Friday 20 March 2015

Bowling....Boling....Baling.

Sejak anak-anak dah besar ni dah agak kurang masa nak cuti sama-sama. Mostly dah sibuk dengan urusan masing-masing. So tinggal yang kecik dua orang tu je lah nak kena layan. Cuti sekolah pun tinggal depa berdua je. Yang dah masuk IPT tak cuti. Hubby pulak sejak kerja USIM cuti pun dah tak sama. Kenapa tah gomen tak susun cuti biar masa cuti sekolah semua orang IPT pun dapat bercuti bersama satu keluarga.....:(

"Kita kena prepare mental. Anak- anak dah mula ada kehidupan masing-masing..." Hubby selalu pesan. Padahal Hubby lah orang paling gembira kalau dapat berkumpul semua anak-anak. 
"Wah...cukup kourum!" Ayat feveret Hubby setiap kali dapat dinner ramai-ramai.

So akhirnya terpaksalah saya pandai-pandai isi masa cuti sendiri. Alhamdulillah Iman dok UIA je. Anytime boleh ajak teman bercuti. Kadang-kadang jadi driver bawa Umi pi jenjalan bawa adik-adik. Destinasi : sekitar KL.
Sekali sekali berbowling kat Ampang point seronok juga. Keluar pagi-pagi jalan tak jam. Manusia pun belum ramai. Kebetulan hari tu ada offer murah. Tak ingat dah murah berapa. RM3.50 kot. Sewa kasut sepasang RM4.00. Lama pulak nak menghabiskan satu-satu game tu.
Amin je yang pandai control bola..
Nina cari bola yang paling ringan je...
Hero Umi paling setia...
Umi bergaya je...baling bola asyik masuk longkang....:)
Bola paling ringan....6kg. Tu pun macam nak patah jari comel Nina.


PS: Sebelum ni kalau berbowling Hubby ngan Ein je lah yang dapat top score...



Seronoknya bernikah....

Saya tidak pernah menentang perkahwinan di usia muda. Usia muda pada neraca saya ialah sekurang-kurangnya dah masuk universiti. Ini benda asas. Pelajaran paling utama. Kalau belum masuk universiti tak payah mengada-nagada nak menikah. Dah masuk tahun kedua atau ketiga baru boleh dikira usia layak nikah.
Pada saya selepas usia 21 tahun baru dikira usia matang. Baru boleh bincang dengan mak ayah secara rasional. Jangan sesekali membelakangkan mak ayah dalam urusan nikah kita. Tiada siapa yang tidak pernah menghadapai ujian pernikahan. Sedikit sebanyak ujian pernikahan pasti datang untuk menguji kekuatan jodoh kita. Sentiasa bawa berbincang dan berlapang dada. Jangan terlalu mengikut emosi muda. After all kalau jadi apa-apa mak ayah juga yang akan jaga kita nanti. Jangan lupa mak ayah sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Berikan kuasa ditangan mereka, Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.

Paling penting niat nak kawen mesti kerana Allah. Bukan sebab galak, gedik gatal sebab tengok ada kawan-kawan yang dah nikah. Pernikahan bukan trial and error. Bila kita bersetuju untuk bernikah...bersedialah untuk membawa pasangan kita ke syurga. Kalau tak kena cara bersedialah untuk sama-sama masuk neraka. Kalau rasa dengan kawen boleh bagi semangat untuk belajar semakin meningkat, kawen lah. Kalau rasa kawen boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kawen lah. Kalau rasa kawen boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kawen la.

Tapi sekiranya cinta terhalang jangan sesekali berniat untuk terus melakukan maksiat konon nak bagi mak ayah padan muka. Dosa maksiat itu kita sendiri yang tanggung... tak ada sangkut paut dengan mak dan ayah. Ikhlaskan niat nak kawen kerana Allah. ... insyaallah Allah akan permudahkan perjalanan pernikahan tu. Sebab lepas kahwin kita akan rasa rezeki Allah datang satu persatu. Sungguh.. saya telah melalui pengalaman itu. Mungkin sebelum kawen kita terpaksa melalui pelbagai ujian..( Ujian mak ayah suruh tangguh kawen je pun..suruh sabar hingga habis belajar dulu....dah kerja esok hangpa menikah la...oh..sungguh saya tidak akan pernah lupa kata-kata keramat ayah saya....) Banyak pulak buat drama airmata..

Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan untuk sehari dua tapi kesabaran itu sebagai bukti ketaatan dan keimanan kepada Alah..

PS: Sungguh...bernikah itu seronok. Tapi harus diingat di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab dan ujian yang amat berat......SELAMAT BERNIKAH kepada yang akan bernikah.

Thursday 19 March 2015

Cuti cuti Nilai

Cuti sekolah bermula lagi. Alhamdulillah dapat lah saya menyambung balik kerja-kerja yang tergendala selama ini. Banyak rancangan cuti sekolah dok berlegar-legar dalam kepala saya rupanya. Tapi setakat hari ni macam belum bergerak lagi.

