Monday 30 November 2015

Yes, officially cuti, dengan penuh harapan.....

Hari ni secara rasminya diisytiharkan cuti akhir tahun saya bermula. Selepas submit/emel markah Folio pelajar Tingkatan 4 Prinsip Akaun kepada ketua Pentaksir Kawasan pagi tadi, kerja mengajar tahun 2015 secara rasminya selesai. Hanya menunggu keputusan peperiksaan PT3 bagi subjek Matematik dan Prinsip Akaun SPM yang baru berlangsung minggu lepas. Mudah-mudahan apa yang saya usahakan sepanjang tahun ini membuahkan hasil di dunia dan juga di akhirat.


Walaupun secara tak rasminya cuti sekolah saya sudah bermula sejak minggu lepas tapi selagi SPM belum selesai guru-guru subjek SPM bergilir-gilir datang ke sekolah untuk menemani pelajar. Memberi semangat akhir sebelum mereka berjuang dalam dewan peperiksaan.

Alhamdulillah sepanjang minggu lepas saya ditemani anak dara manis dua beradik tu. Kebetulan Hidayah bercuti semester selama 10 hari so hari-hari saya dipenuhi dengan aktiviti santai girls only....:)

Aktiviti utama sudah tentulah shopping, shopping dan shopping walaupun hanya sekadar window shopping. Jalan-jalan cuci mata sambil berangan. Sembang santai sambil menjamu selera apabila perut lapar. Tidak terikat dengan rutin harian aktiviti rumahtangga yang amat memenatkan. Saya memperuntukan sejumlah bajet untuk kami bertiga. Apalah salahnya berbelanja untuk diri sendiri dan anak-anak setelah penat bekerja selama ini. After all, sejak Dayah ke Kuantan bukan selalu boleh berlibur dengan anak dara saya ni. Sekali-sekala kebetulan dapat cuti bersama so kita gunakan masa yang Allah kurniakan itu sebaik mungkin.

Setiap hari ada sahaja aktiviti yang hendak dibuat. Sementelah pula saya dah susun projek cuti sekolah sejak sebelum cuti lagi. Pelbagai projek ubah suai dan susun atur dalam dan luar rumah telah saya rancang. So sementara cuti ni lah nak merealisasikan impian yang hanya tinggal angan-angan selama ini. Nak bawa depa pergi holiday dan cuti-cuti Malaysia tak cukup bajet. So kita berpadalah dengan apa yang ada. Cuti-cuti cuci mata sekitar Ulu Kelang jelah kita sambil singgah makan-makan di mana perlu...

Singgah bernasi lemak pada suatu pagi yang hening di warung apatah kat Wangsa Maju.
Lunch di Jom Bali Western setelah penat bertawaf di Aeon Big Wangsa Maju.
Menu biasa saya.....
Girls only...@ Nandos, Jusco Aeon, Setiawangsa
Berpizza-pizza@Pizza Hut Taman Permata

"Umi....kat satu website tu ada jual blouse 3 helai RM100."

"Ala...Dayah jahit je sendiri. Lagi rasa puas sebab hasil usaha sendiri."

Selain projek saya, Dayah juga ada projek sendiri. Acara menjahit blouse secara pukal. Sebenarnya tak de lah berapa pukal sangat. 3 helai je pun tambah sehelai baju Nina. Kami beli kain kat Nagoya, balik terus potong. Malam tu terus pi kedai jahit tepi. Balik terus buat operasi menjahit sampai pukul 2 pagi. Awalnya nak tambah buat jubah sendiri. Tapi tetiba rasa malas pulak sebab nampak kat satu kedai tu ada jubah dah siap dengan harga mampu milik. Nina tengok je kami rembat dua pasang sorang. Sian Nina tak ada saiz.

"Tak pe, nanti Nina dah besar sikit boleh inherit jubah kakak..."

Projek menjahit blouse
Ada juga projek masak memasak. Tapi tak de lah excited sangat sebab acara memasak tu dah jadi rutin harian. Hari-hari pun saya masak. Jadi tak ada apa yang special pun. Cuma yang happening sikit masa buat projek pavlova yang jadi tak jadi. Semangat depa dok putar putih telur buat meringue. Lepas tu bakar. Sat hangit sat tak hangit. Nasib baik saya dah sediakan telur 2 dozen. Lepas tu putar krim pulak. Lepas tu hias dengan buah-buahan high class pulak. Adoi..... tak mampu saya nak maintain makanan orang kaya nih. Pakai telur putih sahaja pulak tu. Dah menimbun telur kuning dok terperap dalam fridge sampai hari ni tak tahu nak buat apa. Sabar je lah. Lepas ni nak kena google resepi menu berasaskan telur kuning pulak. 

Pendek kata sepanjang minggu lepas masa saya terisi dengan kerenah anak dara saya dua beradik ini. Sangat banyak perkara yang kami kongsi bersama. Sedar tak sedar rupanya saya dah punya anak dara yang sudah boleh berkongi rasa. Gelak ketawa senyum tangis bersama. Berkongsi rasa suka dan duka. Depa dah boleh mendengar segala cerita saya tanpa prejudis. 

Hajat hati nak ikut Dayah balik Kuantan untuk beberapa hari. Bercuti sambil rehatkan minda. Dah plan nak beli tiket bas sama-sama lepas tu sewa homestay kat Kuantan. Cuti-cuti santai di tepian pantai..... Hmm... betulah kata orang kita hanya boleh merancang. Allah jua penentu segalanya. Tak kan lari pantai dikejar. Ada rezeki mudah-mudahan termakbul jua hasrat di hati. Yang penting jangan berhenti berharap.....



PS: Bye Dayah. Jumpa lagi di lain kali. Semoga  selepas ini boleh study posting baru dengan tenang....

KLIA, KLIA, KLIA....

"Jadi ke nak hantar pi airport?"

