Saturday 31 May 2014

Kek Oren Simple

Semalam tetiba terasa nak buat kek. Kebetulan sebelum tu pi Greenwood ternampak kedai kek. Nak beli rasa mahal pulak. Dah lama tak buat projek kek mengekek nih. Kebetulan cuti sekolah boleh lah meneruskan aktiviti yang dah lama terpendam ni. 
So balik tu capai je apa bahan yang ada kat dapur. Campur je apa yang ada. Lepas tu mix dengan hand mixer azimat yang dah banyak berjasa.

"Nina tahu tak bila umi beli hand mixer ni?"
"Bila??"
"Masa umi buat A-Level kat UK lagi..."

Hand mixer yang dah boleh masuk muzium. Antara koleksi persiapan saya sebelum kawen dulu-dulu.
Masih utuh walaupun dah berusia lebih 25 tahun. 
Kek oren in the making.
Bahan kat bawah ni je yang ada kat dapur saya. Hentam saja la Labu.. Dan seperti biasa saya sukat pakai sudu dan cawan sahaja. Malas nak timbang-timbang bagai.

1 cawan buttercup (dilembutkan pada suhu bilik)
1 cawan margerin planta
2 cawan gula castor
5 biji telur ayam omega
1/2 cawan kordial sunquick oren/mandarin
2 cawan tepung gandum diayak dengan 2 sudu kecil baking powder

Caranya.
Panaskan oven 170 darjah celcius. Pukul buttercup, margerin dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. Masukkan cordial oren/mandarin. Kacau lagi hingga rata. Lepas tu masukkan tepung. Kacau lagi lepas tu masukkan dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan bakar dalam oven selama 45 minit atau hingga masak.
Kek oren nan simple.
Hmm...kebetulan pulak puteri sulung saya genap 22 tahun semalam. So dapat lah merasa kek oren simple versi kurang rajin. Mula plan nak buat topping. Tapi biasa la kan.... kita hanya merancang. :)
Apa-apa pun, Selamat Hari Lahir kepada puteri saya yang cantik manis. Moga usia yang mendatang menjadi penyejuk mata umi dan ayah. Mudah-mudahan juga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat......

Thursday 29 May 2014

Fly high boy..

Setelah lama berfikir (agaknya la..), berbincang, mostly ngan ayahandanya akhirnya anak bujangku mencapai keputusan yang hampir pasti.

"Masuk matrik lah umi..."

Alhamdulillah. Memang itu pun yang saya harapkan. Walaupun saya tidak pernah memaksa atas sebarang keputusan yang bakal dibuat. Anak lelaki biar lah berbincang dengan si ayah. Mereka lebih memahami antara satu sama lain. 
Selamat datang ke Ledang.
So pada hari Isnin 26 Mei 2014 bermusafirlah kami ke Selatan Tanah air. Cuaca Alhamdulillah sangat terang. Sepatutnya schedule pendaftaran pelajar lelaki sebelah petang. Tapi saja nak pi pagi-pagi supaya banyak masa nak pusing-pusing melawat kawasan.
Kami tiba dalam pukul 12.30 tengahari. Orang sangat ramai sebab pendaftaran sesi pagi belum selesai. Walaupun parking agak susah tapi hati saya sudah tertawan dengan suasana kampus kolej tu. Nampak tenang dan welcoming. Seperti ada tarikan...
Akhirnya dapat parking.
First step ahead....
Semakan pendaftaran.... nak ngan ayah jugok :)
Queue nak ambik kunci pulok..
Kami dah siap register online. So semuanya berjalan lancar. Dalam masa 30 minit dah dapat kunci bilik. Tak perlu tunggu sesi petang. Rezeki datang awal. Alhamdulillah.
Orang pertama masuk bilik. Satu bilik share 4 orang
Katil, almari, kerusi meja study, softboard. Siap ngan cermin besar.
Umi jugak kena pasangkan cadar...
View dari meja study..
Dari balkoni tingkat 3. Hijau nan menawan.. 
Sempat lagi jalan-jalan tengok kawasan kelas.
 Ambik feel dalam lecture hall
Seronok nampak...:)
Alhamdulillah saya gembira bila anak-anak gembira. Mula tu sesak nafas jugak. Sebab bujang ini lah satu-satunya yang tak pernah keluar dari al- Amin. Dari tadika sampai tingkatan 5, bumi dan langit al-Amin lah yang dipijak dan dijunjungnya sejak kecik. Sekarang dah keluar dari kepompong zon selesa. Bermula langkah-lang kecil menuju kejayaan dunia dan akhirat. Insya Allah.

