sejak dah pencen menjahit. Hajatnya nak cari warna yang gelap supaya tak nampak kotor. Puas saya pusing bahagian kain tu nak cari warna yang sesuai tapi pandangan mata ni masih juga berkenan dengan warna yang cerah. So akhirnya saya pilih warna krim (kuning air). Tambah dengan alas plastik supaya tahan lama.
Peralatan lain yang diperlukan....cuma skrew driver. 
Mula-mula tanggalkan skrew kat bawah tempat duduk tu. Ada 3 skrew yang perlu ditanggalkan. Kemudian letak kusyen tu atas kain yang akan digunakan. Lepas tu ukur dan gunting kain dan plastik yang sesuai dengan saiz kusyen tu. Seterusnya balut je kusyen tu macam balut hadiah. Untuk kemaskan balutan boleh lekatkan alas tu guna gam gajah. Guna stapler gun pun boleh. Saya guna masking tape je. Nak guna celotape biasa pun boleh. 
Pandangan bawah kerusi yang dah siap dilekatkan celotape. 
Bila dah siap pasang balik skrew yang ditanggal tadi..

Berkat kerjasama anak beranak semua proses make over hanya mengambil masa tak sampai satu jam. Sambil-sambil masak juadah berbuka sambil-sambil Umi mengarah apa yang perlu dibuat. Suasana raya sudah mula terasa...
Sebelum...:( 
Selepas...:)

Bahan yang diperlukan bergantung kepada bajet dan jenis kain. Saya beli kain langsir jenis blackout yang agak tebal sebanyak 4 meter. Tambah alas plastik juga 4 meter. Guna plastik yang macam alas meja tu je. Kos semua dalam RM50. Tapi kain dan alas plastik ada banyak lebih. Sebenarnya 3 meter pun dah cukup untuk 8 buah kerusi. Lagi jimat kos.....

"Umi....kain lebih ni kita buat table runner lah.."

Dayah selalu je datang dengan idea yang bernas. Umi je yang dah  malas nak menjahit. Esok nak fikir tentang juadah raya pulak....


Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...