Dah beberapa kali Hubby ajak pi airport apabila nak gi outstation. Dan beberapa kali juga saya selalu berat hati sebab malas nak sedih-sedih nak kena tinggal. Biasanya kami akan pergi dengan kereta. Hubby akan drive dan parking kat airport. Lepas tu saya akan balik sendiri. Kiranya saya hanya peneman sepanjang perjalanan ke airport sahaja. Hantar Hubby kat balai pelepasan, lepas tu babai-babai, lepas tu balik rumah naik ERL. Bab nak kena balik naik ERL tu yang malas. Kalau ERL tu sampai depan tangga rumah okay lah jugak. Tapi sampai KL Central je. Lepas tu nak kena sambung naik LRT pulak. Sampai Sri Rampai nak kena ambik teksi pulak. Banyak sangat tangga. Tu yang jadi malas tuh. Malas nak beratur beli tiket. Malas nak berebut naik LRT. Malas nak layan perasaan kena tinggal. Kengkonon sedih sepanjang perjalanan. Kemain nak bermalas-malas segala bagai.

Walaubagaimanapun selepas subuh awal bulan baru ni saya berbesar hati menghantar Hubby pi KLIA. Ada program apa tah kat Oman. Seperti biasa Hubby akan drive on the way pergi. Tapi kali ini saya akan drive bawa balik Accord tu. Mula-mula tu cuak juga sebab saya tak pernah bawa kereta auto long distance. Taraf saya bawa Unser manual sahaja. Tapi terpaksa kuatkan semangat sebab malas nak berERL dan berLRT. Alhamdulillah saya selamat pergi dan balik walaupun sepanjang perjalanan serasa seperti tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sebenarnya saya seronok juga pi jenjalan kat KLIA tu. Kengkonon perasan ambik mood gi oversea. Tapi tarikan yang sebenarnya ialah Kedai Nasi Padang kat Food Court tu. Setiap kali pi KLIA saya pasti singgah kedai tu pekena nasi lemak ngan daging dendeng yang sangat enak. Ala-ala daging dendeng masakan Ibu masa pi Jakarta hari tu. Kadang-kadang pekena biryani kambing atau keema ngan roti nan. Kedai apa tah. Lupa pulak. Tapi hari tu dah tutup pulak. So dalam malas-malas nak ke KLIA tu ada juga consolation boleh jamu mata dan isi perut.
Breakfast dulu .

Biasanya sebelum bertolak ke mana-mana negara Hubby akan tukar duit currency negara tersebut. Tapi untuk pergi Oman baru ni rata-rata bank tak mahu terima duit ringgit Malaysia. Maksudnya kita tak boleh beli Oman Riyal dengan duit Malaysia. So terpaksalah beli US Dollar, lepas tu tukar pulak kepada Oman Riyal apabila tiba di Oman nanti. Rupa-rupanya nilai Oman Riyal sangat tinggi. Lebih tinggi berbanding USD dan GBR Pound Sterling. Sementara tunggu hubby tukar duit saya pi melilau cari coklat untuk anak-anak yang kena tinggal kat rumah. 

Seperti biasa kami babai dari atas je..

Selepas dah babai-babai saya pun meneruskan perjalanan untuk pulang. Cuak sebenarnya sebab nak kena fikir route yang paling sesuai untuk balik nanti. Sebenarnya tak susah pun. Guna aplikasi waze dalam smartphone je. Sesat tu agak mininum. Kita hanya perlu setkan destinasi. Nanti waze tu akan cadangkan jalan (route) yang paling sesuai dengan kita. Yang penting isi minyak penuh-penuh serta duit tol yang mencukupi. Lebih mudah kalau dah siap-siap top up Touche and Go banyak-banyak. Malangnya pakai Touche and Go ni paling saya malas. Susah nak bajet side untuk kereta berhenti bila sampai kat tol booth. Kengkadang terpaksa buka pintu kereta untuk sentuhkan kad pada mesin imbasan tu. Kesian kereta belakang saya. Sabar je menunggu giliran. Masa nak keluar parking KLIA lagi saya dah cuak nak agak jarak kereta. Sampaikan anak bujang saya terpaksa keluar dari kereta untuk buat touche and go. Bila palang dah terangkat dan saya keluar parking baru dia masuk balik dalam kereta. Hmmm..... Nasib baik ada teman. Kalau tidak meraung lah kat parking airport tu sampai hubby balik dari Oman.

"Umi pakai Smart Tag je lah lepas ni......"

Tumpang seronok tengok pemandangan indah negara orang. 

Hubby pergi selama 4 malam sahaja. So hari Rabu berikutnya saya ke KLIA lagi untuk menjemput Hubby pulak. Tapi kali ni dah agak confident. Flight Hubby tiba kol 9 malam. So lepas Maghrib saya terus keluar rumah. Alhamdulillah sepanjang perjalanan saya ditemani bujangku dan Nina sebagai bodyguard. Tiada lagi masalah touche and go atau nak agak side untuk kereta auto itu. Pengalaman mendewasakan kita...:) Tapi rasanya saya lebih selesa dengan Unser manualku berbanding honda accord Hubby. Tak layak berkereta besar. Saya lebih selesa dengan yang simple. Simple thing for simple people with simple mind.
Tak dapat pergi Oman, dapat pi dinner kat Adam Lai pun jadi lah...

Friday 27 November 2015

Mari menjeruk mangga

Sejak pokok mangga epal ni berbuah saya dok berkira-kira nak buat jeruk. Alhamdulillah pokok mangga epal nan sebatang itu galak mengeluarkan buah yang besar-besar hingga sebesar penumbuk. Hari tu saya offer budak-budak kontraktor Unify tu petik mangga-mangga tu kalau berkenan. Alhamdulillah depa berkenan sungguh pakat petik mangga muda. Bukan setakat mangga, buah delima pun depa kaut sekali. Seronok saya tengok budak2 tu buat macam pokok sendiri.

Kebetulan Dayah tengah cuti semester, rajin pulak mek tu menolong saya di dapur. So antara agendanya adalah aktiviti menjeruk mangga.....
Mula-mula kupas kulit mangga tu.
Dua biji pun dah cukup sebab saiznya besar
Hiris nipis-nipis. Masukkan 10 sudu besar gula, secubit garam, 2 biji cili api dihiris halus serta asam boi (saya letak 20 biji)

Gaul rata. 

