Friday 25 September 2009

Beraya lagi

First day raya punyalah sibuk ke open house pak menteri. Bukannya jumpa mereka pun, saja nak mengada buang masa. Kalau tidak tak rasa raya pulak dok kat KL ni. Nak jadi cerita terdemam pulak anak bujang saja. Dah masuk hari ketiga badannya masih panas lagi, so terpaksalah gi APSH buat blood test, takut denggi. Alhamdulillah tak ada apa-apa, makan antibiotik je. Raya keempat kakak saya sekeluarga dari Penang datang beraya, bawa menantu dan cucu dia sekali. First time bersua cucu comel tuh. Saya masak soto ringkas je. Pastu hubby beli satay kajang.

Esoknya tu bawa mereka jalan-jalan kat Putrajaya dan shopping kat Alamanda.

Lepak jap kat entrance masjid.


Sempat pulak berposing..



Just us ladies..





Sunday 20 September 2009

Selamat hari raya.

Raya datang lagi. Seperti biasa dua tiga hari sebelum raya warga kota akan berpusu-pusu balik kampung untuk beraya bersama keluarga. Kami pun macam tu juga. Tapi tahun ni kami beraya tanpa sanak saudara. Kami beraya kat KL je. Saja nak ubah tradisi. Kata orang kalau dok sini rasa macam tak raya je. So untuk merasa suasana raya kami pun sibukkanlah diri membuat persiapan raya. Hari Sabtu tu kami kemas rumah dan masak rendang etc. Lepas solat Isya' malam raya tu kami pun cuba nak meronda kat Jalan TAR. Subhanallah punyalah ramai manusia, parking pun tak ada. Terpaksalah buat plan B, pergi uptown. Macam pasar malam je. Tak pernah pergi pun sebelum tu. Lepas solat raya kami ke open house PM di Sri Perdana. A new experience. Ramai betul manusia. Tapi makanan dia ok.

Petang pegi Shah Alam pulak. Open house lagi. Beraya sakan lah pulak.




Saja bergaya sebelum solat raya.

Friday 18 September 2009

Ramadhan...dah nak tinggalkan kita!

Semalam last day Ramadhan at school. Bagi menyempurnakan *(bakunya) pengakhiran Ramadhan, sekolah mengadakan majlis khatam al-Quran. Saya memang tak pernah tengok pun majlis khatam al-Quran sebelum ni. So tak taulah what to expect. Ada orang kata majlis ni bidaah hasanah (baik) so bolehlah diadakan. Sebabnya nak menggalakkan pelajar khatam al-Quran sempena bulan ramadhan ni. So mereka yang khatam tu diberi hadiah dan sijil. Lagi satu bidaah dalalah (betul ke eja ni..) yang memang ditegah agama. Tapi ada juga orang kata apa-apa saja kategori bidaah semua tak boleh buat. Entahlah.. apa-apa pun alhamdulillah program tu berjalan lancar. Persembahan nasyid sebelum majlis bermula.

Alhamdulillah Ramadhan kali ni kami dapat berterawih di UIA. Tapi bukanlah setiap malam. Kalau tak larat kami buat kat rumah je. Anak bujang saya dah berani jadi imam terawih (kat rumah je) so boleh selang seli ngan ayahnya. Tak sangka pulak anak bujang saya dah besar...belagak pulak tu sebab dia dah tinggi dari kakak-kakak dia. Kakak yang kecik tu memang tak ada harapan la nak meninggi lagi. Yang sulung tu pun dah terbantut sebab asyik dok bersms je (ada kaitan ke)...

Tiga serangkai in black. Dah dapat perangai baru asyik nak pakai hitam je.

Ramadhan tinggal dua hari lagi. Sesiapa yang belum khatam al-Quran tu boleh la buat marathon sementara cuti sebelum Aidil Fitri ni. Boleh je khatam kalau dah pasang niat. Lepas tu cuti raya boleh la rehat. Oh no! Bebudak yang ambik PMR jangan nak rehat-rehat ye. Study, study, study....Math mesti dapat A. (Insya Allah). Saya pun kena beraya sambil tanda kertas percubaan PA. Oh! tidak... tak nak kacau mood raya saya. Nanti lepas raya baru nak tanda.

Apa-apa pun saya nak ucapkan Selamat Berhari Raya. Mohon maaf atas segalanya Zahir dan Batin. Moga kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan lagi ditahun depan....











Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...