Tuesday 23 September 2014

Projek Cuti Sekolah: Tukar Rel Ganti Langsir

Dah masuk 3 tahun rupanya saya berpindah rumah. Dan selama itu juga saya mentaati perintah hubby tidak mengetuk dan menggerudi dinding rumah. Alasan...rumah baru cat sayang pulak kalau nampak berlubang-lubang. Kalau kat rumah Selayang dulu suka hati saya je nak paku atau gerudi dinding. Gantung je apa yang terlintas di fikiran. 

"Rasa macam nak tukar rel langsir lah... nak pakai yang kayu pulak.." Hubby diam je.
Bila hubby diam saja itu petanda baik. Mungkin setuju tapi tidak la membantah. So start je cuti sekolah baru ni saya terus pi Giant. Alasan asal nak pi kedai buku cari 1 set buku PT3 untuk anak bujangku. Nak suruh study masa cuti sekolah. Kebetulan je terbeli rod kayu tu. Orang kata semangat jangan dibiarkan padam. Sementara berhajat yang baik-baik elok disegerakan.

Dah nak kena gerudi dinding pulak nak lekatkan tapak rel tu. Drill yang sedia ada tu yang cordless biasa je. Setakat dinding lembut boleh la. Kena batu konkrit jenuh berpeluh sampai bengkok mata gerudi. Lepas tu pulak asyik tak cukup power.
3 tahun terperuk kat dalam setor. Alhamdulillah masih utuh.

So pi cari drill baru pulak. Jumpa yang jenis Black and Decker 500 watt yang ada hammer drill sekali. Beli kat Ace Hardware Melawati. Harga RM237. Rasa macam okay sebab sebelum tu saya jumpa kat kedai hardware lain brand biasa je tanpa aksesori harga RM300. Tapi kena tambah mata drill sebatang RM5.
Set lengkap siap dengan mata gerudi pelbagai saiz, siap dengan free gift srew driver dan sepana pelbagai saiz juga lampu suluh siap ngan bateri sekali.

"Umi nak jadi kontraktor ke lepas ni...?" Memandai je anak bujangku..

"Buat la apa yang patut. Jangan runtuh dinding rumah sudah." Hubby dah mula bersuara. 

So aktiviti pertama ialah menggerudi dinding konkrit yang keras tuh untuk letak tapak rel. Mula nak buat langsir sampai ceiling. Rumah ni agak tinggi berbanding rumah Selayang dulu. So terpaksa pulak beli tangga yang lebih tinggi sikit sebab tangga yang sedia ada macam tak cukup tinggi. Gayat la pulak. Hmm..dah tua-tua ni gayatnya makin menjadi-jadi. So buat je lah setakat yang termampu walaupun kurang sikit cantiknya. Sebenarnya boleh je nak upah interior designer untuk buat semua tu. Tapi macam hilang satu kepuasan. Perasaan puas melihat hasil kerja sendiri walaupun tak seberapa. Perasaan yang bak kata Sabri Yunus "...hanya dia dan Allah S.W.T sahaja yang tahu."
Saya letak rod kayu dalam 4 inci lebih tinggi dari rel besi yang asal.

Seharian jugak la memproses dinding yang keras tu. Entah berapa kali naik tangga turun tangga naik tangga turun tangga naik tangga turun tangga.......berpeluh jangan cerita lah. Dah macam jogging pusing stadium dua tiga round. Hmm, semangat waja gitu. Habis lebam berlubang dinding rumah saya. Hentam saja lah labu....

Dah siap menggerudi semua baru pi cari kain langsir kat Nagoya (Aeon Big). Kali ni dapat sokongan penuh dari hubby. Siap pi teman pilih kain. Tolong bayar. Tolong angkut masuk kereta....

Maka bermula lah sesi menjahit langsir. Konon nak cuba langsir eyelet. Google je cara nak buat lepas tu cuba jaya. Leceh sikit tapi Alhamdulillah agak puas hati dengan hasilnya. Seharian juga memproses lubang eyelet sebanyak tiga puluh lubang tuh.

Akhirnya....Tadaaa...

