Sunday 8 February 2015

Jalan jalan Bukit Merah Laketown Resort...

Baru-baru ni ikut Hubby pi berjalan lagi. Sebenarnya ia adalah sambungan perjalanan kami dari Sabak Bernam hari tu. Lepas pusing-pusing kat Sabak Bernam kami terus ke Bukit Merah Laketown Resort pulak. Kebetulan Hubby ada meeting merangkap family day kat sana. 

Tapi sejak anak-anak dah besar panjang ni mood berfamily day dah banyak berubah. Kalau dulu excited sangat nak pi sebab seronok nak entertain anak-anak join aktiviti yang diadakan. Sekarang ni dok melepak ngan Nina je lah. Anak-anak lain semua dah bertebaran di tempat lain. Alhamdulillah Nina pulak yang terpaksa ikut mood saya. Taat je ikut je apa planning yang saya buat. 
Macam tak sesuai je puteri bungsu ni jadi katak macam ni...
Night walk sementara hubby bermeeting..

Pagi esoknya ambik peluang jalan-jalan pusing kawasan Semanggol melihat keindahan dan keluasan bendang di sana. Hajat hati nak capture keindahan kat Sabak Bernam hari tu tapi tak sempat... Alhamdulillah dapat peluang di sini walaupun bendangnya tidak lah sehijau dan seluas yang kat Sabak Bernam.
Ambik angin kat bendang Semanggol...

Petang tu pusing-pusing kat kawasan tepi tasik Sebenarnya banyak je aktiviti yang disediakan kat Resort ni tapi macam malas je nak join apa-apa. Lagi pun dah pernah datang sebelum ni dan dah join macam-macam aktiviti. So kali ni saya hanya nak relaks ambik angin segar (hmm...segar kah?) sambil jalan-jalan sahaja.. 
Posing je lebih... Nak pi tengok orang utan pun malas
Sebenarnya nak capture gambar pelangi petang tapi macam tak jelas je..
Tak dapat tengok sunset, nampak pelangi pun boleh lah.
Bukan senang Nina nak lentok sebelah ayah..:)
Malam hari kawasan  ni depa buat pertunjukan api. Siang-siang keluar air pancut.

@@@@@

Gambar-gambar kat bawah ni dari album lama masa datang sini hari tu....tak ingat dah bila.

Hidayah paling berani nak pegang makhluk ni....
Nina sentuh ekor-ekor je. 
Amin yang paling geli sebab makhluk tu menjalar kat tengkok dia...
"Terasa-rasa sisik dia kat tengkok Amin, umi.."
Antara benda yang saya suka.....

@@@@@

Nampaknya selepas ni saya kena set in mind yang kehidupan ini dah mula berubah. Hmm....
Dari anak-anak keliling pinggang sekarang tinggal berdua je...


P.S  Panjang umur, Insya Allah boleh datang dengan cucu-cucu lah pulak kot...




Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...