Semasa acara menggaul diadakan juga acara merasa. Food-testing kata orang putih. Semua pakat berfood-testing

"Eh sedap pulak....." Tak sedar dah habis separuh besen.

Masukkan apa yang tinggal ke dalam balang. Simpan dalam peti sejuk.

PS: Balik dari WAFA malam tu Amin bawa balik jeruk Pak Ali dari Penang. Hmm....

Thursday 26 November 2015

Diamlah..........kerana itu lebih baik.

Dah banyak hari saya asyik marahkan si Ali. Asalnya setiap kali bangun pagi deria bau saya pasti menangkap bau kencing kucing. Buka je pintu bilik memang itu lah bauan utama yang menerpa saraf hidung saya. Siapa lagi nak disalahkan jika bukan kucing jantan nan seekor ini. Sejak si Ali ni jadi bapak, asyik kencing merata saja. Kadang kat sofa, kadang kat laundry, kadang kat bucu meja, kadang kat beg sekolah anak-anak. Pendek kata suka hati dia je nak pancut memana. Yang paling buat saya naik angin satu badan ialah apabila dia mula memancut kat langsir dan batang pokok hiasan saya. Tetiba je saya rasa nak bagi hukuman buang daerah.

So hujung minggu hari tu ni saya habiskan masa dengan mencari dan mengesan punca bau tu. Saya turunkan langsir. Lepas tu basuh dan sental hingga hilang bau. Rupa-rupanya bau itu hilang pada deria saya sahaja. Betul lah kata orang sekali kucing tu kencing di suatu tempat dia akan ulang buat benda yang sama berulang kali. Maka setiap kali juga saya terpaksa basuh lagi dan lagi dan lagi. Seperti biasa juga saya akan berleter dan marah-marah pada binatang yang tak berakal itu. Dan setiap kali juga Ali akan pandang saya buat bodoh. 

"Umi....atas katil Nina ada taik kucing!!!" 

Abuni pulak satu hal lagi. Suka hati dia je berak atas katil. Saya memang dah kenal perangai si Abuni. Pembersih tapi menyusahkan orang. Dia hanya akan berak pada tempat yang bersih sahaja. Sekiranya litter berak dia dah penuh tak de nya nak pi cari tempat kat kawasan luar rumah. Sukahati dia je cari port baik dalam rumah. Hari ni dah masuk kali ke3 dia melepas atas karpet. Semalam beriya-iya saya sental karpet tu. Ikut kan hati memang dah tak larat nak buat kerja-kerja tu semua. Masa muda-muda dulu sibuk kisahkan taik anak-anak. Bila dah tua ni sibuk hal taik kucing pulak. Mudah-mudahan Allah tidak uji saya dengan taik cucu-cucu pulak.... Walaupun semua benda  yang Allah bagi tu ada ruang untuk mengutip pahala tapi ia juga datang dengan pakej dosa. Kalau setiap hari dok membebel sebab penat nak menguruskan semua benda mana nak datangnya pahala. Lagi bertambah dosa pulak.

Lama saya berfikir mencari hikmah disebalik kehadiran kucing-kucing ini. Dihujung usia begini masih banyak bekalan yang perlu saya cari untuk dibawa ke akhirat nanti. Tanpa harta, ilmu dan anak-anak soleh, apa lagi yang boleh diharapkan dalam mengumpul bekalan itu.

Kata Nabi SAW, mudah saja mencari pahala dalam hidup ini. Niatkan membuat sesuatu perkara hanya kerana Allah. Tapi macamana nak niatkan hal-hal yang berlaku ini kerana Allah? Niat itu di hati. Dan hati itu Allah yang pegang. Akhirnya saya diam, diam dan diam.Tak perlu berleter, tak perlu bising, tak perlu cakap banyak-banyak. Buat je apa-apa yang perlu dalam diam. Tak perlu stress. Kalau rasa penat, berehat sekejap. Kumpul tenaga dengan membanyakkan solat sunat dan membaca al-Quran. Saya diam untuk diri sendiri. Untuk menjaga hati sendiri.

"Hang kena sentiasa jaga hati.... jangan bagi sakit. Selalu sangka baik ngan orang. Dengan binatang pun kena sangka baik.....depa nak bagi pahala kat kita." Tika dan saat ini saya begitu rindu dengan nenek. Rindu mendengar nasihatnya. Rindu teman bicara yang memahami jiwa saya.

Sungguh.....saya sangat penat dengan urusan kucing-kucing ini. Dan kepenatan itu memberi kesan emosi yang yang tak dapat dijangkakan. Dan kesan emosi itu membuahkan perkara yang juga tidak dijangkakan. Kesan yang lama dan panjang......




Tuesday 24 November 2015

Repair, Repair, Repair...

Menjelang cuti sekolah lagi saya dah susun macma-macam perkara untuk dibuat sepanjang cuti sekolah ni. Setelah beberapa lama tak menguruskan hal maintenance rumah tangga banyak pulak peralatan yang memerlukan proses baik pulih. Paling ketara, pam tandas bilik air anak-anakku. Dah agak lama tak berfungsi. Alhamdulillah saya dikurniakan anak-anak yang sangat penyabar dan memahami umi mereka yang sibuk kengkonon career woman tapi kengkadang boleh je bertukar menjadi super woman. Atas kesabaran yang tinggi depa tahan je guna cara traditional. Tadah air dalam baldi lepas tu curah je lepas melepas. 