PS: Hmm..The feeling of empty nest yet again...huhu

Wednesday 28 May 2014

Mangga epal

Setiap hari buka pintu sliding door saya akan merenung pohon mangga epal nan sebatang ini. Alhamdulillah dah semakin membesar di tepi pagar rumah saya. Mengikut kata akak nursery hari tu pohon mangga ni jenis ringan. Dalam masa 3 tahun dia akan mula berbuah. Hmm... sabar je la menanti. 
Pohon mangga epal yang baru berusia lebih 2 tahun. Batang kurus keding sebab kurang jagaan.

Masa mula-mula tanam dulu tingginya hanya dalam 18 inci je. Alhamdulillah masih boleh hidup subur walaupun kurang diberi perhatian. Sepatutnya kena bubuh baja setiap 2 minggu. Guna baja organik  a.k.a baja tahi ayam. Setiap kali tabur dalam 2 sudu besar kat keliling pokok tu. Itu teori lah. Praktikalnya ikut kerajinan....Hmm :( 

Tadi pi kedai ternampak pulak mangga epal ni. Beli la sebiji buat semangat. 
Saja nak berangan, mudah-mudahan pohon mangga saya tu akan menghasilkan mangga seenak ini. 

Tuesday 20 May 2014

Jangan lupa air kelapa..

Saya jarang ambik cuti. MC jauh sekali. Masa anak kecik dulu selalu la juga. Sebab anak-anak tak sihat. Tapi baru ni Allah uji. Sikit je pun. Berpunca dari sakit perut hari Jumaat, membawa ke hujung minggu. Tapi ada hati juga pi Pesta Buku malam tu. :)
Dah masuk 3 hari perut saya rasa tak selesa. Simpton yang tak dapat dikenal pasti. Dah macam-macam teori saya jumpa kat Mr google. So hari Isnin tu terpaksa la bercuti. Saya pi klinik, tapi lupa pulak nak minta MC. Tak tahu lah sekolah nak kategorikan cuti apa. Suka hati depa lah. Cuti ehsan ke, cuti tanpa gaji ke. Redha je lah...Yang penting saya dapat berehat.

So hari Isnin tu pepagi lagi hubby terpaksa pi hantar anak2 ke sekolah. Balik singgah beli sarapan. Pastu keluar balik ada meeting kat UIA. Tengahari bawa balik makanan tengahari pulak. Lepas tu petang pi ambik anak sekolah. Adoyai...sian pulak tengok hubby susah payah bila saya sakit.

"Petang ni pi hospital pakar. Suruh doktor check apa masalahnya.."
Hmm... ni yang malas ni. Nak menunggu kat hospital tu. Buat saya lagi stress je.
"Umi ni macam orang tua lah. Macam orang kampung takut nak gi hospital." Sukahati je si Iman ni menambah.

Hahah....cakap la apa saja. Saya memang malas nak lalui trauma buang masa menunggu kat hospital tu. Elok sakit sikit-sikit tak pasal-pasal terus dapat hyper tension.
Asal kejadian hari Jumaat tu saya tak sarapan. Dah memang jenis memilih makanan. Kalau tak kena dengan selera memang la saya tak makan. Dah la menu kat sekolah tu tak banyak pilihan. Nasib awak lah kalau nak mengada-ngada tak lalu makan. Tak nak makan sudah! Tak ada sapa nak melayan ketidakadaseleraan awak ye! Kebulur la sensorang :( Pastu perut masuk angin....padan muka.

