Sunday 8 September 2013

Petua halau semut pulak...

Semalam buat operasi dalam stor. Habis semua barang dalam stor tu saya punggah dan susun semula. Ala-ala 5S gitu. Pagi tadi buat operasi lagi. Kali ni mengemas kabinet dapur pulak. Saja tengok kot-kot ada tinggalan Cik Ti kat dalam kabinet-kabinet tu pulak. Memang betul pun. Penuh dengan tinja dia. Terutama kat kabinet bawah sink. Haisy....sabar je lah. Tak cukup dengan itu jumpa pulak sarang semut. Satu batalion semut. Gemuk montel siap dengan queen dia sekali dan telur-telur yang 'masak ranum' nanti menetas je..

Apa lagi... memang cari pasal lah. Terus saya sembur dengan ridset. Habis berkepul-kepul asap. Dah macam kena gas beracun....ala-ala chemical gas gitu. Teringat pulak kat rakyat Syria....

Rasa bersalah pulak pi sembur semut-semut tu dengan ridset. Habis mampoih!. Lepas tu susah pulak nak kena sapu, cuci dan mop bangkai depa. So saya pun google lah cara-cara menghapus semut tanpa perlu membunuh. Ada banyak petua yang dia bagi tapi saya berkenan kat 3 petua ni saja...

1. Bacakan ayat suci Al Quran ini dan tiupkan ke arah kumpulan semut tersebut,

يَأَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانَ وَجُنُوْدِهِ وَهُمْ لَا يَشْعُرُوْن
“Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarang kamu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tentera-tenteranya, sedangkan mereka tidak sedar (tidak mengetahui adanya kamu).” [ Surah An Naml: 18 ]

2. Letak kulit kayu manis 7 keping  pada tempat simpanan gula. Kalau perlu, letak atas meja di mana makanan dihidangkan. Saya belum buat lagi sebab semut tu tak kacau gula saya dan makanan saya. Depa cuma buat sarang kat dalam kabinet dapur saya je.

3. Letakkan bunga cengkih pada laluan semut. Alhamdulillah stok bunga cengkih ni banyak kat rumah saya. So lepas basuh dan lap kering semua kabinet tu saya pun tabur bunga cengkih banyak-banyak dalam semua kabinet dan laci dapur tu. Harap-harap lepas ni depa tak mai lagi. Lagi pun saya selalu letak bunga cengkih kalau saya masak air gula. Memang semut tak masuk dalam air gula saya tu.


"Lepas ni kalau jadi apa-apa kat umi, hangpa ingat lah ye. Semalam kena kencing tikus. Hari ni pulak umi sedut gas beracun. Kot-kot ada sympton yang pelik-pelik terus bawa pi hospital..."

"Nak kena ready pokok kemboja ke umi?"
Haha...anak bujang saya suka buat lawak. Saya selalu pesan kat dia untuk tanam pokok kemboja kat pusara saya nanti. Bunga putih kuning......


No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...