So selepas selesai menguruskan perpindahan Abuni dan anak-anaknya saya memulakan operasi seterusnya. Membaik pulih pam tandas pulak. Selepas saya buka penutup tangki pam tu barulah nampak apa masalahnya. Rupa-rupanya tali penyambung sistem tu dah putus.  Saya cuba godek-godek kot-kot boleh repair. Memang tak de harapan lah. Sebabnya peralatan tu datang dalam satu sistem yang lengkap. Satu pakej. Kalau satu benda rosak, rosak lah the seluruh system. Terpaksa lah ganti semua sekali. 
Saya cuba juga nak DIY. Tapi bila tengok arahan pemasangan yang agak complicated saya pun decide untuk panggil plumber. Dah tua-tua ni rasa malas pulak nak memendap dalam bilik air lama-lama. Senang je nak cari plumber ni. Pergi je mana-mana kedai hardware yang berdekatan. Tulis nama dan nombor talipon kat dalam buku appoinment depa. Nanti akan ada plumber yang akan call kita untuk set appointment. Sementara menunggu berubahnya seluruh sistem itu, terpaksalah saya pujuk anak-anak bertahan dengan sistem yang ada menggunakan cara manual.
Nina siap tulis arahan dan digantung di dinding bilik air tu. So sementara menunggu sistem dibaik pulih, sesiapa yang nak guna tandas ni mesti ikut arahan yang tertera. Kalau malas, guna je cara tradisional iaitu pakai baldi dan cetong. Tak lama. Selepas 2 hari menunggu akhirnya pam tandas berfungsi sepenuhnya.

Siap bahagian pam tandas, beralih ke paip air sinki dapur pulak. Dah beberapa hari paip tu bocor. Air asyik menitik walaupun dah tutup ketat-ketat. Saya dah beli paip baru. Spanar pulak tah kemana. So dah alang-alang panggil orang repair pam tandas suruh dia ganti paip kat sinki tu pulak. Jimat tenaga saya nak memulas spanar tu. Dah menghampiri usia emas ni kudrat perlu dijimatkan umtuk perkara yang lebih personal. Untuk diri sendiri.

Lampu dapur pun dah dibaik pulih. Biasanya kalau setakat ganti mentol atau starter saya buat sendiri je. Tapi sebab choke dia dah rosak terpaksalah panggil mereka yang pakar. Kang tak pasal-pasal seorang umi didapati kejung akibat renjatan elektrik....:). Lampu ni bonus je sebenarnya. Tidak mengganggu kehidupan harian pun. Selama ini saya boleh je hidup dengan stand lamp mudah alih yang saya letak atas meja dapur. Tapi dah alang-alang nak bayar orang datang repair, kita suruh jelah depa repair apa-apa yang patut. Rezeki Allah bagi elok lah dikongsi bersama.

Saya hanya perlu bayar RM180 untuk semua peralatan dan upah. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki daripada Allah selama ini.

Selepas ini ada beberapa lagi siri baik pulih yang perlu dilakukan. Mudah-mudahan dengan kudrat yang ada ni saya sempat menyiapkan semua program yang dirancang sepanjang cuti sekolah ini. Insya Allah.


Bila unify rosak.....

"Tnet dah ada? 

Rasanya dah masuk 10 hari internet kat rumah ni bermasalah. Hari tu dah call TM Service Center. Depa datang check dan ganti kepala socket free of charge. Sambil tu depa promote untuk upgrade service supaya lebih laju. Selama ni saya guna pakej basic tu je. Bayar bil RM157 sebulan. Alhamdulillah saya dah guna service Unify ni lebih daripada tiga tahun tanpa sebarang masalah. Itupun sebab termakan pujuk rayu sahabat sekerja yang mula berjinak-jinak dengan business ni pada masa tu. Saya pun dah tak ingat berapa dia caj kos pemasangan. Yang pasti saya puas hati dengan service unify selama ini. Yang penting kena bayar bil on time....

Selepas dua hari depa tukar kepala socket tu tetiba service unify ni kong balik. Connected tapi tak dapat internet. Dah la cuti sekolah baru bermula. Maka resah gelisah anak-anak tanpa internet mula terserlah. Dunia mereka seolah dihalang tembok besar. 
Kami ada juga cuba DIY apa yang patut. Biasanya kalau tak dapat internet kita hanya perlu tutup semua suis. Biar dia rehat dalam 10 saat. Lepas tu on balik. Insya Allah line internet akan muncul semula. Tapi kali ni dah berapa kali on off, on off, yang dinanti tak juga kunjung tiba. 


Setelah beberapa hari bersabar akhirnya kami diberitahu masalah tak dapat internet tu mungkin disebabkan oleh gangguan kabel. Unify hantar kontraktor untuk uruskan.  Sebab katanya staff Unify ni tak ada insuran untuk cover panjat memanjat ni. Kang jatuh terlentang tak ada sapa nak bertanggung jawab. So kena panggil kontraktor khas untuk uruskan hal kabel dan wiring ni. Awal pemasangan dulu kabel wayar tu depa masukkan ikut laluan dalam bumbung rumah sebab tak nak bagi nampak serabut wayar kat diding. Lagipun masa tu kan baru pindah rumah. So sayang pulak nak suruh depa tebuk dinding. Tapi atas nasihat pakar seeloknya wayar tu biar nampak di mata.  So kali ini depa buat wiring baru. Buat laluan tepi dinding lepas tu tebuk masuk melalui atas sliding door. Senang lain kali kalau rosak, staf Unify sendiri pun boleh selesaikan. Dah tak perlu panggil kontraktor luar lagi.
Alhamdulillah setelah sabar menunggu proses pembaikan siap dalam masa satu jam. Depa caj RM200 untuk kos pemasangan semula. Warranti selama 2 bulan sahaja. Boleh call depa semula untuk apa-apa service free of charge dalam tempoh dua bulan tu.

Akhirnya tembok besar dunia tanpa sempadan terbuka semula. Hanya sempadan iman yang dapat menjadi benteng ketahanan manusia sejagat...

PS: Dan saya pun dah boleh berblog semula.....:)

Thursday 12 November 2015

Abuni Pindah Rumah........

Sedar tak sedar dah lebih sebulan Abuni jadi mak. Alhamdulillah hingga kini anak-anaknya membesar dengan sihat. Semuanya hidup dengan selamat. Setakat ini belum dapat dipastikan berapa bilangan jantan dan betina. Semuanya nampak sama je.

