Saturday 31 August 2013

Rendang Daging Umi..

"Umi buat apa?" Dayah memang selalu sibuk tengok saya buat kerja.

"Saja tulis resepi rendang. Nanti umi tak de senang la Dayah nak masak."

Semalam sibuk merendang untuk hari ni. Bukan buat open house pun. Hubby jemput anak-anak saudara yang dok sekitar KL datang breakfast. Depa semua dah berkeluarga. Menu nasi lemak sambal sotong. Rendang untuk makan dengan lemang. Tambah makaroni goreng untuk cucu-cucu saudara. Seronok tengok budak-budak berkumpul ramai-ramai.

Cucu-cucu Kak Ani dan cucu-cucu arwah Che Kob. Dah masuk generasi second cousins dah.

Terbayang kerenah bakal cucu-cucu saya nanti. Huhu...dreaming lagi.

Dikelilingi anak-anak sepupu, bila la si Iman ni nak beranak. Adik beradik hubby semua dah bercucu.

"Sedapnya rendang umi..." Nina berkali-kali ulang-alik ratah rendang. Air tangan umi lah katakan. Tak pedas, sesedap rasa. Hmm.

***Jom merendang***

Bahan wajib:
1 kg daging ( potong kecil)**

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering (Potong, buang biji,pastu rebus sampai lembut)
20 ulas bawamg merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
10 batang serai (hiris nipis - ambik bahagian putihnya sahaja)*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup* (Kalau malas guna je 1 sudu teh kunyit serbuk)

Bahan lain:
1 bungkus (30g) rempah rendang Adabi (Brand lain pun okay je...)
2 mangkuk santan segera (beli je kat pasar/kedai runcit)
4 sudu kerisik (beli yang segera juga)
1 keping gula melaka
5 helai daun kunyit*( hiris nipis)
5 helai daun limau purut*

* Semua bahan kena ambik kat taman herba umi - perintah!

Campur semua bahan dalam periuk. Gaul rata. Biar atas dapur dengan api sederhana. Kacau sekali-sekali. Bila hampir kering tambah sedikit minyak masak supaya tak melekat kat periuk dan tak hangit. Lebih senang kalau guna periuk non-stick. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau selalu hingga kering.

**Kalau guna ayam, tumis dulu bahan kisar sampai garing. Lepas tu baru masukkan ayam. Kacau sebati. Lepas tu baru masukkan bahan lain. Masak sampai kering.

Masak rendang memang lama. Kalau masak daging kena tunggu at least 3 jam. Memerlukan kesabaran. Sementara nak tunggu dia masak boleh la buat kerja lain sekitar dapur tu. Jangan pi jauh-jauh. Nanti lupa. Hangit pulak rendang tu.

Thursday 29 August 2013

Traffic jam. Congested. Stuck..Adusss.

Semenjak berpindah ke tempat baru ni dah beberapa kali saya bertemu accident depan mata. Perjalanan ulang-alik Ampang-Gombak terpaksa melalui MMR2 yang sentiasa sibuk. MRR2 ni pulak pantang silap sikit mula la nak traffic jam gila-gila. Congested. Stuck. Perjalanan yang sepatutnya cuma 15 minit jadi sampai sejam setengah. Ada ke patut....Hmm. 
Macam ni lah setiap kali traffic jam. Sempat lagi 'menyenap-nyenap' gambar.

Ngeri, terpaksa lalu sebelah kereta ni. Tapi alhamdulillah tak ada kemalangan jiwa. Macamana tah dia boleh terbalik sampai macam tu.

Kalau hujan, siap boleh berhenti terus tak gerak. Bayangkan kat highway pun boleh stop. Punya la banyak kereta. Sungguh kaya orang Malaysia ini. Kalau tengok kiri kanan, kebanyakan kereta tu ada driver je. Paling ramai pun ada passanger sorang kat sebelah dia. Saya je kot bawa anak penuh kereta sebab nak pi sekolah. Orang lain pi kerja opis.

Ni satu hal lagi. Yang accident lori tangki lintang jalan tu kat sebelah sana. Kita yang sebelah sini pulak terpaksa harungi traffic jam. Sebabnya? Orang Malaysia ni sangat prihatin. Pakat dok slow down tengok apa yang berlaku. Termasuk lah saya. Sempat lagi 'menyenap'...

Traffic jam lagi...

