Tuesday 23 April 2024

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang di Mr DIY.

Hose kat bilik air ni dah macam tersumbat dan air keluar sangat perlahan. Untuk paip kat bilik ni saya pakai yang dua kepala. Satu kepala untuk kegunaan berwudhu', sementara satu kepala lagi saya sambung hose untuk lain-lain kegunaan. Untuk mandi (shower) tiada masalah sebab pakai pam. 

Paip dwi-kepala, hose tu pun dah tak ada bahagian untuk spray (bidet).

Saya tanggalkan bahagian hose.

Peralatan wajib ada... spanar hidup.

Mudah sahaja nak tanggal dan pasang balik paip hose tu asalkan ada daya usaha. Malangnya, selepas tukar hose baru pun air masih keluar perlahan (macam meleleh). So saya berehat sebentar, ambik nafas sambil scroll youtube untuk mencari jalan penyelesaian. Setelah diteliti dan dihalusi akhirnya saya buat kesimpulan sendiri bahawa paip air tu dah masuk angin. So saya buka kepala paip seperti yang dicadangkan. Apa lagi, air keluar mencurah-curah dengan lajunya. Habis la basah pakaian makcik.

Air keluar dengan laju.

Saya pasang semula kepala paip dan sambung hose yang baru beserta bahagian spray. Sebelum tu kita balut penyambung dengan white tape dahulu.


Siap.

Alhamdulillah walau air keluar tidak selaju menggunakan pam, cukuplah buat kegunaan seharian. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan kita. Amiin.🌹

Sekian.😊

Monday 22 April 2024

Cerita cawan dan kopi.

Hari ni hubby ada jamuan hari raya di WTC. Majlis Korporat apa entah... saya pun tak ambik port. Lagi pun semua pergi lone ranger tak bawa partner maka kita ambik peluang me-time. Semalam seharian dok mengemas pasu-pasu pokok yang dah arwah, hari ini saya cuma nak duduk diam-diam dalam rumah sahaja, padahal takde maknanya makcik nak duduk diam-diam. Lepas sahaja hubby hilang dari pandangan mata terus saya selongkar kabinet dapur, kemas, sisih dan buang mana yang perlu. Sebabnya:

Masa kemas-kemas meja dan angkat cawan-cawan ke dapur lepas sarapan pagi tadi teringat pulak cerita suami isteri yang saya pernah dengar. Si suami tak pernah buat air sendiri. Selalunya isteri akan buatkan. Tapi tak pernah nya suami tu nak habiskan air tu. Selalunya minum separuh je. Bagi lah air apa pun dia akan minum separuh jugak. Sebab tak nak membazir isterinya pun terpaksalah habiskan air yang separuh tu setiap kali. Lama kelamaan isterinya pun tanya, "kenapa setiap kali minum tak habiskan?" So suami dia pun jawab, sebab setiap kali buat air, isterinya buat satu je. So dia minum separuh, separuh lagi dia tinggalkan untuk isteri dia.....kira nak share-share la kan.. Suatu hari selepas suami dia meninggal dia pi minum kat kedai kopi. Masa waiter ambik order, dia hanya minta air kopi....SEPARUH cawan. 😌

So, hari ini ini saya khaskan mengemas cawan dan mug yang ada dalam kabinet dapur. Sungguh, memang banyak yang tersimpan dan tidak digunakan sekian lama. Saya lap dan susun semula dan buang mana yang rosak sahaja.

“Ummi buang je semua barang-barang tu... baru la tak semak". Beberapa kali juga anak-anak bagi cadangan setiap kali saya berkongsi rasa semak dalam rumah ni. Tapi sayang pulak nak buang dek semua barang tu ada kenangan sendiri.

Mug cenderahati.

Fridge magnet pun melambak tersimpan sebab fridge sekarang dah tak pakai 'body' besi.

Cawan piring yang tak cukup set. (Abaikan tupperware... geng makcik tupperware)

Lepas ni nak kena sambung ke bahagian kabinet yang lain pulak. Berbalik kepada kisah suami isteri tadi, ada iras-iras macam cerita saya dan hubby. Cuma saya akan sentiasa buat dua cawan air, satu untuk saya satu untuk hubby. Dan hubby akan sentiasa habiskan air yang saya buat, kecuali kalau air tu tak sedap. Dan saya tahu tahap kesedapan air (tangan) saya berdasarkan baki yang tinggal dalam cawan. Begitulah… Semoga Allah kurniakan kebahagian di dunia dan akhirat. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Saturday 20 April 2024

Basuh kipas dinding & tukar mentol lampu

Setiap kali anak-anak jantan pulang ke rumah, ada sahaja projek panjat memanjat yang akan saya susunkan. Biasanya sebelum ini saya akan buat sendiri tapi sejak mencapai hujung usia ini rasa gayat pulak bila bersangkut dengan hal panjat memanjat. Kebetulan semua anak-anak balik di malam raya baru-baru ini, dan nampak kipas dinding yang penuh berhabuk kita suruh sahaja abangnya bukakkan. Saya cuma basuh dan lap biar kering kemudian adiknya pulak pasangkan semula. Kerja siap dalam masa 10 minit sahaja bila ada kerjasama.