Dalam masa sebulan hayat mereka, bukan main bersuka ria buat bilik Amin macam rumah sendiri. Dah la beranak dalam laci baju, habis merata sudut depa buat territory sendiri. Risau pulak takut depa melepas najis sesuka hati. Setakat ni Alhamdulillah Abuni sangat mengambil berat tentang kebersihan anak-anaknya. 
Lapik kaki depan bilik air dah jadi port baik depa.. 
Dari kiri...Bujay (yang sulung), Malik Nor (no 2), Alijay (ke3) dan Pokpok (bongsu)...
Elok je depa susun diri sendiri ikut usia memasing.

Sebelum ni saya sediakan makanan Abuni beserta airnya dalam bilik Amin. Kesian pulak nak suruh dia turun makan kat bawah. Takut bentan. Eh...ada ke kucing bentan lepas beranak? Sejak anak-anak kucing tu dah mula pandai keluar dari laci sibuk pulak depa join sekaki  menjamu selera makanan maknya. Tetiba pulak bilik Amin mula mengeluarkan aroma yang kurang enak. Saya suspek anak-anak kucing tu dah mula terberak tercirit sebab makan makanan yang tak sesuai dengan umur depa. Takut rosak pulak segala usus dan ginjal nanti. 
Sebenarnya saya dah sediakan tempat penginapan mereka di bahagian hujung balkoni rumah kami. Kemain bertaraf 4 bintang. Konon apabila anak-anak kucing tu dah besar sikit boleh lah letak depa kat situ. Saya lapik tikar getah supaya senang nak cuci sekiranya anak-anak kucing tu terberak terkencing merata. Tapi.......tiba-tiba pulak si Abuni tu buat port berak dia kat situ. Padahal kawasan luar rumah saya ni banyak je tanah untuk dibuat jamban. Boleh pilih je mana-mana port yang dia suka. Kat balkoni tu jugak dia nak melepas. Kemain dah tak nak turun berak kat luar rumah. Kengkonon masih dalam pantang tak boleh nak turun tangga. Dah la makan tido dia saya jaga, sekarang nak kisahkan kencing berak dia pulak. Jenuh la pulak saya nak kena buang dan cuci taik kucing tua tu. Adoyai......sabar je lah. Setakat taik anak kucing tu boleh tahan lagi. 


Akhirnya saya terpaksa pindahkan mereka ke tempat yang lebih sesuai, yang kurang menyusahkan saya. Kesian Amin terpaksa menahan bau-bauan yang menyesakkan saluran pernafasan selama ini. So hujung minggu baru ni dengan bantuan Ein dan Nina, kami bertungkus lumus menguruskan proses perpindahan anak-anak kucing tu. Kawasan laundry belakang dapur saya pulak menjadi tempat baru mereka.

Alhamdulillah mereka pandai menyesuaikan diri di tempat baru. Rupa-rupanya kucing pandai mengajar anak-anak tentang kebersihan. Setiap pagi Abuni akan ajak anak-anaknya buang najis di tempat yang saya sediakan. Dia hanya perlu ajar sekali dua sahaja. Lepas tu anak-anak kucing tu akan pandai sendiri mencari tempat untuk melepaskan hajat.
Kawasan perumahan baru. 
Sabar je Abuni melayan anak-anaknya menyusu gaya bebas.
Dah mula pandai bermain...

PS: Mudah-mudahan kami boleh mengutip pahala dengan kehadiran mereka......

Tuesday 10 November 2015

Projek Bubur Asyura Kasih Sayang

Minggu lepas tetiba rasa nak buat projek bersama guru-guru. Sebenarnya dah lama saya teringin mengembalikan nostalgia lama di mana semua guru duduk bersama dalam suasana santai tanpa memikirkan masalah sekolah. Sejak kebelakangan ini semua orang sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing hingga terlupa akan ukhuwah yang mulai rapuh. Alhamdulillah dengan sedikit inisiatif serta sokongan beberapa guru yang mempunyai gelora rasa yang sama akhirnya projek bubur asyura ini berjaya dilaksanakan.

Tidak memakan banyak belanja pun. Kita buka kepada siapa yang ingin menyumbang. So masing-masing guru membawa bahan yang sedia ada dari rumah masing-masing. Konsep sukarela. Ada yang sediakan bahan. Ada yang sediakan tenaga untuk proses penyediaan dan proses mengacau. Ada yang sediakan masa, sama-sama duduk borak menemani chef yang sibuk di dapur dan macam-macam lagi.
Chef dan little chefs.. 
Alhamdulillah hasil usaha bersama kami dapat menyediakan dua periuk besar dan satu kuali besar bubur asyura untuk dikongsi bersama semua guru.
Proses agihan.. 
Teraju utama
Pisang kami tak campur dalam bubur sebab takut lembik sangat. Kami potong kecik-kecik dan terus masukkan dalam bekas untuk agihan. Lepas tu baru kami tuang bubur tu ke dalam setiap belas yang dah disediakan itu.
Bahan utama:
3 kg tepung beras
3 kg santan segera
2 kg keledek putih (rebus biar empuk)
2 kg keledek oren/kuning (rebus biar empuk)
2 kg pula pasir
2 kg gula merah
3 tin kacang kuda
3 ting kacang merah
3 tin jagung manis
1 kg kacang hijau (rebus biar empuk)
300g biji sagu
sesikat pisang
daun pandan

Campur semua bahan, masuk dalam periku/kuali, tambah air dan kacau bergilir-gilir tanpa henti hingga masak.

Alhamdulillah pada hari Jumaat 30 Oktober 2015, semua warga al Amin dapat merasa bubur asyura kasih sayang versi utara sikit sorang.

PS: Tahun depan mungkin boleh buat bubur asyura versi Kelantan pulak..



Saturday 7 November 2015

Pengalaman bleeding 3

Sehari selepas jumpa doktor pakar O&G kat Hospital Damai saya mendapat panggilan telefon dari hospital Ampang Puteri.

"Result pap smear puan dah ada ye. Semuanya normal..."