Rupanya ada kereta langgar divider. Kali ni kat jalan sebelah sini pulak. Dekat sejam juga la tunggu kereta tow datang punggah kereta yang remuk tu. Dalam dok jam tu ada pulak kereta minah mana tah pi sondol belakang unser saya. Alhamdulillah calar sikit je.Biar je lah...Malas nak kecoh.

Kata orang, stretch jalan laluan saya tu 'keras'. Selalu ada accident terutama kat satu spot tu. Mengikut kata orang lama, memang ada cerita disebalik kejadian accident yang kerap berlaku. Entah lah. Saya mengambil pendirian, setiap kejadian tu ada peringatan/iktibar yang Allah hendak sampaikan. Hanya kita yang perlu mencari..

Bila difikirkan balik, bagus juga ada traffic jam sekali-sekala. Sekali-sekala.Sebab boleh ambik masa untuk berfikir sepanjang masa dalam jam tu...Banyak benda yang boleh difikirkan. Terserah pada diri masing-masing nak isi masa 'terluang' tu...Jangan tension sudah. Takut nanti tak pasal-pasal bertambah traffic jam yang sedia ada. Hmm....

Monday 26 August 2013

Raya hanya sehari...

"Cikgu raya kat mana tahun ni?"
"Eh kau ni...cikgu mesti la balik Kelantan. Kan cikgu kan?"
"Eh memandai je. Mana kau tahu?"
"Ya la....cikgu kan orang Kelantan. Suami pun Kelantan apa?"

Seronok dengar anak-anak murid saya berbincang tentang venue hari raya saya. Suka hati depa je assume saya nak raya kat mana.


Sungguh! Tahun ni saya tak berapa looking forward nak sambut raya. Bukanlah tidak menghargai hari kemenangan umat Islam yang diberikan Allah, tetapi sememangnya, puasa saya lebih meriah berbanding hari raya.

Sejak setahun dua, ni saya lebih teruja menyambut Ramadhan dan terasa sayu sangat bila tak dapat berpuasa pada hari-hari terakhir bagi episod Ramadhan kali ini. Bermakna tahun ni saya tidak dapat bersolat aidil fitri lagi.

Dulu, masa muda dan anak pun baru setahun dua, memang semangat nak beraya tu lain. Teruja sangat. Sibuk buat kuih raya sampai tak tido malam. Jahit baju raya anak-anak dan suami. Menghias rumah. Looking forward balik kampung jumpa saudara-mara. Terpaksa duduk homestay sebab anak-anak dah besar panjang.Malas nak buat free promo, Tapi owner nya sangat sempoi..
Homestay @ Jalan PCB.
Sempat lagi mencari juadah berbuka untuk hari terakhir Ramadhan. Kelantan delights.

Tak pasal-pasal kena ketuk. Nasi kosong dengan keli goreng sambal RM10. Kat Leha Kelfood pun tak semahal tu. Biarlah rezeki dia nak raya.

Betul rupanya kata-kata orang tua-tua yang selalu saya dengar ketika saya kecil dahulu. Hari raya ni hanya indah dan meriah disambut ketika zaman kanak-kanak. Masa kecik-kecik dulu, baju raya, kasut raya...semuanya baru. Masa dua minggu puasa, baju raya dah siap gantung dalam bilik menghitung hari bila lah nak habis puasa. Kasut raya pulak hari-hari dok try pakai dan jalan-jalan dalam rumah. Kejap-kejap tanya ayah minta kepastian. ”Ayah lawa kan baju raya ni..”
Simple je di pagi raya...

Dan, saya rasa Nina je yang nampak teruja nak sambut raya. Inherit perangai saya dulu-dulu. Yang lain-lain dah masuk fasa malas nak beraya. Demi sebuah hari raya saya buat la apa yang patut selagi tengah larat ni.

Jadi, sehari sebelum balik beraya tu saya pun sibuk la memasak rendang daging dan ayam serta nasi impit untuk bekalan ke kampung. Nak makan pada pagi raya. Jenuh juga. Kalau ikut penat memang apa pun malas nak buat. Main beli saja. Tapi saya tetap nak jamu anak dan suami dengan hasil masakan sendiri.





Friday 16 August 2013

Acara wajib terutama di pagi raya..


Seingat saya setiap kali balik kampung kami tak pernah lepas peluang menzirahi kubur Tok Ayah. Tok Ayah, ayah hubby, ayah mertua saya yang tak pernah saya kenal secara live. Hanya mendengar cerita dari hubby dan ibu mertua saya sahaja. Semuanya bercerita yang baik-baik.