Sepatutnya hari Selasa baru ni nak ngekor hubby pi Jogjakarta selama 3 hari. Tapi plan bertukar last minute sebab schedule hubby kat sana nanti agak padat. Mungkin tak sempat nak entertain kami pi jenjalan. So bercuti kat Nilai je lah...So hari Senin tu ikut je hubby pi tido kat Apartment hubby kat Nilai tu. First time tidur kat sana. Sebelum ni cuma pi singgah sekejap sekejap je. Lepak-lepak sementara tunggu hubby habis kelas. Lepas drop hubby kat USIM maka saya dan Nina pun memulakan misi percutian kami. Pusing-pusing bandar Nilai je pun....Shopping sikit-sikit. Makan-makan. Seronok sebab keadaannya yang agak tenang. Kereta pun tak banyak.
Pusing dataran Nilai tengah-tengah hari buta...:)

Kebetulan cuaca agak panas. So tengahari tu kami ambik keputusan untuk lepak kat bilik je. Memang melepak sungguh. Penat kenduri hari Sabtu sebelum tu dan segala keluh kesah over the weekend baru terasa. Tapi sempat juga saya habiskan sebuah novel. Nina sempat siapkan homework. Semangat betul budak tu bercuti pun bawa buku sekolah.

Petang tu hubby ada kelas postgrad pulak. So dinner agak lewat sebab tunggu hubby habis kelas kol 9.00 malam. Jarang saya buat kerja makan memalam macam ni. Biasa paling lambat pun kol 8.30pm dah siap makan. Jaga perut takut buncit nak tidur awal. Sekali sekala apa salahnya. Mula tu nak dinner kat Restoran Adam Seafood Western Food kat area apartment tu je. Tapi penuh ngan students USIM. Pusing-pusing kedai makan lain pun penuh juga. So kami pun pi ke BBN. Singgah kedai tom yam apa tah. Dekat dengan Hotel Time. So bertomyam lah kami malam tu. Pedas nye Subhanallah.
Nasi putih ngan lauk simple sebab dah malam..malas nak makan beriya-iya.
Berkenan pulak kat bandung 3 layer ni. First time rasa. Boleh tahan juga. Biasanya saya order 3 layer tea. Hubby seperti biasa, barli panas

Usai kelas hubby pagi Selasa esoknya tu kami cadang terus bertolak ke KLIA2. Tapi sempat lagi singgah breakfast kat kedai mamak kejap. Kira late breakfast lah sebab malam tadi dinner pun lewat.
Roti tisu ngan milo ais....Feveret terkini Nina.

Lepas breakfast terus gerak ke KLIA2. Flight hubby kol 3pm. So sempat la pi makan-makan and jalan-jalan tengok kawasan.
Sempat pekena kelapa mudah fresh... lupa nak tanya harga kat aiport ni. 
(Biasa saya beli kat gerai tepi jalan je. RM4 sebiji siap bungkus..)

Peghak juga la sebab first time. Macam shopping complex pulak. Macam-macam kedai ada. Jaya Grocer pun ada. Pening juga nak fikir konsep apa yang depa pakai masa awal pembinaan airport ni.

Sepanjang dinding depa hias dengan macam-macam gambar lukisan, pemandangan dan ukiran. Tak sempat nak menikmati sangat sebab kat depan lukisan tu depa letak bangku panjang. So ramai lah yang buat katil tempat tidur. Nak posing-posing kang kena marah pulak kacau orang tidur. Kita nak tumpang duduk pun segan sebab depa pakat tidur lentang suka hati buat macam rumah sendiri. Pemandangan yang agak kurang menarik lah...pada pandangan saya.

Lepas solat zohor hubby teman saya pi beli tiket ERL ke KL central. Sepatutnya kami yang bye-bye hubby kat departure lounge. Tapi dah terbalik pulak. Hubby yang bye-bye kami kat stesen ERL. Lepas kami dah naik train hubby masih berjalan ke gate 9 untuk penerbangan ke Jogjakarta. Punya la jauh, makan masa 20 minit. Patut la sebelum ni selalu dengar orang dok complain kat KLIA2 ni kena jalan jauh.
First time Nina pegang tiket KLIA ekspress...pink pulak tu...:)

Alhamdulillah kami tiba kat KL central selepas 40 minit. Lepas tu terus beli tiket LRT ke Sri Rampai. Lepas tu ambik teksi balik rumah. Fuh....home sweet home. By this time hubby masih di awan biru...


PS: Balik rumah nampak kertas periksa yang belum habis bertanda......huhu.


Apples of my eyes

Dulu....
Kalau orang bertanya siapa dihati saya dulu kini dan selamanya...
Jawapannya tentu lah ayah saya.
Kalau orang bertanya apa istimewanya dia..
Jawapannya......everything...in his own way.
Ayah saya...Susuk tubuh yang akan sentiasa hadir dalam doa saya.
Ayah saya...Susuk tubuh yang telah banyak mengajar saya erti pengorbanan.