Alhamdulillah Allah masih mengurniakan kesihatan yang baik kepada saya. Suspen juga menunggu keputusan yang tak pasti selama ini. Apatah lagi memikirkan punca utama penyebab kematian wanita ialah cancer cervik selepas cancer payudara.


Keputusan pap smear kat Hospital Damai saya belum ambik lagi. Tak pe lah as long as result Ampang Puteri dah keluar perasaan lega tu dah ada. Lagipun kata orang kalau keputusannya normal sepatutnya dah tak perlu runsing. Serahkan semuanya pada Allah. Tak perlu pun nak cari second opinion. So tunggu je next year untuk another pap smear test.....

Cumanya masalah sekarang ni ialah period and bleeding ni masih tak berapa betul, sambil mencipta suatu rentetan sejarah perjalanan dalam hidup saya. Fasa menopause kata orang cerdik pandai sekarang.

6 Oktober 2015: 
Buat check up kat Ampang Puteri sebab bleeding banyak sangat. Rasanya masa tu dah masuh hari ke 20 bleeding non stop. Sangat heavy.  Doktor bagi pil Norcolut suruh makan selama 21 hari non stop untuk berhentikan pendarahan. Tapi saya makan 10 hari je sebab selepas makan selama 4 hari bleeding dah mulai berkurangan.

13 Oktober 2015: 
Buat pap smear kat Ampang Puteri sebab bleeding dah stop completely, Masih teruskan makan Norcolut tu sebelum berhenti selepas 10 hari.

18 Oktober 2015: 
Bleeding datang semula. Saya anggap ianya period yang normal sebab dalam cycle yang normal. 

19 Oktober 2015: 
Saya pi buat check-up kat Damai Service Hospital sebab Ampang Puteri fully booked. Saya minta doktor buat scan and another pap smear test. Doktor bagi pil Transamin untuk stop pendarahan. Tapi saya tak makan pun sebab nak bleeding tu stop sendiri. Alhamdulillah bleeding tu slowly berkurangan dan berhenti selepas 4 hari.

25 Oktober 2015: 
Bleeding heavy semula, Berterusan seperti period biasa. Alhamdulillah tidak heavy seperti sebelum ini. Saya mulai rasa period ni weng semula... Apa-apa pun saya perlu sucikan diri apabila period tu mencapai 15 hari. Lepas 15 hari dah dikira darah istihadhah.

2 November 2015: 
Masih bleeding macam period. So saya buat ijtihad sendiri. Dengan berat hati saya telan je pil yang doktor bagi hari tu. Hari pertama saya ambik pil Transamin ikut arahan doktor. Sambil google tentang side effect dan sebagainya. Sebenarnya saya kurang berkenan dengan pil ni. Tak tahu kenapa, cuma rasa kurang selesa. So saya makan untuk sehari saja, lepas tu saya tukar kepada pil Norcolut semula.

3 November 2015: 
Saya sambung makan pil Norcolut seperi arahan yang doktor bagi hari tu. Kali ini bertekad untuk habiskan semua saki baki pil yang ada. Nak jadi patient yang baik yang mengikut arahan doktor. Walau jauh disudut hati saya benci makan pil hormon ini tapi kita kena tetap berusaha dan berikhtiar untuk menjauhi penyakit. Apa-apa pun kepada Allah tempat kembali. Kekuasaan menyembuh segala penyakit hanyalah padaNya. Makan pil ni hanyalah sebagai suatu ikhtiar...

Hari ni 7 November 2015..... saya masih teruskan mengambil pil Norcolut ni pagi dan malam walaupun bleeding dah berhenti sepenuhnya. Masih kuatkan semangat untuk menghabiskan butiran pil bertuah ni. Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit ini hormon saya kembali normal.


PS: Bersedia menghadapi gejala menopause dengan senyuman

Friday 6 November 2015

Keropok Losong Raya Posa..

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya asyik teringat keropok lekor. Nak yang Terengganu punya je. Kalau dapat keropok Losong memang terbaik lah. Alhamdulillah dapat menantu orang Terengganu. So setiap kali depa balik kampung pasti tidak lupa buah tangan keropok Losong. Tapi biasa lah, jarang nak dapat yang fresh. Selalunya depa balik simpan dalam peti sejuk sehari dua baru bawa mai umah saya. Tapi jauh di lubuk hati saya masih teringat-ingat yang freshly made. Rebus terus makan panas-panas. Tak perlu goreng.

So masa balik beraya baru ni kami purposely balik ikut Lebuh Raya Pantai Timur. Nak melalui Terengganu. Nak singgah beli keropok lekor Losong.  Sepanjang perjalanan terbayang diruang mata keropok lekor yang segar baru angkat dari periuk rebusan. Macam perempuan bunting sulung layaknya. Mengidam entah apa-apa...

Alhamdulillah sepanjang perjalanan cuaca sangat terang dan nyaman. Jarang dapat menikmati langit yang sebiru itu.
Sampai ke destinasi, rupa-rupanya keadaan tidak seperti yang dibayangkan. Manusia berpusu-pusu beratur untuk mendapatkan keropok lekor idaman. Setiap pelanggan buat order berkoyan-koyan. Tiga orang tukang gentel keropok (sebelum dicampak dalam 3 biji kawah/periuk besar) pun belum tentu cukup untuk memenuhi permintaan yang tinggi itu. Nak kena tunggu keropok yang direbus tu masak dulu mau menyampai ke tengah malam. Rupa-rupanya ramai manusia seakan perempuan bunting sulung mengidam entah apa-apa.. 

Apa nak dikata....memang tiada rezeki saya nampaknya. Dengan penuh sabar kami meninggalkan gerai keropok losong nan satu itu. Sebenarnya kami lebih mementingkan keselamatan pemanduan balik ke rumah. Takut bermalam di Karak Highway pulak. Sangat merbahaya. 