Tok ayah meninggal ketika hubby masih sekolah di Tingkatan 4. Menurut hubby tarikh keramat pemergian Tok Ayah menjadi titik tolak mengubah hubby sehingga berjaya hingga hari ini. Menyedari kehilangan tempat bergantung, pemergian Tok Ayah menjadi pemangkin kepada semangat hubby untuk belajar dan berusaha dengan tekun demi kejayaan masa depan.

Betul lah sabda Rasulullah (SAW) yang diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu:
“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kepadanya”.

Sungguh! Saya yakin Tok Ayah tentu berbangga mengutip saham kejayaan hubby. 
Melawat pusara Tok Wan yang masih merah....
Dan sekarang giliran Tok Wan pula berkongsi kebanggaan dengan Tok Ayah.

Thursday 15 August 2013

Never without my girl...

Hari ni hubby kena pi USM. Jadi external examiner untuk PHD viva sorang student. Sepatutnya flight MAS pukul 7.30am. Appointment pukul 9.00am. Semuanya salah saya huhu....

Kelam-kabut saya cari next immediate ticket. MAS fully booked. Pukul 1.55pm baru ada, itupun waiting list. Cuba AirAsia next flight pukul 10.00 tapi limited seat. Firefly macam banyak kosong. Setiap jam ada flight. Ticket office pulak tak buka, tak boleh nak call. So suruh hubby redah je pi Subang Airport naik teksi. Sian hubby...saya tak boleh hantar sebab buta jalan.

Dan biasalah..berkat kesabaran Allah sentiasa bagi jalan pada hambanya. Ya..hubby memang seorang yang sabar. Tak marah pun walaupun dia tahu itu semua salah saya...

"Dah sampai Subang. Dah check in. Flight kol 8.15am."
Alhamdulillah.

So tinggal la saya sensorang kat ruang tamu ni..Empty!!! 
Iman and Dayah kat UIA. Nina pun pi tidur kat UIA. Sibuk je budak kecik tu nak pi tidur kat bilik kakak. Jadi pendatang haram. Kena tangkap ngan Pak Gad baru padan muka.

"Umi, jap lagi kitaorang nak jalan-jalan kat library.Pastu breakfast. So, amek cam lambat sikit laa... 10 ke... Boleh tak mummy?"

Gedik2 depa pun sentiasa menceriakan hari saya.
A Daughter may outgrow your lap, but she will never outgrow your heart.

Nak pi berkebun pun malas. Huh!


Wednesday 14 August 2013

Kesian, kesian..


Hari ni tak payah hantar hubby pi LRT. Semalam dah ambik kereta. Kurang asam betul orang yang sondol kereta hubby tu. Tak pasal-pasal kena keluar lebih 2K.

"Tak pe lah. Orang tu pun kena repair kereta dia juga....Insya Allah kita akan dapat rezeki lain."

Kadang-kadang saya panas hati juga dengan sikap hubby ni. Penyabar sangat. Bila difikir balik, biar je lah. Kereta dia. Duit dia. Kenapa pulak saya yang nak panas hati. Buat sakit hati je. Sesia je puasa Ramadhan hari tu kalau tak boleh nak mendidik hati... Astaghfirullah!

So pagi ni seperti biasa.. exercise!

Berpagi-pagi lah saya di laman aka kebun saya. Sibuk lah merumput dan mencantas pokok-pokok saya yang dah mula merajuk tu terutama pokok delima saya. Masa sibuk raya hari tu buah-buah delima tu dah mula merekah. Saya dah tak larat nak makan. Nak bagi kat orang tak sampai hati pulak sebab buah tak cantik. Alhamdulillah sepanjang saya tak ada buah-buah tu jadi makanan tupai. Bagus juga. Boleh jadi sedekah.

Masa sibuk menilik pokok delima tu ternampak lah satu dahan yang agak pelik. Ada segugus (betul ke penjodoh bilangan ni? Tibai je...) daun kat dahan tu sangat subur menghijau dan besar sikit dari daun-daun lain. Subur lain macam je. Tilik punya tilik nampak macam ada akar menjalar dan melilit kat bawah dedaun nan subur tuh. Sah-sah pokok menumpang nih. Rupa-rupanya pokok dedalu yang dok menumpang dan menghisap segala nitrition dari pokok delima saya. Patut la selama ni pokok delima tu nampak macam sakit je. Keluar buah pun seadanya je. Selama ni saya tak perasan sebab awalnya daun dia nampak lebih kurang sama. Bila dedalu tu extra subur baru nampak perbezaan dengan daun delima yang kecik molek tu. So saya pun potong semua dahan tu. Harap-harap lepas ni pokok delima tu tidak terseksa lagi....