Kini..
Kalau orang bertanya siapa dihati saya dulu kini dan selamanya..
Jawapannya tentu lah ayah saya..dan mereka.
Kalau orang bertanya apa istimewanya mereka.,.
Jawapannya....everything...in their own way.
Mereka...susuk tubuh yang sentiasa hadir dalam doa saya...
Mereka...susuk tubuh yang mengajar saya erti kehidupan.

Hubby..banyak mengajar saya erti kemuliaan dan kelembutan seorang isteri. 
(Tapi rasanya sampai sekarang pun saya masih tak lembut-lembut. Kasar je memanjang. Mulia.?..hmm...)
Amin banyak mengajar saya erti kesabaran...
(Dah tua bangka pun macam baby lagi...:))
Ein...mengajar saya erti ketabahan.
( Time baby dah kena operate..tak sangka boleh besar gajah camni)
The Girls.. mengajar saya erti kasih sayang...
(Sentiasa bersama, hang around, gossiping..banyak je benda nak cerita bila bersama)
Apples of my eyes...
Semoga mereka menjadi ejen pemangkin untuk saya ke syurga kelak..

PS: Kenapa tah tetiba pedih mata...



Majlis Bertandang, bawa hantaran? Eh?

Tanggal 14 Mac 2015 majlis menyambut menantu sebelah pengantin lelaki pulak. Orang Kedah kata bertandang. Orang Kelantan kata hantar menantu. Saudara sebelah Kelantan siap pesan bila nak pi bertandang kena bawa hadiah untuk besan pulak. Sebab masa nikah dulu kita dah bawa hantaran untuk pengantin lelaki. So kali ni kena bagi kat tok besan lah pulak. Kira macam bawa buah tangan gitu. Biasanya depa bagi kain sepasang/kain pelikat untuk besan lelaki dan kain sepasang/kain batik untuk besan perempuan. Tambah sebekas kuih manis dan lain-lain hadiah yang kita nak bagi. Biasanya kalau orang Kelantan depa bagi kuih akok, jala mas atau buah tanjung.

 

Kalau orang Kedah tak yah bawa apa-apa. Pi lenggang kangkung je. Pasal kita dah bawa hantaran masa nikah hari tu. Dah siap tukar-tukar hantaran. Tapi pengantin lelaki akan datang rumah pengantin perempuan untuk menjemput pengantin perempuan. Pastu pi ikut rombongan ramai-ramai.

Setelah berbincang akhirnya saya dan hubby sepakat untuk ikut suka hati kami je. Kami yang bawa rombongan pengantin perempuan. Pengantin lelaki tunggu sambut kat rumah dia je.  Kami bawa 5 bakul hadiah untuk besan. Kain 2 pasang, kek coklat, kuih tradisional, biskut, jem dan madu. Mula-mula saya cuma nak bagi hadiah letak dalam beg hadiah je. Tapi hubby cadang letak dalam bakul. So dah alang-alang tu saya gubah buat bakul hantaran terus. Biar nampak seragam. Bakul maintain warna putih. Ikut adat mana ntah, suka hati kami je nak bawa hantaran masa majlis bertandang. Belum pernah lagi saya jumpa orang bawa hantaran ke majlis bertandang.

Saya suka bunga warna cream ni.

Mulanya nak buat bunga pink tapi tak jadi pulak sebab pihak sana dah buat tema pink. Kami pulak semua berbaju merah bata. Takut nampak garang pulak nanti. So saya tukar jadi bunga warna putih krim supaya nampak lembut sikit. 


Dalam tupperware tu letak baulu ngan popiah gulung. Tupperware(ori) tu kira sebahagian dari hadiah. Tak perlu pulangkan. Bakul lagi satu tu letak 2 botol jem, 1 botol madu dan satu tin biskut butter.

Hadiah untuk besan. Kain sorang sepasang.

Maknya

Ayahnya

Hubby pesan kita buat je apa yang patut. Asalkan tidak melanggar syariat Islam kami ikut je mana-mana yang dirasakan sesuai. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami disambut meriah oleh pihak sana. Mudah-mudahan persaudaraan yang baru terjalin ini akan membawa kami ke syurga.


Depa buat tema pink sebagai meraikan warna kesukaan menantu baru mereka. 

Dua keluarga bersatu dalam lafaz keramat...




"Nak posing cemana ni? Kaki kat mana?"

"Hmm... okaylah ni"

Bersama Kak Teh aka Mak Ngah yang sentiasa ada bila diperlukan. 
Full house sebelum kena tinggal.


Bye Iman. Jaga diri dan adab sopan di rumah mertua nanti. Jangan lupa balik rumah Umi. :)

PS: Patutnya buat entry pasal nikah dulu. Tapi belum siap sebab belum dapat mood menulis.

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...