Sampai sahaja di rumah saya terus keluarkan ikan kembung dan ikan sardin yang dah lama tersimpan dalam peti sejuk. Siang dan buang semua tulang belulang. Lepas tu saya tumbuk sampai lumat. Tambah tepung sagu dan sedikit tepung jagung serta secubit garam. Kemudian saya uli hingga menjadi doh yang lembut. Lepas tu gentel panjang-panjang sebelum campak dalam periuk berisi air panas yang sedang menggelegak. Tunggu sampai keropok tu timbul baru angkat.
Tak susah pun buat keropok ni. Tapi biasa lah kalau yang beli tu lebih sedap. Dengan 2 ekor ikan kembung + 3 ekor sardin dapat lah satu hidangan untuk keluarga terchenta....
Saya lebih suka makan yang panas-panas lepas rebus. Fresh dan lebih sihat. 
Selebihnya saya goreng untuk hubby dan anak-anak.

PS: Tidak lah berapa losong tapi cukup untuk memenuhi hajat agar tidak kempunan.

Monday 2 November 2015

Unser berwajah baru

Dah lama Unser saya ni berbudi  pada kami sekeluarga. Nak masuk 13 tahun usianya. Alhamdulillah masih gagah setia menabur bakti. Dah lama juga saya berhajat memberi nafas baru pada Unser nan satu ni. Dah jadi macam kereta sendiri pulak. Hakikatnya tak pernah pun Unser ini ditukar hakmilik. Lupa pulak saya hanyalah second driver. Walaupun selama ini saya yang sponsor bila buat servis, bayar insurans dan roadtax. Betul la tu. Takkan nak pakai kereta buta-buta pulak. Mesti la nak kena tanggung kos maintanence dan sebagainya. Unser ni hubby dah habis bayar so tak payah nak fikir tentang nak bayar loan atau risiko kena tarik kalau terlupa nak bayar ansuran bulanan.  Cukup la nak pakai kereta dengan rezeki Allah. Jadi supir angkut anak-anak pergi balik sekolah....

"Kita bawa gi kedai Melayu lah. Kat Keramat tu banyak je bengkel Melayu. Boleh la tolong bagi income untuk raya Haji ni..." 

Hubby sentiasa kekal dengan semangat patriotiknya. Kalau boleh semua nak pi kedai Melayu. Nak tolong Melayu. So setelah pilih warna dan berbincang tentang harga kami pun setuju dengan harga yang ditawarkan.

"Kereta akak ni besar. Insya Allah seminggu baru siap."

Saya tinggalkan Unser di bengkel tu pada hari Sabtu, hari pertama cuti sempena Hari Raya Aidil Adha. Sekolah kami dapat cuti seminggu. So sempat la nak tunggu kereta siap sebelum buka sekolah semula hari Senin nanti.
Pada hari Selasa, selepas 4 hari kena tinggal kami pi ziarah nak tengok perkembangan. Depa dah siap kikis cat lama dan letak undercoat. Dalam gampar ni cantik je macam warna silver. Tapi keadaan sebenar macam bangkai kereta lepas terbakar. Huduh sungguh !.
Lepas kikis depa ketuk dan letak simen kat tempat yang kemek dan tidak rata. Lepas tu letak undercoat oren tu. Bahagian yang tak dicat depa balut dan bungkus dengan surat khabar lama. Nampak sangat teliti pembuatannya.
Patutnya lampu depan tu depa cabut. Tapi entah macamana mekanik yang repair kereta ni dulu letak gam gajah gamaknya dah tak boleh nak tanggal. So depa balut ngan surat khabar kemas-kemas supaya tak terkena semburan cat nanti.
Dah siap balut dengan surat khabar sedia untuk disembur cat.
Alhamdulillah seperti yang dijanjikan kereta saya siap dalam masa seminggu. Saya hantar hari Sabtu sebelum Raya Haji. Siap pada hari Sabtu petang minggu berikutnya. Mula tu terkejut juga tengok warna akhir tu. Nampak lain benar dari yang saya order. Tapi hubby kata memang dah betul warna yang kami pilih. Entahlah. Saya pun dah tak ingat apa kod warna yang saya pilih. Tak ingat pulak nak catat. Agaknya saya tetiba buta kaler masa dok belek katalog tempoh hari. Bila dah cat kat kereta betul-betul baru nampak the true colour. Tak kisah lah. Yang penting kereta tu selamat untuk dinaikki. Setakat hari ni dah lebih sebulan kereta tu masih segar berbau cat baru. Tak sempat berbasuh lagi. Bagus juga kami pilih warna cat baru ni. Heavy duty. Tak nampak kotor sangat, tak payah nak basuh selalu.

PS: Jumlah kos RM2400. Hmm....rezeki tokey bengkel tu buat belanja keluarga sempena raya haji 2015. 



Sunday 1 November 2015

Hazeline snow untuk anak daraku...

Dah lama saya tak bergosip santai ngan anak-anak dara saya. Sejak Iman ngan Dayah dah besar dan dah pandai jaga penampilan diri saya dah lupa macamana nak start balik ngan Nina. Rasanya Nina banyak rujuk Kak Iman sebagai perunding imej. Tapi sejak Iman dah duduk sendiri ngan Marwan masa mereka bergosip juga dah agak kurang. Dayah pulak jarang dapat cuti. Jarang balik. Sian Nina dah patah dahan untuk berpaut.......:(

"Umi, jerawat ke ni?"

Anak dara bongsu saya dah mula concern tentang kecantikan. Sebenarnya saya sendiri dah lupa bilakah masa saya mula concern tentang paras rupa. Zaman remaja saya bermula di MRSM. Dari tingkatan satu hingga tingkatan lima hidup saya dikelilingi rakan-rakan sebaya. Makan bersama, tidur bersama, senda gurau tawa hilai suka duka dikongsi bersama rakan sebaya. Kami sama-sama kongsi pengalaman bagaimana menjadi gadis remaja. Alhamdulillah saya dikelilingi rakan sebaya yang sangat mengambil berat sesama sendiri. Bahkan hingga kini perhubungan kami masih terjalin erat walau di alam maya. Grup whatsapp tak pernah kering dengan perkongsian semasa.