Jangan seperti dedalu. Hidup subur diatas kemusnahan pokok lain. Ewah....

Tuesday 13 August 2013

Bila tak ada kerja.

Tadi pi hantar hubby kat LRT Putra. Sian hubby kena pi kerja naik LRT hari ni. Kereta kena sondol ngan sapa tah. Dua hari sebelum raya. Patutnya orang tu kena bayar ganti rugi sebab dia yang langgar. Tapi jadi kes langgar lari pulak. Tak patut betul. Remuk juga la bumper belakang tu. Saya pulak hangin tengok kesan sondol tuh. Hubby rilek je.
"Tak pe lah.. Ni hari dia...."

Masuk workshop sebelum balik raya hari tu. Janji siap repair esok. Harap-harap tak ada masalah besar.
Lepas drop hubby kat LRT, pi hantar Dayah kat UIA pulak. Esok nak pereksa. Hari ni baru nak pi study. Kemain celebrate raya. Haha... celebrate la sangat...

Sat lagi nak pi beli barang rumah pulak. Tengah tunggu Nina buat kerja buku skrap Kajian Tempatan. Pasal Kesultanan Melayu Melaka. Hai..kecik-kecik dah kena buat buku skrap. Saya dulu masa darjah 5 dok happy-happy je. Homework pun tak ada. Ke saya yang tak pernah buat. Entah. Dah lupa.

Break jap sambil merenung ruang tamu rumah saya...
Saya pernah suka konsep camni. Masa bujang dulu-dulu. Sweet je....
Nak yang macam ni kena duduk sensorang la..tak payah ada anak cucu. 
Latest dream. Haha... In my dream indeed.

Terimakasih hubby kerana menyediakan ruang tamu untuk saya hias sesuka hati. Sian hubby. Isterinya bukan orang seni. Main susun je apa yang ada. Dream tak dream perkara ke sepuluh. Yang penting selesa....

Monday 12 August 2013

Optimis.

Alhamdulillah hari ni dah siap marking paper Trial PMR selepas beraya sakan kat kampung hari tu. Keputusannya... ada la sikit improvement dari peperiksaan Penggal Satu baru ni. Kata orang rata-rata batch tahun ni agak mencemaskan. Tapi saya sentiasa optimis. Kejayaan akan sentiasa mengiringi mereka yang berusaha. Yang penting mereka harus diberi motivasi untuk terus berusaha tanpa jemu. Yang lain terserah pada ketentuan Allah....
Bengkel PMR @ UIA oleh guru pakar...

Banyak teknik yang diberi. Entah depa ni ingat ke tidak...

Mudah-mudahan mereka boleh ingat semua teknik yang telah disampaikan oleh guru pakar tuh....
Lepas ni nak siapkan kertas percubaan SPM pulak...

Sunday 4 August 2013

Malam 7 likur vs Lailatul Qadar

"Umi, hari ni dah berapa hari puasa?"
"Dah hari 26. Malam ni malam 7 likur."
"Malam 7 likur tu apa umi?"

Haha..Sian anak-anak saya. Tak dapat merasai kemeriahan malam 7 likur ala kampung. Seingat saya kalau malam 7 likur ni kami satu kampung sibuk pasang pelita buluh buatan sendiri. Setiap rumah ada pelita buluh tu. Masuk je waktu maghrib kawasan kampung saya mula bersinar-sinar dengan cahaya pelita. 

Masa kecik dulu saya tak ambil pot sangat apa istimewanya malam 7 likur ni. Yang saya tahu kami budak-budak kecik ni akan menghidupkan malam ni dengan bersuka-ria bermain bunga api dan main kejar-kejar sementara golongan tua sibuk berterawih dan duduk di masjid lama-lama. Solat terawih depa lama. Sangat lama. Depa mesti buat 20 rakaat. Kadang-kadang sampai lepas tengah malam. Yang seronoknya kat masjid tu sentiasa ada makanan. Bila penat bermain tu kami pi makan minum, lepas tu sambung main balik. Lepas terawih kaum ibu dan makcik-makcik akan sibuk bakar baulu. Kami buat kerja bakar-membakar ni malam-malam sebab siang hari sangat panas. Maklum la..bakar baulu asli kena pakai dapur arang dengan api atas bawah. Sungguh! Suasana malam waktu itu sangat hidup..... 