Seperti baru.

Kebetulan pulak sekarang masuk musim mentol lampu tamat tempoh. Semuanya seakan berpakat untuk arwah satu persatu bermula dengan lampu di bahagian dapur kering yang padam sebelum sambutan Aidil Fitri baru-baru ini. Yang ini saya terpaksa panggil electrician sebab melibatkan wiring. Depa tukar semua dan ganti satu set lampu LED yang baru dengan bayaran RM80.

Siap.

Selepas Aidil Fitri lampu dapur basah pulak padam. Yang ini hanya perlu ganti mentol sahaja. Hanya perlu buka yang lama dan gantikan dengan yang baru.

Lampu di bahagian dapur basah.

Bahagian dapur bergelap sementara menunggu kepulangan anak jantanku.

Petang tadi, kebetulan anak no-3 nak balik maka kita pesan belikan dua biji mentol, lepas tu minta tolong gantikan sekali. 

Mentol LED, tahan hingga 15 tahun katanya. Kita tunggu dan lihat.

Siap... tak sampai 5 minit.

Alhamdulillah setakat ini rumahku syurgaku ini tidak pernah mengalami masalah yang besar. Saya cuma buat maintenance kecil-kecilan sahaja untuk upkeep keadaan rumah yang sederhana. Semoga kita sentiasa dijauhi dari ujian yang tidak mampu kita hadapi. Amiin.🌹

Sekian.😊

Breakfast Date @KL East

“Jom breakfast esok, nak back to routine semula…” Bila hubby ajak makan, seharusnyalah kita terima dengan tangan terbuka. Sambil nak beli barang-barang dapur kita singgah sarapan dulu. Kebetulan ada kedai baru dibuka kita cuba menu yang disajikan. Dah lama saya teringin nak makan Chee Cheong Fun. Kebetulan depa ada menu untuk sarapan, ayuhlah kita mencuba.

Chee cheong fun & teh tarik for makcik, nasi lemak & barli panas for hubby. 

Chee Cheong Fun lembut dan sedap tapi kuah kicapnya agak pekat. Saya lebih suka sos kicap di Dolly Dim Sum yang sedikit cair. Hubby tambah set roti bakar dan telur separuh masak takut isteri terchentanya tak cukup makan. Padahal saya hanya mampu habiskan separuh roti bakar dan separuh Chee Cheong Fun sahaja. Teh tarik pun mampu habiskan separuh sebab sangat pekat dan kelat. Tapi telur separuh masak tetap licin.

Set teh tarik dengan roti bakar dan telur separuh masak.

“Esok kita start jogging semula…” Begitulah planning untuk back to routine hidup makcik-pakcik pencen. Mudah-mudahan kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik hingga akhir hayat. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Thursday 18 April 2024

Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan dan kesabaran dalam menyelesaikan masalah yang mendatang. Hari ini saya terpaksa berdepan dengan masalah sinki dapur yang tersumbat pulak. Jenuh saya pam kedua-dua sinki dengan kudrat yang ada tapi air hanya mengalir dengan perlahan. Tak memasal bahagian bawah sinki pulak mengalami kebocoran. Tapi mungkin disebabkan tekanan pam yang agak kuat menyebabkan ianya berlaku. Maka terpaksalah saya tadah dengan baldi. Sambil tu saya buka setiap perangkap bawah sinki untuk membuang segala kekotoran dan lemak-lemak yang ada.

Kita tadah dengan baldi dulu.

Setelah habis daya upaya, akhirnya saya tuang air panas ke dalam lubang sinki dengan harapan segala lelemak yang terkumpul akan cair dan mengalir keluar ke salur kumbahan. Saya pam semula menggunakan dua pam sekaligus dengan penuh semangat. Selain mengharapkan air sinki akan mengalir, saya juga mengharapkan lelemak (kolestrol) dalam badan saya pun turut terkesan dengan ‘exercise’ dipagi hari ini. Alhamdulillah nampak ada kesan yang positif. Mudah-mudahan sinki ini masih dapat berfungsi dengan baik.

Air dah mula mengalir.

Bila disemak balik rupa-rupanya sinki ini telah memberikan servis yang sangat baik selama lebih setahun selepas diselenggara sebelum Aidil Fitri tahun lepas. Sebenarnya dah beberapa kali sinki ni tersumbat terutama bila menjelang hari raya. Cuma kali ini ia tertangguh hingga selepas hari raya. Apa-apa pun, anggaplah semua yang terjadi ini sebagai penambah ujian kesabaran. Moga Allah redha.🌹

{Boleh baca cerita sebelumnya di sini }.

Sekian. 😊

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...