Mengikut pengalaman saya dulu, apabila dah masuk umur remaja, kami akan mulakan dengan penjagaan wajah. Masing-masing akan mula mencari produk penjagaan muka yang sesuai dengan wajah masing-masing. Saya sendiri mula berkrim muka semasa di tingkatan 4. Sebelum tu saya tak pernah kisah tentang penampilan. Tak pernah kisah tentang apa-apa produk berkenaan kecantikan. Yang pasti saya hanya mandi bersabun 2-3 kali sehari dan shampu rambut setiap 2 hari. Ayah saya selalu belikan sabun lux yang ketul kecik-kecik tu. Kadang warna putih kadang warna pink. Shampu dah tak ingat brand apa. Tapi yang bentuk serbuk dalam sachet kecik-kecik. Kalau nak guna kena tuang serbuk tu atas tapak tangan, letak air biar berbuih lepas tu baru shampu atas kepala. Bilas betul-betul takut saki-baki serbuk shampu tertinggal kat celahan rambut.

Berbalik kepada penjagaan wajah ni, waktu itu saya sangat berhati-hati dengan bajet. Almaklum la anak orang kampung, bajet ciput. So saya cari je lah produk yang mampu milik. Tak payah cleanser, toner dan moisturiser bagai. Guna je sabun mandi sekali harung ngan basuh muka. Two in one. Lepas basuh muka ngan sabun tu wajib pakai krim. Kalau tidak nanti muka jadi tegang dan gatal. So terpaksa lah cari krim bajet yang tidak memudaratkan kulit muka. Saya ni jenis penakut nak cuba produk-produk moden ni. Dari kecik nenek saya ajar pakai bedak sejuk buatan sendiri. Hingga pergi MRSM pun nenek saya bekalkan bedak sejuk. Saya share ngan kawan-kawan pakai malam-malam buat hantu pocong. (Huhu......maafkan saya nenda). Tapi dah duduk MRSM terpaksa la ikut peredaran zaman. By tingkatan 4 saya pun mula berjinak-jinak dengan krim muka. Dan produk pertama saya ialah Hazeline Snow. Saya suka warnanya yang putih mulus, bau yang harum dan texture yang lembut tidak berminyak. Murah je pun tapi biasalah hidup zaman sekolah, terpaksa berdikari tarik bajet sekolah untuk penjagaan diri. 

Saya kekal ngan produk Hazeline Snow rupa asal tu sehingga habis tingkatan 5. Semasa di UK saya banyak terdedah dengan pelbagai produk. Boleh pilih mana kita suka. Tapi saya masih setia dengan Hazeline Snow. Malas nak tukar-tukar produk sebab sayang takut tak serasi ngan muka saya. Kata orang kalau kita dah dapat produk yang sesuai dan serasi serta mampu milik buat apa nak susahkan diri cari yang lain yang mungkin boleh mendatangkan mudharat. Malangnya kat UK susah nak cari stok Hazeline Snow ni. Saya hanya boleh dapatkan stok bila balik bercuti ke Malaysia sahaja. Apabila stok habis saya tercari-cari produk lain sebagai ganti. Dipendekan cerita saya beralih kepada Oil of Ulan sekarang dah tukar nama jadi Oil of Olay, setia hingga kini.

Dan kini pengalaman ini saya turunkan kepada anak-anak dara saya pulak. Sebelum aqil baligh tak perlu pakai apa-apa produk muka. Mandi je macam biasa. Pastikan basuh muka bersih-bersih sebelum tidur. Apabila meningkat remaja barulah boleh fikir tentang rias wajah. Biasanya dalam usia begini saya hanya belikan produk berasaskan timun sebagai pembersih muka. Boleh guna Shurah remaja ataupun Eversoft sari mentimun. Bila dah masuk sekolah menengah baru boleh mula guna Hazeline Snow sebagai krim muka. Iman memang follow saya 100%. Dayah agak culas. Sampai tang Nina dah tak jumpa dah kat mana nak cari Hazeline Snow tu. Merata kedai saya pusing. Merata Watsons dan Guardian saya masuk... nehi. Tak ada stok. Rupa-rupanya Syarikat Unilever pengeluar Hazeline Snow Malaysia dah stop production. Sebab apa tah. Depa dah tak buat untuk jualan di Malaysia sejak tahun 2014. Akhirnya saya belikan produk Safi sebagai cubaan pertama untuk Nina. Kalau sesuai boleh teruskan. Kalau tidak kena cari produk lain. Sian Nina tak dapat meneruskan legasi tatacara penjagaan muka warisan keluarga....:(

Masa anak-anak saya kecik-kecik dulu saya selalu sapukan losyen bayi setiap kali lepas mandi. Iman ngan Dayah membesar di UK. Saya pakaikan Mothercare Baby Lotion. Yang penting murah, sesuai dan berkesan sebagai pelembab kulit budak. Ein pun guna losyen yang sama. Bila pulang ke Malaysia saya masih meneruskan pemakaian Mothercare baby lotion ini. Oleh sebab harganya agak mahal di Malaysia saya tukar kepada product Baby Johnson. Anak-anak saya yang seterusnya pun melalui pengalaman yang sama setiap kali lepas mandi. Saya akan lumur losyen bayi seluruh badan mereka. Hingga lah mereka berusia 4 tahun. By usia masuk tadika dah tak berlosyen dah. Saya percaya pada usia itu mereka dah tak perlu pakai lotion lagi sebab badan dah boleh produce kelembapan sendiri. Begitu pemikiran saya yang tak berapa saintifik ini. Cuaca panas lembab begini memang tak berapa sesuai nak pakai lotion. Buat rimas je. Lagipun susah nak berwudhu'. Nak kena basuh dulu bersih-bersih sebelum berwudhu, takut menghalang air wudhu. Bila dah besar panjang depa dah mula pakai produk citarasa sendiri.

"Suka hati hangpa lah. Sendiri muka sendiri jaga. Yang nak tengok siang malam pun laki hangpa juga...."  Haha.....nenek saya memang epik. Saya pun dah mula menggunakan dialog yang sama. 

Kad hari ibu zaman bila tah..... tiba-tiba pulak.


PS: Empty nesters syndrome kah ini? Huhu.......



60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...