Weekend baru ni teman hubby pi kenduri kat Bangi Golf Resort. Lepas tu teman hubby pi USIM. Ada conference apa tah. So sementara menunggu hubby conference saya jalan-jalan kat Nilai Square. Saja nak cuci mata tengok langsir. Kawan-kawan dok sebut-sebut beli-belah langsir kat Nilai. Punya la banyak kedai jual langsir. Sebelum ni dah beberapa kali juga lalu kawasan tu tapi belum tergerak hati nak membeli. Konon langsir sedia ada masih elok lagi.
Saja belek-belek sample yang depa gantung buat display. Tertera tanda harga RM96.

"Harga ni untuk satu set ke dik?" Saja nak tanya.

"Tak kak..... Itu harga untuk satu meter. Tapi sekarang kita ada offer. Harga RM60 satu meter...." Mak aih. Telan air liur je lah.

"Dah masuk upah jahit ke?" Saja saya tanya. Padahal sah-sah dah tawar hati.

"Belum. Upah jahit RM12 satu kaki lebar. Kita boleh siap dalam masa satu jam." Ligat kepala otak saya dok mencongak jumlah harga untuk sliding door saya. Saiz 10 kaki lebar darab RM12. So upah jahit sahaja dah RM120. Kain pulak perlu 12 meter. So kos kain 12x60= RM 720. Jumlah RM840. Itu untuk satu sliding door 10 kaki lebar. Hmm....

Rasanya jenis kain dia lebih kurang sama je dengan yang saya beli kat Nagoya tu. Harga RM12.90 semeter. Jenis kain 'blackout'. Tak perlu upah jahit pun. Sebab saya kan isteri mithali yang pandai serbi-serbi. Sendiri bikin sendiri pakai. Tak de sapa nak kata apa......:)


P.S Tunggu projek baru masa cuti akhir tahun pulak.




Wednesday 10 September 2014

Matematik UPSR 2014 kertas 1 : cadangan jawapan


1 D 21 B
2 B 22 D
3 D 23 B
4 C 24 C
5 C 25 D
6 A 26 A
7 C 27 B
8 A 28 A
9 C 29 B
10 B 30 C
11 B 31 A
12 C 32 A
13 C 33 C
14 B 34 A
15 D 35 C
16 C 36 A
17 A 37 B
18 B 38 C
19 D 39 B
20 D 40 D

P.S Tetiba rasa nak jawab soalan sekolah rendah..

Tuesday 9 September 2014

The last UPSR in the family...

"Umi....semua dah siap kecuali study sikit-sikit lagi.."

Hari ini puteri bongsu saya akan menduduki peperiksaan UPSR. Anak yang sangat baik dan sentiasa prihatin terhadap saya. ..yang saban malam akan bersalam serta mencium dahi dan kiri kanan pipi saya sebelum tidur. Sangat rajin dan bertanggung jawab. Mulai melihat banyak perkara dari kacamata saya....

Hari ini puteri bongsu saya akan menduduki UPSR. Melakar sejarah untuk masa depannya. Saya memberi kebebasan sepenuhnya untuk dia memilih corak dan warna. Hanya memastikan kain kanvas itu masih putih tanpa cela dari contengan lain.

Hari ini puteri bongsu saya akan menduduki UPSR. Perasaan saya? Walau sudah 4 kali melalui situasi begini namun perasaan saya masih sama. Yakin dengan usaha mereka. Sangat yakin dengan pertolongan Allah yang akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambanya. Selainnya terserah pada Allah
Selamat menduduki UPSR darlings..... Moga Allah mempermudahkan kefahaman dan dapat menjawab soalan dengan tenang...Amin amin amin.

P.S A Daughter may outgrow your lap, but she will never outgrow your heart.

Friday 5 September 2014

Sana sini kenduri...

