Wednesday 20 August 2014

Jalan-jalan Pantai Morib

"Jom packing. Dah booking apartment kat Morib Gold Coast." Tetiba je hubby buat perancangan.
Sebenarnya sebelum puasa lagi hubby berhajat nak bawa kami anak beranak pi bercuti. Pergi dekat-dekat pun jadilah. Just to break away....ewah! Saya nak pi pantai. Anak-anak nak berenang. So survey lah pantai yang ada water park yang paling dekat ngan KL ni. Nak pergi jauh-jauh hubby dah penat nak drive. Dah setiap hari dok ulang alik pi Nilai mesti dah boring pegang stereng. Gilir-gilir driver tak nak pulak. Sesia je anak-anak ada lesen..hmm.
Kami bertolak lepas zohor sebab target nak samapi sana dalam pukul tiga. Konon nak terus check in bila sampai. Rupa-rupanya bilik belum siap. Orang punya la ramai dok beratur. Terpaksa lah menunggu. Sabar je la. Tengok orang lain pun mempunyai kesabaran yang tinggi. Alhamdulillah by pukul 4.30pm dah boleh masuk bilik. Sementara menunggu tu sempat la isi perut kat buffet dia. Tak ambik buffet pun sebab boleh order menu ala carte. 
Rupa-rupanya bangunan dia terpisah-pisah. Kami dapat bilik jauh dari lobby. Kat bangunan lain. Terpaksa la menapak. Nasib baik sorang satu beg kecik je. Tanda arah pun tak ada. Main redah je la cari bilik. Kat tingkat 3 pulak tu. Cari lif tak jumpa. Terpaksa lah naik tangga. Fuh!...habis terbakar kalori yang makan tadi.
Lepas check in terus je turun bawah. Nak tinggalkan anak-anak main air kat Water Park sebab Umi ngan ayah nak jenjalan ambik angin pantai. Masa teman depa pi water park nampak orang dok lalu lalang depan lobby tu dengan baju basah lencun. Pelik pulak kena lalu depan lobby untuk ke water park tuh. Masa pergi okay lagi. Masa balik? Hmm....
Pantai hotel ni tak berapa cantik. So kami drive keluar pi cari pantai awam, Pantai Morib. Sambil-sambil cari apa-apa yang boleh di makan. Rasanya dalam 10 km jugak jauhnya.
Setelah anak lima baru ada peluang berdua-duaan di tepian pantai.
Kat Pantai Morib ni pun tak ada apa sangat sebab depa dah buat tambak dan benteng. Bau pun kurang enak. Sampah pun banyak. Sabar je lah..
Masing-masing dah pakat melebar ke tepi dan ke depan....
Malam tu konon nak lepak-lepak ambik angin kat balkony. Harapan je lah..... busuknya aroma. Terus tutup tingkap dan semua lubang udara yang ada. Adoyai.... Nak tengok TV siaran pulak teruk. Nak buat apa? Tido je lah. Esok pepagi lepas breakfast  boleh terus check out. Kupon breakfast untuk 4 orang je. So hubby kena tambah/bayar untuk another 3. Mahal tak padan dengan menu. Adoyai... Sabar. Sabar.
Hajat nak singgah beraya kat rumah keluarga Misbun ni tapi terlepas pulak. Sempat lalu depan rumah je.Nasib baik sempat snap gambar dari dalam kereta. Masa anak-anak kecik dulu selalu belikan buku komik dan CD cerita keluarga Misbun ni...

P.S Bila la nak boleh tengok sunset....

Salam Aidilfitri

Dah lama tidak merasa menggantung kad raya. Kalau sebelum ni saya selalu tunggu posman. Bangga bila terima kad hari raya berbakul-bakul. Selalunya hubby dan anak-anak lah yang femes. Saya tukang kumpul dan gantung je kat dinding buat hiasan raya. Dah tak ingat dah bila last time terima kad raya. Sekarang semua orang pakai ucapan maya je. Emel, FB, whatsapp, telegram, twitter. Tu pun ramai buat kat grup je. Sekali tekan je untuk semua kenalan. Ucapan tanpa sentuhan. Tak ada feelings dan tak ada jiwa.....Hmm..dah macam nenek-nenek pulak bunyi nye!

"Kenapa tak balik kampung?" Soalan biasa bila ada orang KL tak balik beraya. Tahun ni kami raya di KL je. Tetiba terasa Kedah dan Kelantan tu sangat jauh.

"Hmm..anak-anak dah besar. Depa pulak pulang beraya di rumah ....Dah tak larat nak meredah traffic jam.." Klise.

Dan seperti setiap tahun persiapan raya saya ala kadar saja. Masak rendang ayam dan rendang daging. Rebus nasi impit. Petang raya hubby dah siap beli lemang. Tahun ni saya tak buat nasi dagang. Ubah citarasa buat ketupat palas pulak. Anak-anak dara saya semua excited nak belajar bungkus ketupat palas ni. Kalau la depa tau umi depa ni bukannya pro mana. Main pulas je tak tau jadi ketupat jantan ke betina. Bila tah last saya buat ketupat palas ni. Tetiba terimbau kenangan indah buat ketupat bersama arwah nenek.....huhu.
Hentam saja lah labu.
Nina siap label hasil kerja tangan dia....
Tak nak kalah....bermonopod selfie di pagi raya...

@@@@@

"Kita nak gi rumah Tok Wan mana umi?" Soalan biasa setiap kali pulang ke Kedah. Alhamdulillah anak-anak saya mempunyai ramai Tok Wan hasil dari sifat ramah saya masa kecik dulu. Saya mempunyai ramai keluarga angkat yang sangat baik hati dan menganggap saya seperti anak sendiri. Alhamdulillah juga saya dikurniakan suami yang tidak kekok bergaul mesra dengan mereka. Sejak dari awal pernikahan hingga sekarang hubby akan setia menemani saya pulang berziarah. Masa berlalu sangat pantas. Ramai Tok Wan sudah pergi dulu meninggalkan kami. Antara keluarga yang tidak pernah saya lupa setiap kali balik kampung ialah keluarga Cikgu Lah, seorang uru yang sangat mengambil berat tentang saya sejak dari Darjah 1 lagi. Kami akan menjenguk Tok Wan, Cikgu Lah setiap kali ada kesempatan balik Kedah. 
Tok Wan/Cg Lah berkopiah.
Jika panjang umur Insya Allah berjumpa lagi.

@@@@@


PS : Hari raya hanya bermakna jika kita dikelilingi orang yang menyayangi kita.. Or rather dikelilingi orang yang kita sayang.


Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...