Monday 2 July 2012

Puding roti, laksa johor dan cili kisar. Apa kaitan?


Semenjak dua menjak ni saya selalu tengok2 resepi dalam tnet. Saja cari idea nak masak apa. Selalunya saya masak main campak2 je. Ikutlah apa nak jadi bergantung kepada tahap kerajinan saya. Biasanya tahap tu paras bawah minima lah. Saya jarang dok dapur melebihi satu jam. Kalau resepi tu meminta komitmen masa, saya akan ubahsuai supaya tidak menjejaskan tahap keikhlasan saya pula.
Pagi ni kebetulan cuti sempena hari kokurikulum semalam, saya ambik masa untuk kemas dapur sambil tengok2 apa yang boleh dimasak. Guna je apa bahan2 yang ada kat dapur tu. Malas nak keluar gi beli barang. Kebetulan pulak ada stok roti hotdog, saya buat la puding roti yang sangat simple, hopefully nice.
5 biji roti hotdog saya belah dua dan susun dalam dulang. Pakai roti apa pun tak kisah. 2 biji telur saya pukul bersama 3 sudu besar gula. (saya guna handmixer medium speed selama 30 saat je). Bila dah kembang saya masukkan 2 cawan susu segar ( susu apa2 pun boleh) Kacau2 dengan senduk lepas tu tuang atas susunan roti tadi. Biarkan dia meresap dan roti tu kembang kejap (dalam 1 minit). Lepas tu bakar dalam oven 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit (saya guna oven elektrik). Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan dalam petisejuk. Sedap dimakan bersama ice-cream. Mudah kan, jumlah masa persediaan hanya 10 minit sahaja.
Sebelum tu saya buat laksa johor versi mudah juga (mohon maaf ya orang2 johor kalau resepi sebenarnya bukan macam ni). Saya rebus 2 keping isi ikan tenggiri segar bersama  5 ekor udang besar (dibuang kulit) dan sedikit isi kurau kering. Lepas tu saya blend sekali dengan air rebusan tu. Kemudian saya tumis 1 sudu besar cili kisar(*) yang dibancuh besama 1 sudu besar rempah kari. Bila rempah dah berbau wangi saya masukkan 1 hiris lengkuas dan 2 batang serai (semua ambik kat taman herba saya) Ewah.. taman herba!. Lepas tu masukkan hasil blender tadi, kacau2. Bila mendidih saya masukkan satu cawan santan pekat (yang dah siap kat kedai), 1 sudu besar kerisik (pun beli yang dah siap), garam mengikut rasa dan 1 keping asam keping. Biarkan mendidih lagi dan kuahnya pekat. Sambil menunggu kuah masak tu saya rebus spageti, buat sambal belacan, siang taugeh dan hiris timun, daun kesum dan bunga kantan. Semua ni pun saya buat dalam masa tak sampai 1 jam sebab semua bahan dah tersedia.
* Cili kisar tu memang sentiasa ada dalam peti ais saya. Biasanya saya akan beli cili kering 300 gram (Iman yang tukang potong dan buang biji) Lepas saya rebus hingga lembut, cuci dan toskan. 300 gram bawang merah dan 3 clove bawang putih (Iman tukang bukak kulit) dan 1 inci halia dibersihkan. Saya blend semua benda2 tu, masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan selama 2 minggu. Saya tak suka gunakan cili boh yang jual kat kedai. Heheh.. dalam hal mencili nih saya memang wajib buat sendiri. Kira rajin la tu.....

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...