(Gambar : Sumber-google)
Sekarang baru saya tahu. Likur tu maksudnya duapuluh. Jadi, 7 likur tu maksudnya 27. Kepercayaan orang kampung saya, bermula pada malam 27 Ramadhan tu besar kemungkinan adalah malam lailatul qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang agung. Malam penuh kemuliaan. Ibadah di dalamnya lebih baik daripada ibadah selama seribu bulan. Sebab tu lah kami satu kampung secara tidak langsung di suruh menghidupkan malam 7 likur ni. Masing-masing buat ibadat dengan cara mereka sendiri.

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah menjelaskan tentang Lailatul Qadar tersebut:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa yang menunaikan solat malam di Lailatul Qadar imanan wa ihtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda lagi,
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَان
"Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari terakhir dari Ramadhan." (Muttafaq 'alaih)

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
"Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari Ramadhan." (HR. Al-Bukhari)

Mengikut tafsiran ulama, malam-malam ganjil ni adalah secara hakiki. Yakni malam 21, 23, 25, 27, dan 29. Sebahagian ulama merajihkan (menguatkan), Lailatul Qadar berpindah-pindah dari dari satu malam ke malam ganjil lainnya pada setiap tahun. Lailatul Qadar tidak tetap pada satu malam tertentu pada setiap tahun.

Apa-apa pun yang dituntut melaksanakannya pada 10 terakhir Ramadhan adalah menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadat. Tapi kalau konsep ibadat disempitkan hanya pada solat sunat, membaca al-Qur’an, beriktikaf dan sebagainya kesian la pada wanita-wanita yang diberi cuti uzur oleh Allah. Adakah mereka tak ada peluang untuk mendapatkan pahala seribu bulan tu?

Mungkin sebab tu la masa kami kecik-kecik dulu disuruh sama-sama beribadat walaupun hanya dengan bermain bunga api. Bermain itu juga dianggap ibadat. Sapa yang rajin boleh join orang tua solat. Kalau malas atau tak larat boleh buat ibadat cara lain. Kami sentiasa diberi pilihan. Tiada paksaan. Betapa luasnya konsep ibadah dalam Islam asalkan dengan niat yang betul. Membuat kueh raya juga dianggap ibadah. Hmmm.....

Walaubagaimanapun jangan pulak ada yang ponteng kerja pada siang esoknya sebab mengantuk atau tak larat. Kang tak pasal-pasal dapat dosa sebab tak menunaikan amanah. Pahala malam belum tentu dapat. Tapi dosa tidak menunaikan amanah itu sudah pasti. Na'uzubillah.

Saturday 3 August 2013

Jus Delima buat sendiri

Pokok delima saya dah berbuah kali kedua.Masa berbuah kali pertama dulu ada dalam 5 biji je. Kali kedua ni ada dalam 15 biji. Yang pelik tu buahnya tak sekata. Buah yang keluar awal besar-besar dan nampak cantik je. Bila masuk buah yang ke 5 jadi kecik-kecik pulak. Lepas tu sekejap je dah jadi hitam macam kering. Pokok pun nampak macam tak subur. 
Sian pokok ni nampak macam terseksa je...

Pokoknya kecik je. Bila berbuah habis daun-daun jadi kering. Tinggal lah buahnya tergantung-gantung. Dahan pulak macam nak patah je. Sian pulak tengok. Saya ni dah la tak pandai jaga pokok. Awal dulu rajin juga saya letak kayu penahan. Tapi leceh pulak sayik tertusuk duri. Pokok delima ni banyak duri. Macam pokok bunga ros atau bunga kertas. Tapi durinya lagi panjang dan keras.Tajam tuh. Sakit. Macam tertucuk jarum. Banyak buah yang dah merekah. Terpaksalah petik walaupun masih kecil. Buahnya jenis yang putih jernih. Rasa masam-masam manis. Delima ni tak berapa merah. Nampak pink jernih je. Saya perisi isinya satu-satu masuk dalam mangkuk. Senang nak makan.
Buruk di luar
Cantik di dalam
Isi delima dari sebiji buah. Dapat semangkuk kecil.