Tengahari tu makan nasi ayam. Mungkin sebab perut dah kosong so angin pun dah terperangkap. Dapat penyakit pedih ulu hati pulak (orang selalu panggil gastrik). So malam tu berguling-guling la tak boleh tidur. Asyik ulang alik pi toilet sampai 6 kali. Silap saya juga sebab pi minum Vitagen sampai 2 botol. Menambahkan acid dalam perut. Lupa pulak Vitagen tu hanya elok untuk sakit perut kalau keracunan makanan atau pun salah makan je.

So hari Sabtu terus pi hospital pakar, A & E dan pesakit luar. Konon pi hospital pakar sebab nak dapatkan treatment yang bagus.
"2016. Nombor sekarang 2013. Sila duduk."
Lebih sejam menunggu, nombor kat papan tu ta gerak-gerak. Adoyai...
Malas nak buat hal kami pun beredar pi klinik Izham. Biasanya kami pi klinik Izham je pun. Tapi sebab suspek ada penyakit yang lebih serius umpamanya Gall stone, Stomach Ulcer/Cancer dan seumpamanya...tu yang terus pi hospital pakar. Huhu....kenapa tah pi melalut sampai ke penyakit-penyakit yang menyeramkan tuh..Na'uzubillah.

"2016. Nombor sekarang 2015. Sila duduk." 
Entah suratan atau kebetulan saya dapat nombor yang sama juga. 2016. Sungguh. Allah bersama orang yang sabar. Alhamdulillah. Memang tidak mengecewakan. Semuanya setel dalam masa 30 minit je. Seperti yang saya agak, penyakit angin sebu je. Bahasa glamernya gastrik. Biasa lah, doktor akan bekalkan bermacam-macam jenis ubat. 
Mengalahkan orang sakit tenat.
Dan seperti biasa juga saya hanya makan apa yang saya nak sahaja

So hari tu saya bagaikan puteri...
"Umi tak payah masak lunch. Nanti ayah singgah beli lunch."
"Iman beli air kelapa..."
 Owh..air kelapa. Dah lama saya tak minum air kelapa. Lupa pulak tentang khasiatnya selama ini.
Sebenarnya sejak dari kecik saya diajar supaya sentiasa minum air kelapa muda. Banyak khasiat yang mungkin masih belum dikaji oleh orang kita.
Ayah saya memang pengamal air kelapa muda. Dah jadi macam rutin pulak bila setiap kali rasa tak sihat saya akan diberi minum air kelapa. Kat belakang rumah (kat kampung dulu) memang ada beberapa batang pokok kelapa khas untuk air kelapa muda. Petang-petang kami akan lepak-lepak santai sambil menikmati kelazatan air kelapa muda....oh rindunya waktu itu. Eh! Tetiba pulak...... Tapi sejak dah konon-konon moden ni saya selalu beli air 100+ je bila anak2 tak sihat. Bajet moden konon. Dah lupa asal usul. Adoyai...

Sebenarnya menurut orang tua-tua air kelapa muda ni dapat meneutralkan semula kadar racun dalam tubuh kita. Juga mengembalikan kehilangan air dalam badan kita. Terutama kalau kita terkena cirit-birit elok sangat lah diminum air kelapa ni. Masa kecik-kecik dulu ayah saya selalu sediakan air kelapa untuk berbuka puasa. Untuk mengembalikan tenaga. Untuk budak-budak yang ada masalah kecacingan pun boleh. Bagi je budak-budak tu minum selalu. Nak bagi sedap tambah sikit air limau nipis dan sedikit garam bukit. Ada juga yang guna untuk merawat  santau, batuk berdarah, ketagihan rokok dan dadah. Tapi ada doa-doa dan ayat-ayat tertentu yang kita kena baca. Malangnya saya tak pernah ambik kisah nak belajar bab-bab perubatan ni. Cukup hanya dapat minum bila rasa tak sihat je.

Alhamdulillah setelah meneguk dua biji air kelapa muda khas untuk saya seorang saja, selepas sejam badan terasa kembali segar. Alhamdulillah esoknya dah boleh pi sekolah. Kesian budak-budak nak ulangkaji musim pereksa ni....

60 Days in UK: Kew Bridge & River Thames

Sabtu, 9hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-38 kami di London. Sejak berpindah ke rumah sewa ketiga ini kehidupan agak tenang sedikit dan...