Dua minggu lepas berpeluang menzirahi bekas collegue hubby masa kat KLMUC dulu. Dekan Fakulti apa tah. Dah lupa. Depa buat kenduri doa selamat sempena nak pi mengerjakan haji minggu depan. 
Kebetulan pulak kami duduk semeja dengan lagi seorang ex-collegue yang lain.
"Meet my ex-bosses. Ex-VC and ex-CEO..." Elok je dia perkenalkan hubby dan kawan yang lagi sorang tu pada suami dia. Kebetulan pulak dua-dua boss dia dah berhenti dari KLMUC kerja kat tempat lain.
Haha...bunyi macam dia yang berhenti. Padahal the bosses yang quit. 
Bersama tuan rumah yang ramah...
"Biasanya orang bawa apa eh nak pi kenduri doa selamat nih?"
Kami ni bukannya reti pasal adat-adat macam ni. Kalau kenduri kawen tu tahu la kena bawa hadiah. Paling kurang pun bagi duit dalam angpau. Hulur masa salam nak balik. Dah makan kenyang tak kan la nak balik macam tu je.
Alhamdulillah sepanjang bulan Syawal saya selalu standby sampul angpau dalam handbag. Dah jadi adat pulak nak kena bagi angpau kat budak-budak masa raya.
"Bagi duit je..." Mudah-mudahan dapat pahala bila dia guna duit tu buat belanja pi Mekah.
Hmm....
The ex-CEO and the ex-VC.....
Kata orang kalau pi Bangi tak sah kalau tak pi Bangi Gateway. Banyak juga saya dengar pasal Bangi Gateway ni. Tapi nak kena tengok dengan mata kepala sendiri. Alhamdulillah cuaca sangat terang. Perut pun dah kenyang. So boleh lah singgah sebentar melihat-lihat kawasan...

Banyak gerai pakaian rupanya. Pusing-pusing satu jam juga saya menghabiskan masa kat dalam gerai-gerai tu. Masuk kedai, pegang-pegang, belek-belek lepas tu tinggal. Banyak yang berkenan tapi semua dah tak ada saiz. Ye lah...shopping selepas raya memang lah dah habis stok. Orang dah sapu sebelum raya....

On the way balik tetiba je hujan ribut sampai tak nampak jalan. Masa kat Bangi okay je. Sepanjang jalan hingga ke NKVE pun okay juga. Bila masuk je DUKE hujan terus mencurah-curah..
Betul lah kata orang..."ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..."
Apa-apa pun Alhamdulillah selamat sampai ke rumah....

Thirty years after...

Aturcara terjah raya 2014 KB84 gojezes:

1. Rumah Naza - 9.00 am
2. Rumah Mas - 10.30 am
3. Rumah Aline - 12.00pm
4. Rumah Lina H - 1.30 pm
5. Rumah Laili - 3pm

Saban tahun kawan-kawan MRSM saya ber'gathering'. Setiap kali juga saya belum berpeluang untuk turut serta. Tapi kali ini Allah bagi peluang untuk bersama-sama menjalin kembali ukhwah manis itu...So pada 16 Ogos baru ni depa datang terjah raya.. KB84 gojezes itu adalah nama grup kami. Kami yang masih gorgeous walaupun dah menghampiri 5 series... Alumni MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) SPM 1984. Hingga kini bermakna sudah 30 tahun kami memegang title alumni... (ANSARA)
Ceria seperti selalu bersama.
Menu laksa Kedah (kunun). Tak pernah buat pun sebelum ni...
Menjamu selera dengan apa yang ada..
Semua macam tak berubah walaupun selepas 30 tahun.. 
Next house.. Rumah La @ Sunway Batu Caves.
Sebenarnya depa ada buat grand gathering kat Felda Hotspring last weekend. Tabik spring pada AJK yang tak jemu-jemu menjejak kasih kawan-kawan yang dah lama terputus hubungan. Memujuk untuk sama-sama menjayakan usaha mereka. Tapi seperti biasa, saya masih belum diberi peluang. Hanya mengikuti siaran langsung secara maya...


Photobook hasil usaha mereka...

P.S "walaupun tak jumpa ttp hati tetap ingat pada kawan2/classmet semua....persahabatn sampai akhir hayat.." Komen sahabat setiap kali saya menolak perlawaan untuk berjumpa.

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...