Senang je nak buat jus delima ni. Masukkan isi delima ni ke dalam blender, tambah 2 cawan air (bancuh dengan 2 sudu besar gula halus). Letak kiub ais dalam 4 ketul. Pastu blend. Jangan risau tentang biji delima yang banyak tu.. Dia memang tak hancur tapi akan mendap ke bawah. Biar biji tu mendap dulu. Lepas tu baru tuang jus dalam gelas. Nampak putih sebab saya tambah 1 sudu teh natural yogurt masa nak blend tu. Macam yogurt drink gitu. Sedap minum waktu berbuka.
Jus delima buatan sendiri...

"Umi...bila nak buat jus delima untuk Dayah pulak?" Haha.. entahlah. Saat rajin saya tu datang dan pergi tak kira masa. Ni dia pergi tak datang-datang lagi. Buahnya saya dah perisi. Entah bila nak diproses.

Pokok delima saya ni melalui fasa masalah penjagaan sebenarnya. Lepas ni nak kena bubuh baja properly. Lepas tu bila berbuah nak kena balut. Haha...macam la rajin.



Thursday 1 August 2013

Pekasam goreng.

"Umi masak apa?"
"Kenapa?"
"Bau macam cheese"

Haha..sudah tentu lah bau macam cheese bila ikan pekasam digoreng. Dua-dua tu kan melalui proses penapaian yang sama.  Fermentation process kata omputih. Dah lama saya tak masak ikam pekasam ni. Beli dah dekat sebulan. Simpan buat pekasam. Hmm... berkasam-kasam lah jadinya. Sungguh! Bau ikan pekasam goreng ni memang sangat menyelerakan. Nak-nak bila tengah panas. Makan pulak dengan nasi panas. Rasa nak makan dan-dan tu jugak. Hai.. kurus la puasa saya.

Senang je nak goreng pekasam ni. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Biar betul-betul panas. Lepas tu campak je ikan pekasam tu dengan beras dia sekali. Tak yah basuh. Bila dah agak garing masukkan bawang besar (saya suka bawang kuning) dan lada besar yang dihiris. Kacau. Siap....Perah asam limau bila nak makan.

Masa kecik-kecik dulu ikan pekasam ni dah jadi macam juadah wajib nenek saya terutama waktu musim tengkujuh. Nenek buat sendiri je.Selepas musim menuai sebelum menunggu tanam semula ikan-ikan memang banyak naik. Nenek memang suka tangkap ikan samada guna bubu atau kail. Ada ikan puyu, sepat, lampam dan apa tah lagi dah tak ingat. Ikan yang ditangkap tu nenek terus siang dan basuh bersih-bersih. Guna air telaga yang diangkut sendiri. Lepas tu nenek lumur dengan garam dan beras yang dah digoreng dan ditumbuk kasar-kasar. Kemudian nenek susun ikan tu dalam tempayan selapis-selapis beselang-seli dengan asam keping. Asam keping ni pun nenek buat sendiri. Lepas tu nenek bungkus mulut tempayan tu dengan kain dan ikat dengan tali ketat-ketat. Kemudian peram beberapa hari. Tak ada sapa berani usik tempayan tu sehingga nenek sendiri yang buka dan ambik ikan tu untuk dimasak. Saya selalu kagum tengok nenek buat kerja. Macam tak pernah penat.

Saya selalu juga ikut nenek tangkap ikan. Tapi sekadar teman je lah. Jarang saya dapat tangkap ikan. Nenek juga tak suka tengok saya tumbuk beras goreng dia tu. Habis berterabur bersepah-sepah. Nenek kata saya tak ada seni. Sampai hati...

"Hang mengaji pandai-pandai. Besag esok nak makan ikan hang beli. Tak payah susah-susah...."

Semalam saya berbuka ngan Amin and Nina je. Iman ngan Dayah dah sah-sah la tak balik. Kat UIA sibuk nak exam. sibujang tu pulak ada iftar kat sekolah. Hubby ada program berbuka puasa kat Masjid Wilayah.

Tinggal la kami tiga beranak. Happy je berbuka sama-sama. Makan je nasi ngan ikan pekasam. Kata orang kegembiraan berbuka tu bukan terletak pada juadahnya. Tapi pada kebersamaan sewaktu berbuka.


"Umi masak pekasam je ke? Amin nak makan apa?"
Haha....sian Amin. Depa mana lah biasa makan benda-benda exotic ni. Sudah tentu la ada kari ayam. Umi ni kan penyayang. Kari ayam siap untuk anak-anak terchenta. Sahur esok boleh masak capati cicah kari.

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...