Friday 2 April 2010

Keracunan al amin... bala atau blessing

" Ni April fool ke apa ni?"
Komen seorang bapa bila melihat anakandanya pucat lesi setelah cirit-birit dan muntah beberapa kali. Ish..ish sempat pulak buat lawak walaupun terpaksa bergegas dari tempat kerja setelah dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang keadaan anaknya yang terpaksa dibawa pulang. Kebetulan tragedi berlaku on 1st April.

Setakat ini lebih kurang 60 orang murid sekolah rendah disyaki mengalami keracunan makanan. Murid sekolah menengah?..... entahlah tak ada orang kira pulak. Punca? Sudah tentulah kantin sekolah. Kat mana lagi sumber bebudak tu nak makan? So kantin sekolah diarahkan tutup selama 2 minggu untuk siasatan lanjut.

Kenapa terjadi keracunan ni?

"Saya baru dapat tahu tentang kes keracunan ini semalam setelah hari ke-2 anak demam/sakit perut. Seperti ibubapa lain juga, mulanya ingatkan demam biasa. Bila tanya anak apa yg dia makan kali terakhir di kantin sekolah, katanya chicken chop. Tak pasti tentang pelajar lain apa yg mereka makan tapi yang pasti keracunan selalunya lebih kerap melibatkan makanan berprotein (ayam, telur, daging, etc) dan melibatkan mikroorganisma Salmonella. Tak pasti apa faktor di kantin yg menjadi penyebab samada dari segi penyimpanan, proses penyediaan dsb. Cuma kalau berkait dgn isu power failure tentunya melibatkan suhu semasa penyimpanan yg tidak optimum sehingga boleh menyebabkan mikrob mudah membiak.

Suhu optimum untuk penyimpanan produk makanan mentah (daging, ayam, sosej, santan, susu, hasil tenusupastri mentah) ialan 1-4 degree celcius. Suhu melebihi 4°C hingga 60°C (140°F) dikira sebagai paras suhu berbahaya (sesuai bagi mikrob). Keep it cool, clean & covered is another rule of thumb when it comes to storage of perishable products besides first-in, first-out rule (FIFO). Juga elakkan stok berlebihan dlm fridge utk pastikan peredaran udara yg optimum. Pembaca boleh rujuk www.foodsafetynetwo rk.ca.

Jadi pihak pengurusan kantin harus peka terhadap isu-isu asas (termasuk power supply) dan isu kebersihan yg tidak boleh dikompromi.
Semasa mesy PIBG lepas, saya ada kemukakan cadangan iaitu:

1) untuk menyediakan roller-shutter sebagai ganti kepada gril besi yg sedia ada - utk elakkan kucing, tikus, ular dsb mudah masuk ke bhg dalam kantin
2) memastikan minyak menggoreng tidak direcycle (max: pakai 2 kali sahaja)
3) memastikan tiada kucing berkeliaran di kantin/naik atas meja dsb (boleh gunakan perangkap kucing dan hantar ke zoo dsb) - bukan zalim tapi untuk memastikan tahap kebersihan yg optima
Tidak pasti setakat mana tindakan telah diambil tapi nampaknya perkara (1) dan (3) masih lagi berlaku.

Mudah-mudahan isu keracunan ini memberi iktibar dan tidak berulang lagi dan langkah sewajarnya dpt diambil segera.

Noriati
Inst Kesihatan Umum, Bangsar"


Memang masalah kantin ni dah lama berlarutan. Terutama isu kebersihan. Saya sendiri pernah terjumpa ulat dalam sayur beberapa kali, terutama dalam kacang panjang. Batu/pasir dalam nasi adalah perkara biasa. Jumpa dawai kokot dalam sambal bilis nasi lemak pun pernah. Tapi seperti biasa komen-mengomen hanya di meja makan. Dengan bayaran yang murah, tak kan lah nak expect first class services pulak. Dengan lalat dan kucing sebagai teman makan, dan tempat longgokan sampah kat sebelah ruang makan, kami cikgu al amin ni mengambil sikap, makan je apa yang ada, kalau tak lalu tak payah makan. Sapa yang ada rezeki lebih tu boleh la beli makanan kat luar.

"Oo... lamanya nak selesaikan masalah kantin ni...."
Komen seorang alumni yang kebetulan datang melawat al-Amin hari ni. Dia dah keluar dari al-Amin lebih 6 tahun yang lalu. Lama tu... Kalau dengar rintihan anak-anak al-Amin dulu dan sekarang, memang menyedihkan. Bayangkan mereka membesar dengan makanan dari kantin tu, menjadi darah daging sejak dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Takut membayangkan kesan ke atas akhlak mereka.....

"Al-Amin sudah menuju era kejatuhan...."
Komen seorang murid. Subhanallah!

Apa-apa pun mudah-mudahan Allah memberi cahaya petunjuk ke jalan kebenaran....Amin!

Aidil Fitri 2024 (1445H) @Ukay Perdana

1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Rabu, 10hb April 2024 selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Pada petang sebelum pengumuman hari raya ...